Salam semua..
Last weeekend dok melawat blog member2 lain macam cocoa butter, kak liza, teq dan lain2..memasing menceritakan luahan hati memasing, yang hanya Allah sahaja yang tahu. Kepada kak liza, takziah di atas pemergian paklong nya, kepada coco...semoga tabah menghadapi dugaan tuhan, hidup perlu diteruskan....kadang-kadang, bila kita rasa kita ni bernasib malang, ada lagi hamba Allah yang lain lebih malang dan lebih hebat dugaan. So,moral of the story, dugaan Allah tu berbeza atas setiap hambaNya, dan Dia tidak akan menduga hambaNya di luar kemampuan hambaNya itu....
Aktiviti sekolah
Dapat jadual baru, alhamdulillah jam mengajar dikurangkan tetapi beban tugas makin bertambah sebab handle pelajar PMR. Bukan senang nk mendidik pelajar supaya cemerlang, dengan persiapan lengkap dan teknik pengajaran yang tidak membosankan, guru pada hari ni lebih memerlukan komitmen yang tinggi dan perlu kreatif dalam menyampaikan ilmu... Perhimpunan pagi tadi agak lama,dengan lecture daripada pentadbir sekolah.Nampak macam sekolah ni agak 'longgar' sedikit dari segi peraturannya, dan sebenarnya, public canning bule dijadikan satu medium yang berkesan utk memberi pengajaran yang berguna. Murid sekarang tak sama seperti zaman aku dulu, yg mana lebih menghormati guru dan menghargai ilmu..berbanding sekarang, segelintir pelajar yang lebih 'berlagak pandai' dan 'bodoh sombong' dalam menerima ilmu..Namun, atas dasar tanggungjawab dan keberkatan dalam mencari rezeki, akan aku teruskan perjuangan ini walaupun pernah teringat kata-kata Mr Chong -jangan terasa sampai masuk kelas neraka.....hehehe...tapi, tulah hakikatnya.....kepada ckgu sedunia, didiklah anak-anak muridmu dengan sabar, moga kesabaran kalian akan terbayar satu hari nanti...
No comments:
Post a Comment