SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Tuesday, June 16, 2015

MY BIG WHY IN SHAKLEE

Assalammualaikum..

Rasanya setiap orang pasti ada matlamat atau tujuan tertentu bila join@ libatkan diri dalam sesuatu bisnes kan, mungkin untuk suka-suka, nak cari pendapatan lebih, nak tolong orang , ikut trend semasa dan macam-macam lagi lah kan..:)

Bagi saya sebab saya menceburkan diri dalam Shaklee ini,selain dari membantu orang lain gembira, saya sebenarnya berharap dapat pendapatan lebih sedikit untuk membantu mereka yang memerlukan. Walaupun kadang-kadang kekangan masa dan kerja sedia ada, saya cuba juga curi masa untuk mempromosikan produk ini samada di media sosial atau antara rakan-rakan lain.

Kadang ngelat juga, lemau bila nk buat marketing ni,plus penolakan dari mereka yang berada di sekeliling melemahkan semangat..Biasalah kan, bukan senang nk menjual barang, even saya ada kedai baju sendiri pun kadang2 nak cari jualan untuk sehari pun mencungap juga. Tapi , yang penting kena kuatkan usaha dan RAJIN ...tu je ubatnya..hehe...

Untuk Shaklee ,saya akan naikkan semula semangat RAJIN ni yang dah kelaut, tapi insyaAllah berkat Dhuha dan doa dari keluarga mudah2an saya berjaya dalam bisnes ini.

Pada mereka yang ingin menambahkan pendapatan, boleh la SMS/ WASSUP SAYA (IZA) 016 6462121 UNTUK SEBARANG MAKLUMAT LANJUT.


Set Subur Shaklee dan usaha mendapat zuriat

Assalammualaikum

Sebagai seorang SID Shaklee, say amat teruja untuk membantu lebih ramai rakan yang mengalami masalah kesihatan, kecantikan  atau mereka yang ingin lebih sihat dan cergas terutama bagi ibu yang bekerjaya.

Antara kegembiraan yang dirasai sepanjang bergelar SID ialah seperti rakan-rakan yang berusaha untuk hamil berjaya mencapai impian, berkat usaha yang tidak pernah jemu dan doa pada Allah. Produk hanyalah asbab pada sesuatu tetapi yang menentukan adalah Allah. Tidak salah untuk mencuba sesuatu , dan selebihnya kita berserah kan.

Dua sahabat saya, Nur Maziah (fb Cahaya Mazieyah) adalah rakan saya ketika sama mengajar di MHS suatu ketika dulu. Beliau juga berusaha untuk hamil dengan berurut kesana sini, mencuba pelbagai produk itu dan ini, menjalani ujian kesuburan di hospital dan akhirnya tergerak untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee setelah melihat saya berjaya dengan produk ini.

Beliau mencuba Vitamin E untuk hubungan suami isteri, Alfafa Complex untuk kesihataan rahim dan dalaman serta Zinc untuk kesuburan suami . Alhamdulillah,dengan izin Allah, setelah 4 tahun berusaha akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan.

Sahabat saya yang kedua adalah Sakiinah Mustafa yang mencuba untuk hamil anak kedua setelah anak sulungnya berumur 7 tahun. Dengan izin Allah juga, beliau berjaya hamil dan akan bersalin pada bulan 8 tahun ini. Beliau masih meneruskan dengan pengambilan set ibu hamil seperti ESP, Omega Guard, Vitamin C dan Vitalea bagi mengekalkan tekanan darah (HB) ketika hamil dan juga Ostematrix sebagai kalsium untuk bayi dan ibunya...

Tiada yang lebih menggembirakan jika melihat sahabat yang diuji akhirnya berjaya mendapat apa yang diidamkan.. Kita hanya berusaha, selebihnya pada Allah jua kita memohon..

Saya menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA , tentang produk dan sebagainya.

Bulan ini ada Promo Vitamin E, bagus untuk hubungan suami isteri, yang mengalami masalah keintiman, dalaman, masalah kulit dan juga boleh dijadikan masker..

SMS / WASSUP  (IZA) 016 - 646 2121 ) UNTUK MAKLUMAT LANJUT..:)

COD AREA TELUK MAS/UMBAI/DUYUNG/AYER MOLEK MELAKA
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

Sunday, June 7, 2015

MENGAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE

Assalammualaikum

Dalam banyak-banyak produk yang terdapat di pasaran, mengapa saya pilih Shaklee ?
Bermula sebagai pengguna dan kemudian menjadi ahli, saya berminat untuk menjualnya dan berkongsi manfaatnya setelah kesannya dialami oleh saya sendiri. Ada 5 sebab utama saya memilih bisnes ini secara separuh masa tetapi ia juga mendatangkan pulangan yang lumayan.


1) KONSEP FAMILI DALAM KUMPULAN SHAKLEE (UPLINE/ DOWNLINE)

Salah satu aspek menarik dalam bisnes Shaklee ialah penaja kita (upline) akan masukkan setiap ahli di dalam kumpulan dan akan dibimbing, berkongsi maklumat atau apa sahaja aktiviti berkaitan Shaklee dan pemantapan ilmu berkenaan produk. Ahli yang ingin bergiat secara serius akan dibimbing sehingga berjaya dan tidak dibiarkan begitu sahaja . Setiap persoalan akan dibincang di dalam kumpulan dan ahli-ahli yang lain turut sama memberi pandangan dan perkongsian maklumat mengenai Shaklee dan ilmu yang berkaitan.


2) KONSEP 'SIAPA BERUSAHA DIA BERJAYA"

Perniagaan Shaklee berbeza dengan pengalaman menyertai MLM yang lain, yang mana kebiasaannya perlu mencari ahli bawahan untuk mengembangkan perniagaaan dan rangkaian. Lagi besar rangkaian yang wujud , lagi besar komisen atau pulangan yang didapati oleh pihak atasan (upline). 

Ini berbeza dengan Shklee, pada pandagan saya ia lebih kepada usaha individu itu sendiri untuk mencapai kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi dan tidak semata-mata mengharapkan anak-anak dibawahnya untuk mencari ahli. 

Ahli dibawah adalah bebas dan diberi pilihan untuk naik ke peringkat seterusnya dan boleh melangkaui uplinenya jika rajin berusaha. Tiada istilah tindas menindas atau mementingkan diri terutama sesetengah MLM yang seolah-olah memaksa ahlinya mencari ahli baru sebanyak mungkin.


3) PROGRAM YANG BERTERUSAN DARI SYARIKAT/ KUMPULAN

Sebagai organinsasi yang besar dan bertahan lama, SHAKLEE CORPORATION sentiasa menitikberatkan aspek kualiti dalam setiap produknya. Contohnya, pihak syarikat sentiasa mengadakan program seminar kesihatan dan nutrisi/ produk info/program perniagaaan untuk ahlinya dan ia diadakan di seluruh Malaysia mengikut jadual yang diberikan. Tiada  alasan kepada ahli untuk menyatakan pihak syarikat tidak mengambil berat akan kepentigan ahli-ahlinya.

Selain daripada itu, aktiviti dalam kumpulan juga sering diadakan seperti potluck, kelas blog dan pelbagai lagi untuk mengukuhkan uhkwah dan menaikkan semangat sesama ahli terutama dalam aspek pengetahuan tentang produk  yang dijual/ produk promosi yang ditawarkan.


4) PELUANG KENAIKAN PANGKAT DAN BONUS YANG LUMAYAN

Kebiasaan pada setiap MLM  ialah adanya kenaikan pangkat kepada ahli dari yang biasa ke peringkat yang tertinggi. Contohnya, di dalam Shaklee ada 5 ranking utama iaitu Supervisor - Senior Supervisor - Coordinator- Senior Coordinator dan akhir sekali yang tertinggi ialah Master.

Setiap ranking yang menawarkan pelbagai bonus dan kenaikan yang lumayan setanding dengan usaha yang dilakukan. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan, tetapi tidak mustahil jika kuat berusaha.



5) PRODUK SEMULAJADI YANG MELALUI YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Seperti yang sedia maklum, sejarah Shaklee bermula dengan cetusan pengasasnya iaitu Dr Forrest C. Shaklee  (boleh baca lebih lanjut Sejarah Shaklee ) yang mencipta supplemen kesihatan berdasarkan bahan semulajadi . Kekuatan produk Shaklee terletak pada bahan-bahan yang digunakan, non GMO , ujian klinikal yang melalui proses beribu kali ujikaji dengan disokong oleh saintis dalam pelbagai bidang.

Tidak hairanlah produk ini menjadi satu fenomena di Malaysia walaupun terdapat persaingan dengan produk yang lain. Walaupun produk Shaklee tidak menjamin 'keputusan ekspress/ segera" kepada mereka yang mengamalkan, tetapi dia hanya dapat dirasai setelah mereka sendiri mengambil produk Shaklee ini seperti saya yang mula mencuba set kesuburan dan alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya.


Saya seronok untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee walaupun terdapat pelbagai isu yang melanda berkaitan produk dan ada jua yang mengaitkan dengan kematian. Setiap kesakitan atau masalah ada penawarnya dan produk Shaklee hanyalah sebagai suppelem yang membantu mereka agar kembali pulih kepada kesihatan yang lebih baik.


Monday, June 1, 2015

VITAMIN C SHAKLEE TERBAIK UNTUK KULIT DAN BANYAK MANFAATNYA


Assalammualaikum

Untuk promo Julai 2015, antara produk yang menawarkan tawaran terhebat adalah Vita C-500gm Sustained Release. Apakah maksudnya ' 500 gm Sustained Release?  Apakah keistimewaan dengan vitamin yang mempunyai elemen ini ?

Untuk makluman, Sustained@ time released ialah proses yang diformulasi untuk melepaskan penyerapan vitamin di antara 3-6 jam. Maksud yang lebih mudah, ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah mengikut masa tertentu. Jika 500gm yang terdapat di dalam kapsul tersebut, maka setiap jam setiap 100gm akan dilepaskan  secara perlahan-lahan ke dalam badan.Ia memudahkan dapat diserap ke dalam badan dengan dos yang perlahan.

Vitamin C ini adalah bersifat mudah larut, dan oleh sebab itulah individu yang mengambilnya digalakkan untuk minum banyak air. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoid complex. 
Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kelas vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan pengkelasan nutrien yang terkandung di dalamnya. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, onyx, luteolin, dan flavonoid lain. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapatkan dari makanan.


Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pain, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sekoi, apricot, soya, tomato dan brokoli.

Apa yang best sekali tentang vitamin C Shaklee, sebiji kapsul bersamaan dengan 7 biji oren . Hanya ambil sebiji@ 2 biji sehari pelbagai manfaat boleh diperolehi.







Antara kebaikan mengambil Vitamin C :
  • Membentu Kolagen – Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Symptom Pendarahan – Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah utih menentang bacteria dan kuman, mengukuhkan system imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
  • Mencantikkan Kulit – Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat – Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Jangan lepaskan peluang ini, boleh hubungi / wassup saya 016 646 2121  (IZA) untuk konsultasi percuma dan pertanyaan.

COD juga sekitar Teluk Mas, Melaka/ Duyung/ Ayer Molek dan kawasan sekitar. Pengeposan seluruh Malaysia.



How to Make Quick and Easy Brownies - Chocolate Brownie Recipe


Assalammualaikum.
Resepi ni saya dah buat dan memang menjadi. Sedap dan mudah. Nak bawak ke sekolah ke , jamuan ke, makan sesaje minum petang pon boleh...
Disertakan video di bawah untuk mudah difahami.
Bolehlah mencuba ye..:)

BAHAN-BAHANNYA SEPERTI DIBAWAH :

1) 1 CUP BUTTER DICAIRKAN, KEMUDIAN DISEJUKKAN DAHULU
2) 2 CUP SUGAR (SAYA GUNA 1 CUP GULA PUTIH/ 1 CUP GULA PERANG  SEBAB                      TAK NAK  MANIS SANGAT)
3) 1/2 CUP SERBUK COCO
4) 1/2 TEASPOON VANILA ESSENCE

GAUL DULU BAHAN2 DI ATAS DI DALAM MIXING BOWL
KEMUDIAN TAMBAHKAN :

5) 4 BIJI TELUR
6) 1 1/2 CUP TEPUNG GANDUM/TEPUNG NAIK SENDIRI/SUPERFINE PUN BOLEH
7) 1/2 TEASPOON BAKING POWDER (JIKA GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI TAK PERLU           TAMBAH)
8) 1/2 SUDU GARAM
9) AKHIR SEKALI BOLEH TAMBAH WALNUT/BADAM CINCANG ATAU CHOC CHIP            UNTUK MENAMBAH RASANYA...

PANASKAN OVEN PADA SUHU 350 DARJAH DAN BAKAR ANTARA 20-30 MINIT.

Mudah kan? Bahan2nya pun xdelah susah sangat nak cari..yang belum pernah baking boleh cuba resipi ini, insya"Allah menjadi...:)



Friday, May 29, 2015

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI TELUK MAS, MELAKA DAN KAWASAN SEKITAR

Assalammualaikum

Saya mula menjadi ahli sejak dari 2014, bermula dengan makan untuk diri sendiri dan akhirnya dapat mengetahui tentang kebaikan dan kesannya. Dari situlah saya berminat untuk berkongsi tentang kebaikan produk ini terutama dalam kalangan kawan-kawan terdekat.

Untuk makluman,saya adalah pengedar sah (SID 911067) yang bertempat di Teluk Mas, Melaka. Antara kawasan yang boleh saya hantar adalah di Alai, Duyung, Ayer Molek, Serkam , Padang Temu dan Ujung Pasir, Melaka.

Selain menghantar barang di kawasan terdekat, saya juga boleh mengepos ke seluruh Malaysia .

JIka berminat untuk mendapatkan produk ini ataupun khidmat nasihat berkenaan produk,saya sedia membantu samada boleh berhubung di nombor :

Iza azwati (SID 911067) - 016 646 2121
Sms/wassup/weechat di nombor di atas atau pm di fb : Iza Namida

Jangan malu dan segan, saya ni baik orangnya..heheh...:)


5 TEMPAT MAKAN YANG ANDA MESTI CUBA DI MELAKA

Assalammualaikum

Kalau pegi melancong kemana-mana, mesti google dahulu tempat makan / hotel dan tempat yang akan dilawati kan...kalau tak meraba2 jelah cari betul tak? Sekarang ada Waze dan GPS, so takde masalah nak cari tempat2 sebegini.

Bestnya Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ni, kecik je..pusing2 situ gak..cuma pening sikit sbb byk jalan sehala dan traffic light...Tapi,kalau set kat Waze , insya'Allah jumpa..Saya senaraikan beberapa tempat makan yang best, harga yang ditawarkan dan lokasi nya...Sekarang musim cuti sekolah, jadi senang la kan dah tau tempat makan yang mana berhampiran dan yang paling penting puashati..:))


1) ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG, PLAZA MAHKOTA
    
Terletak berhadapan Menara Taming Sari, bersebelahan Newton Foodcourt.
Ownernya saya kenal sangat, En Shaharudin,memang dah lama berniaga asam pedas kat Melaka ni. Kedainya pun femes, ramai yang dah datang, baik Menteri, artis, JJCM dan byk kali masuk paper. En Din ni sempoi je orangnya, anak2nya pun ada bekerja sekali membantu beliau.

Walaupun ada yang kata makanan sini mahal, tapi boleh rujuk senarai harga yang dipamerkan. Saya suka makan daging salai masak lemak, kerabu mangga dan ayam kampung goreng...Kena pulak dengan beras wangi panas2 memang terbaik.

Harga menu ada yang mahal dan murah, boleh minta dihidang atau ala-carte..Jadi, pilihan di tangan anda..kalau tak datang Melaka,memang tak sah tak pekena asam pedas kan..:))

# Kredit pic to kucingtanah@blogspot.com



2) COCONUT SHAKE KLEBANG

Tempat ni memang dah femes la kalau sesape datang melaka. Cuti sekolah ni lagilah smpai jem sebab orang parking tepi jalan dan beratur nak beli.Lokasinya senang je, jalan nak ke Pantai Puteri atau Waze Klebang Melaka pun boleh jumpa sebab tepi jalan je tempatnya...Sebelah stesen minyak Caltex...

Cuaca panas ni memang sedap pekena minuman ni, Sedap woo isi kelapa dan airnya diblend astu letak eskrem vanilla kat atasnya...fuh..meleleh...Sebelum ni agak teruk jam ,tapi owner nya dah asingkan untuk yang bungkus di tepi jalan, dan kalau nak makan ada restoran di belah dalam...bagus la cmtu, perniagaan dah maju...x pasti kena GST ke tak..hehe...





3) IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI MELAKA

Kalau dah smpai Melaka, tak sah jika tak makan ikan bakarnya, Restoran ikan bakar sangat banyak kt Melaka bermula dari muara Sg Duyung, Crystal Bay Alai, Umbai, Restoran Terapung , Anjung Batu dan akhir sekali di Serkam..So ,pilih jelah mana yang berkenan. Cuti sekolah atau cuti panjang memang penuh sokmo..huhuhuhu...

Kedai ni terkenal sebab dia terletak di paling hujung, di atas tanah tol mengadap Pulau Besar. So,klu makan kat sini dah boleh nampak Pulau Besar yang jaraknya  lebih kurang 20minit naik bot laju (Speed bot)...tempat makan pun besar ,selesa dan dibuka setiap hari kecuali Isnin. Boleh booking untuk rombongan yang ramai dan boleh pilih menu ikut budget kita..

Ia terletak di Umbai, jalan nak ke Pulau Besar, Melaka. Dimiliki oleh En Jalaludin , seorang usahawan yang juga mengusahakan perkhidmatan bot di Melaka. Tak sukar cari kdai ni, dari trafic light Teluk Mas, jalan depan sikit nampak stesen minyak Petron ,terus belok kanan dan jalan smpai hujung.

Kalau orang luar mungkin pelik sbb kat melaka ni ikan bakar dimakan dengan nasi lemak...tapi boleh request nasi putih juga..Ada satu tpt makan tu dalam bot, so sape cepat dia dapat la..hehe...
Harga berpatutan , cuma kena sabar kalau ramai orang sebab kena tunggu meja kosong,servis agak lambat  dan kadang-kadang memang full booked. Apapun,layan gambar ini ...:)




4) BARKATH ROTI JOHN BACHANG,MELAKA

Salah satu tempat santai yang best kat melaka. Signature dish di sini tentulah roti john dan ayam golek.. Memang sedap..yang peliknya,roti john tu bukan ada maiyo ke sos ke sayur ke belah dalamnya, tapi memang sedap....tak caya kenalah cuba kan..hehe..

Kedai asal di Tanjung Keling,Melaka dan di Bachang adalah cawangannya .So , dekat dengan area bandar,senang nak cari..Kedai pun bersih je..Nak cari pun senang, dari stesen bas Melaka Sentral, waze Giant Bachang.Restoran ni sebelum Giant dan memang dah nampak dari jauh..Dibuka petang hingga ke malam .Tutup hari Rabu jika tak silap saya.

Selain roti john,ada menu lain seperti makanan panas bergoreng,pun sedap juga...Harga berpatutan, kalau sedap harga nak bayar pun tak kisah kan...Ayam golek tu tak semestinya order seekor,tapi boleh juga order separuh atau suku darinya...takde masalah..tak abes,bawak balik tapi selalunya licin la..:))




5) PAK PUTRA TANDOORI AND NAN RESTAURANT

Ni pun antara tempat favourite kalau lapo time malam2..sebab kedai ni dibuka dari petang - malam..
Yang femes tentulah nan dan tandoorinya, saya suka makan nan cheese dan tandoori ....mabeles...

Terletak di kawasan Kota Laksamana, jika berkereta dari Bangunan Merah akan ke Jonker Walk Selepas kincir angin tu amik lorong sebelah kiri...kawasan sini memang femes dengan asam pedas larut malam dan roti pak putra ni.

Harga berpatutan,servis pun pantas, kedai pun bersih. Happening je makan kat sini sebab pelbagai bangsa ada, dan boleh pilih nak makan di dalam restoran atau di luar.

Harga pun tak mahal ,xdelah harga roti nan tu smpai 5 hengget kan..biasalah range dalam Rm2 ke atas, yang penting sedap dan panas2...alamak..lapar pulak malam2 ni...hukhukhuk...





Harap pada siapa yang nak melancong ke melaka, bolehlah mencuba tempat yang disenaraikan. Insya'Allah tak mengecewakan sebab saya slalu makan kat situ..Jom melancong ke Melaka..destinasi pelbagai tempat menarik untuk dilawati..:)

Boleh share la ye..gmbar semua ehsan google dan blog lain..:))