SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Tuesday, June 16, 2015

MY BIG WHY IN SHAKLEE

Assalammualaikum..

Rasanya setiap orang pasti ada matlamat atau tujuan tertentu bila join@ libatkan diri dalam sesuatu bisnes kan, mungkin untuk suka-suka, nak cari pendapatan lebih, nak tolong orang , ikut trend semasa dan macam-macam lagi lah kan..:)

Bagi saya sebab saya menceburkan diri dalam Shaklee ini,selain dari membantu orang lain gembira, saya sebenarnya berharap dapat pendapatan lebih sedikit untuk membantu mereka yang memerlukan. Walaupun kadang-kadang kekangan masa dan kerja sedia ada, saya cuba juga curi masa untuk mempromosikan produk ini samada di media sosial atau antara rakan-rakan lain.

Kadang ngelat juga, lemau bila nk buat marketing ni,plus penolakan dari mereka yang berada di sekeliling melemahkan semangat..Biasalah kan, bukan senang nk menjual barang, even saya ada kedai baju sendiri pun kadang2 nak cari jualan untuk sehari pun mencungap juga. Tapi , yang penting kena kuatkan usaha dan RAJIN ...tu je ubatnya..hehe...

Untuk Shaklee ,saya akan naikkan semula semangat RAJIN ni yang dah kelaut, tapi insyaAllah berkat Dhuha dan doa dari keluarga mudah2an saya berjaya dalam bisnes ini.

Pada mereka yang ingin menambahkan pendapatan, boleh la SMS/ WASSUP SAYA (IZA) 016 6462121 UNTUK SEBARANG MAKLUMAT LANJUT.


Set Subur Shaklee dan usaha mendapat zuriat

Assalammualaikum

Sebagai seorang SID Shaklee, say amat teruja untuk membantu lebih ramai rakan yang mengalami masalah kesihatan, kecantikan  atau mereka yang ingin lebih sihat dan cergas terutama bagi ibu yang bekerjaya.

Antara kegembiraan yang dirasai sepanjang bergelar SID ialah seperti rakan-rakan yang berusaha untuk hamil berjaya mencapai impian, berkat usaha yang tidak pernah jemu dan doa pada Allah. Produk hanyalah asbab pada sesuatu tetapi yang menentukan adalah Allah. Tidak salah untuk mencuba sesuatu , dan selebihnya kita berserah kan.

Dua sahabat saya, Nur Maziah (fb Cahaya Mazieyah) adalah rakan saya ketika sama mengajar di MHS suatu ketika dulu. Beliau juga berusaha untuk hamil dengan berurut kesana sini, mencuba pelbagai produk itu dan ini, menjalani ujian kesuburan di hospital dan akhirnya tergerak untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee setelah melihat saya berjaya dengan produk ini.

Beliau mencuba Vitamin E untuk hubungan suami isteri, Alfafa Complex untuk kesihataan rahim dan dalaman serta Zinc untuk kesuburan suami . Alhamdulillah,dengan izin Allah, setelah 4 tahun berusaha akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan.

Sahabat saya yang kedua adalah Sakiinah Mustafa yang mencuba untuk hamil anak kedua setelah anak sulungnya berumur 7 tahun. Dengan izin Allah juga, beliau berjaya hamil dan akan bersalin pada bulan 8 tahun ini. Beliau masih meneruskan dengan pengambilan set ibu hamil seperti ESP, Omega Guard, Vitamin C dan Vitalea bagi mengekalkan tekanan darah (HB) ketika hamil dan juga Ostematrix sebagai kalsium untuk bayi dan ibunya...

Tiada yang lebih menggembirakan jika melihat sahabat yang diuji akhirnya berjaya mendapat apa yang diidamkan.. Kita hanya berusaha, selebihnya pada Allah jua kita memohon..

Saya menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA , tentang produk dan sebagainya.

Bulan ini ada Promo Vitamin E, bagus untuk hubungan suami isteri, yang mengalami masalah keintiman, dalaman, masalah kulit dan juga boleh dijadikan masker..

SMS / WASSUP  (IZA) 016 - 646 2121 ) UNTUK MAKLUMAT LANJUT..:)

COD AREA TELUK MAS/UMBAI/DUYUNG/AYER MOLEK MELAKA
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

Sunday, June 7, 2015

MENGAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE

Assalammualaikum

Dalam banyak-banyak produk yang terdapat di pasaran, mengapa saya pilih Shaklee ?
Bermula sebagai pengguna dan kemudian menjadi ahli, saya berminat untuk menjualnya dan berkongsi manfaatnya setelah kesannya dialami oleh saya sendiri. Ada 5 sebab utama saya memilih bisnes ini secara separuh masa tetapi ia juga mendatangkan pulangan yang lumayan.


1) KONSEP FAMILI DALAM KUMPULAN SHAKLEE (UPLINE/ DOWNLINE)

Salah satu aspek menarik dalam bisnes Shaklee ialah penaja kita (upline) akan masukkan setiap ahli di dalam kumpulan dan akan dibimbing, berkongsi maklumat atau apa sahaja aktiviti berkaitan Shaklee dan pemantapan ilmu berkenaan produk. Ahli yang ingin bergiat secara serius akan dibimbing sehingga berjaya dan tidak dibiarkan begitu sahaja . Setiap persoalan akan dibincang di dalam kumpulan dan ahli-ahli yang lain turut sama memberi pandangan dan perkongsian maklumat mengenai Shaklee dan ilmu yang berkaitan.


2) KONSEP 'SIAPA BERUSAHA DIA BERJAYA"

Perniagaan Shaklee berbeza dengan pengalaman menyertai MLM yang lain, yang mana kebiasaannya perlu mencari ahli bawahan untuk mengembangkan perniagaaan dan rangkaian. Lagi besar rangkaian yang wujud , lagi besar komisen atau pulangan yang didapati oleh pihak atasan (upline). 

Ini berbeza dengan Shklee, pada pandagan saya ia lebih kepada usaha individu itu sendiri untuk mencapai kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi dan tidak semata-mata mengharapkan anak-anak dibawahnya untuk mencari ahli. 

Ahli dibawah adalah bebas dan diberi pilihan untuk naik ke peringkat seterusnya dan boleh melangkaui uplinenya jika rajin berusaha. Tiada istilah tindas menindas atau mementingkan diri terutama sesetengah MLM yang seolah-olah memaksa ahlinya mencari ahli baru sebanyak mungkin.


3) PROGRAM YANG BERTERUSAN DARI SYARIKAT/ KUMPULAN

Sebagai organinsasi yang besar dan bertahan lama, SHAKLEE CORPORATION sentiasa menitikberatkan aspek kualiti dalam setiap produknya. Contohnya, pihak syarikat sentiasa mengadakan program seminar kesihatan dan nutrisi/ produk info/program perniagaaan untuk ahlinya dan ia diadakan di seluruh Malaysia mengikut jadual yang diberikan. Tiada  alasan kepada ahli untuk menyatakan pihak syarikat tidak mengambil berat akan kepentigan ahli-ahlinya.

Selain daripada itu, aktiviti dalam kumpulan juga sering diadakan seperti potluck, kelas blog dan pelbagai lagi untuk mengukuhkan uhkwah dan menaikkan semangat sesama ahli terutama dalam aspek pengetahuan tentang produk  yang dijual/ produk promosi yang ditawarkan.


4) PELUANG KENAIKAN PANGKAT DAN BONUS YANG LUMAYAN

Kebiasaan pada setiap MLM  ialah adanya kenaikan pangkat kepada ahli dari yang biasa ke peringkat yang tertinggi. Contohnya, di dalam Shaklee ada 5 ranking utama iaitu Supervisor - Senior Supervisor - Coordinator- Senior Coordinator dan akhir sekali yang tertinggi ialah Master.

Setiap ranking yang menawarkan pelbagai bonus dan kenaikan yang lumayan setanding dengan usaha yang dilakukan. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan, tetapi tidak mustahil jika kuat berusaha.



5) PRODUK SEMULAJADI YANG MELALUI YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Seperti yang sedia maklum, sejarah Shaklee bermula dengan cetusan pengasasnya iaitu Dr Forrest C. Shaklee  (boleh baca lebih lanjut Sejarah Shaklee ) yang mencipta supplemen kesihatan berdasarkan bahan semulajadi . Kekuatan produk Shaklee terletak pada bahan-bahan yang digunakan, non GMO , ujian klinikal yang melalui proses beribu kali ujikaji dengan disokong oleh saintis dalam pelbagai bidang.

Tidak hairanlah produk ini menjadi satu fenomena di Malaysia walaupun terdapat persaingan dengan produk yang lain. Walaupun produk Shaklee tidak menjamin 'keputusan ekspress/ segera" kepada mereka yang mengamalkan, tetapi dia hanya dapat dirasai setelah mereka sendiri mengambil produk Shaklee ini seperti saya yang mula mencuba set kesuburan dan alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya.


Saya seronok untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee walaupun terdapat pelbagai isu yang melanda berkaitan produk dan ada jua yang mengaitkan dengan kematian. Setiap kesakitan atau masalah ada penawarnya dan produk Shaklee hanyalah sebagai suppelem yang membantu mereka agar kembali pulih kepada kesihatan yang lebih baik.


Monday, June 1, 2015

VITAMIN C SHAKLEE TERBAIK UNTUK KULIT DAN BANYAK MANFAATNYA


Assalammualaikum

Untuk promo Julai 2015, antara produk yang menawarkan tawaran terhebat adalah Vita C-500gm Sustained Release. Apakah maksudnya ' 500 gm Sustained Release?  Apakah keistimewaan dengan vitamin yang mempunyai elemen ini ?

Untuk makluman, Sustained@ time released ialah proses yang diformulasi untuk melepaskan penyerapan vitamin di antara 3-6 jam. Maksud yang lebih mudah, ia dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah mengikut masa tertentu. Jika 500gm yang terdapat di dalam kapsul tersebut, maka setiap jam setiap 100gm akan dilepaskan  secara perlahan-lahan ke dalam badan.Ia memudahkan dapat diserap ke dalam badan dengan dos yang perlahan.

Vitamin C ini adalah bersifat mudah larut, dan oleh sebab itulah individu yang mengambilnya digalakkan untuk minum banyak air. Vitamin C ini dihasilkan bersama-sama bioflavonoid complex. 
Bioflavonoid atau yang dikenal dengan nama vitamin P, sebenarnya bukan termasuk kelas vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan pengkelasan nutrien yang terkandung di dalamnya. Istilah bioflavonoid merujuk pada beberapa jenis zat seperti hesperin, hesperidin, eriodictyol, quercetin, quercertrin, rutin, myricetin, apigenin, luteolin, catechin, onyx, luteolin, dan flavonoid lain. Nutrien ini tidak boleh dibuat oleh badan dan perlu didapatkan dari makanan.


Bahan Makanan Apa yang Mengandung Bioflavonoid

Bioflavonoid banyak terdapat pada bahan putih tepat di bawah kulit buah citrus. Bioflavonoid juga terdapat dalam lada, anggur, kayu pain, bawang-bawangan, berry, teh hijau, sekoi, apricot, soya, tomato dan brokoli.

Apa yang best sekali tentang vitamin C Shaklee, sebiji kapsul bersamaan dengan 7 biji oren . Hanya ambil sebiji@ 2 biji sehari pelbagai manfaat boleh diperolehi.







Antara kebaikan mengambil Vitamin C :
  • Membentu Kolagen – Kolagen adalah asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Symptom Pendarahan – Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah utih menentang bacteria dan kuman, mengukuhkan system imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selsema.
  • Mencantikkan Kulit – Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat – Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Jangan lepaskan peluang ini, boleh hubungi / wassup saya 016 646 2121  (IZA) untuk konsultasi percuma dan pertanyaan.

COD juga sekitar Teluk Mas, Melaka/ Duyung/ Ayer Molek dan kawasan sekitar. Pengeposan seluruh Malaysia.



How to Make Quick and Easy Brownies - Chocolate Brownie Recipe


Assalammualaikum.
Resepi ni saya dah buat dan memang menjadi. Sedap dan mudah. Nak bawak ke sekolah ke , jamuan ke, makan sesaje minum petang pon boleh...
Disertakan video di bawah untuk mudah difahami.
Bolehlah mencuba ye..:)

BAHAN-BAHANNYA SEPERTI DIBAWAH :

1) 1 CUP BUTTER DICAIRKAN, KEMUDIAN DISEJUKKAN DAHULU
2) 2 CUP SUGAR (SAYA GUNA 1 CUP GULA PUTIH/ 1 CUP GULA PERANG  SEBAB                      TAK NAK  MANIS SANGAT)
3) 1/2 CUP SERBUK COCO
4) 1/2 TEASPOON VANILA ESSENCE

GAUL DULU BAHAN2 DI ATAS DI DALAM MIXING BOWL
KEMUDIAN TAMBAHKAN :

5) 4 BIJI TELUR
6) 1 1/2 CUP TEPUNG GANDUM/TEPUNG NAIK SENDIRI/SUPERFINE PUN BOLEH
7) 1/2 TEASPOON BAKING POWDER (JIKA GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI TAK PERLU           TAMBAH)
8) 1/2 SUDU GARAM
9) AKHIR SEKALI BOLEH TAMBAH WALNUT/BADAM CINCANG ATAU CHOC CHIP            UNTUK MENAMBAH RASANYA...

PANASKAN OVEN PADA SUHU 350 DARJAH DAN BAKAR ANTARA 20-30 MINIT.

Mudah kan? Bahan2nya pun xdelah susah sangat nak cari..yang belum pernah baking boleh cuba resipi ini, insya"Allah menjadi...:)



Friday, May 29, 2015

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI TELUK MAS, MELAKA DAN KAWASAN SEKITAR

Assalammualaikum

Saya mula menjadi ahli sejak dari 2014, bermula dengan makan untuk diri sendiri dan akhirnya dapat mengetahui tentang kebaikan dan kesannya. Dari situlah saya berminat untuk berkongsi tentang kebaikan produk ini terutama dalam kalangan kawan-kawan terdekat.

Untuk makluman,saya adalah pengedar sah (SID 911067) yang bertempat di Teluk Mas, Melaka. Antara kawasan yang boleh saya hantar adalah di Alai, Duyung, Ayer Molek, Serkam , Padang Temu dan Ujung Pasir, Melaka.

Selain menghantar barang di kawasan terdekat, saya juga boleh mengepos ke seluruh Malaysia .

JIka berminat untuk mendapatkan produk ini ataupun khidmat nasihat berkenaan produk,saya sedia membantu samada boleh berhubung di nombor :

Iza azwati (SID 911067) - 016 646 2121
Sms/wassup/weechat di nombor di atas atau pm di fb : Iza Namida

Jangan malu dan segan, saya ni baik orangnya..heheh...:)


5 TEMPAT MAKAN YANG ANDA MESTI CUBA DI MELAKA

Assalammualaikum

Kalau pegi melancong kemana-mana, mesti google dahulu tempat makan / hotel dan tempat yang akan dilawati kan...kalau tak meraba2 jelah cari betul tak? Sekarang ada Waze dan GPS, so takde masalah nak cari tempat2 sebegini.

Bestnya Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ni, kecik je..pusing2 situ gak..cuma pening sikit sbb byk jalan sehala dan traffic light...Tapi,kalau set kat Waze , insya'Allah jumpa..Saya senaraikan beberapa tempat makan yang best, harga yang ditawarkan dan lokasi nya...Sekarang musim cuti sekolah, jadi senang la kan dah tau tempat makan yang mana berhampiran dan yang paling penting puashati..:))


1) ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG, PLAZA MAHKOTA
    
Terletak berhadapan Menara Taming Sari, bersebelahan Newton Foodcourt.
Ownernya saya kenal sangat, En Shaharudin,memang dah lama berniaga asam pedas kat Melaka ni. Kedainya pun femes, ramai yang dah datang, baik Menteri, artis, JJCM dan byk kali masuk paper. En Din ni sempoi je orangnya, anak2nya pun ada bekerja sekali membantu beliau.

Walaupun ada yang kata makanan sini mahal, tapi boleh rujuk senarai harga yang dipamerkan. Saya suka makan daging salai masak lemak, kerabu mangga dan ayam kampung goreng...Kena pulak dengan beras wangi panas2 memang terbaik.

Harga menu ada yang mahal dan murah, boleh minta dihidang atau ala-carte..Jadi, pilihan di tangan anda..kalau tak datang Melaka,memang tak sah tak pekena asam pedas kan..:))

# Kredit pic to kucingtanah@blogspot.com



2) COCONUT SHAKE KLEBANG

Tempat ni memang dah femes la kalau sesape datang melaka. Cuti sekolah ni lagilah smpai jem sebab orang parking tepi jalan dan beratur nak beli.Lokasinya senang je, jalan nak ke Pantai Puteri atau Waze Klebang Melaka pun boleh jumpa sebab tepi jalan je tempatnya...Sebelah stesen minyak Caltex...

Cuaca panas ni memang sedap pekena minuman ni, Sedap woo isi kelapa dan airnya diblend astu letak eskrem vanilla kat atasnya...fuh..meleleh...Sebelum ni agak teruk jam ,tapi owner nya dah asingkan untuk yang bungkus di tepi jalan, dan kalau nak makan ada restoran di belah dalam...bagus la cmtu, perniagaan dah maju...x pasti kena GST ke tak..hehe...





3) IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI MELAKA

Kalau dah smpai Melaka, tak sah jika tak makan ikan bakarnya, Restoran ikan bakar sangat banyak kt Melaka bermula dari muara Sg Duyung, Crystal Bay Alai, Umbai, Restoran Terapung , Anjung Batu dan akhir sekali di Serkam..So ,pilih jelah mana yang berkenan. Cuti sekolah atau cuti panjang memang penuh sokmo..huhuhuhu...

Kedai ni terkenal sebab dia terletak di paling hujung, di atas tanah tol mengadap Pulau Besar. So,klu makan kat sini dah boleh nampak Pulau Besar yang jaraknya  lebih kurang 20minit naik bot laju (Speed bot)...tempat makan pun besar ,selesa dan dibuka setiap hari kecuali Isnin. Boleh booking untuk rombongan yang ramai dan boleh pilih menu ikut budget kita..

Ia terletak di Umbai, jalan nak ke Pulau Besar, Melaka. Dimiliki oleh En Jalaludin , seorang usahawan yang juga mengusahakan perkhidmatan bot di Melaka. Tak sukar cari kdai ni, dari trafic light Teluk Mas, jalan depan sikit nampak stesen minyak Petron ,terus belok kanan dan jalan smpai hujung.

Kalau orang luar mungkin pelik sbb kat melaka ni ikan bakar dimakan dengan nasi lemak...tapi boleh request nasi putih juga..Ada satu tpt makan tu dalam bot, so sape cepat dia dapat la..hehe...
Harga berpatutan , cuma kena sabar kalau ramai orang sebab kena tunggu meja kosong,servis agak lambat  dan kadang-kadang memang full booked. Apapun,layan gambar ini ...:)




4) BARKATH ROTI JOHN BACHANG,MELAKA

Salah satu tempat santai yang best kat melaka. Signature dish di sini tentulah roti john dan ayam golek.. Memang sedap..yang peliknya,roti john tu bukan ada maiyo ke sos ke sayur ke belah dalamnya, tapi memang sedap....tak caya kenalah cuba kan..hehe..

Kedai asal di Tanjung Keling,Melaka dan di Bachang adalah cawangannya .So , dekat dengan area bandar,senang nak cari..Kedai pun bersih je..Nak cari pun senang, dari stesen bas Melaka Sentral, waze Giant Bachang.Restoran ni sebelum Giant dan memang dah nampak dari jauh..Dibuka petang hingga ke malam .Tutup hari Rabu jika tak silap saya.

Selain roti john,ada menu lain seperti makanan panas bergoreng,pun sedap juga...Harga berpatutan, kalau sedap harga nak bayar pun tak kisah kan...Ayam golek tu tak semestinya order seekor,tapi boleh juga order separuh atau suku darinya...takde masalah..tak abes,bawak balik tapi selalunya licin la..:))




5) PAK PUTRA TANDOORI AND NAN RESTAURANT

Ni pun antara tempat favourite kalau lapo time malam2..sebab kedai ni dibuka dari petang - malam..
Yang femes tentulah nan dan tandoorinya, saya suka makan nan cheese dan tandoori ....mabeles...

Terletak di kawasan Kota Laksamana, jika berkereta dari Bangunan Merah akan ke Jonker Walk Selepas kincir angin tu amik lorong sebelah kiri...kawasan sini memang femes dengan asam pedas larut malam dan roti pak putra ni.

Harga berpatutan,servis pun pantas, kedai pun bersih. Happening je makan kat sini sebab pelbagai bangsa ada, dan boleh pilih nak makan di dalam restoran atau di luar.

Harga pun tak mahal ,xdelah harga roti nan tu smpai 5 hengget kan..biasalah range dalam Rm2 ke atas, yang penting sedap dan panas2...alamak..lapar pulak malam2 ni...hukhukhuk...





Harap pada siapa yang nak melancong ke melaka, bolehlah mencuba tempat yang disenaraikan. Insya'Allah tak mengecewakan sebab saya slalu makan kat situ..Jom melancong ke Melaka..destinasi pelbagai tempat menarik untuk dilawati..:)

Boleh share la ye..gmbar semua ehsan google dan blog lain..:))



8 IKHTIAR YANG BOLEH DIAMALKAN BAGI YANG SUKAR HAMIL

Assalammualaikum

Saya ingin berkongsi tentang ikhtiar yang boleh dilakukan bagi yang sukar hamil. Kesemuanya telah saya lakukan dan berharap dengan perkongsian ini mudah-mudahan mereka yang berada di luar sana boleh juga mencubanya kan...Manalah tau jika salah satunya boleh menjadi asbab untuk mendapat zuriat yang ditunggu-tunggu. Saya senaraikan di bawah mengikut topik agar mudah untuk dibaca dan dijadikan panduan ye. Semoga bermanfaat..:))


1) PEMERIKSAAN KESIHATAN SELEPAS SETAHUN BERKAHWIN

 Adalah penting kepada pasangan yang berusaha untuk hamil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah tidak berjaya mendapat cahayamata selepas setahun berkahwin. Ini adalah kerana masalah sukar hamil menjadi satu isu ketika ini walaupun peratusannya tidaklah terlalu tinggi.Sebagai permulaan, seeloknya pasangan berjumpa dengan Pakar Sakit Puan (Gynealogy) di hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Antaranya seperti pemeriksaan terhadap tiub fallopio untuk   mengetahui samada tersumbat atau tidak dengan proses spt HSG atau lapsroscopy. 
    
Selain itu, di pihak suami boleh membuat ujian sperma (sperm test) untuk mengetahui kualiti sperma lelaki samada dalam keadaan normal atau kurang dari sepatutnya. 
Berbincanglah dengan doktor yang terbabit jika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tetap atau bermasalah dalam hubungan suami isteri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.


2) PETUA ORANG TUA/ AMALAN TRADISIONAL

Jika menurut amalan masyarakat melayu, antara yang popular adalah seperti mengurut 
badan terutama di bahagian rahim , tetapi berhati-hati sebab rawatan seperti sengkak 
tidak digalakkan bagi yang belum pernah melahirkan anak. Antara petua yang pernah saya   buat ialah minum air akar kayu , makan jamu kacip fatimah
minum air rebusan pokok dokong anak dan makan ulam-ulaman untuk badan kekal sihat.


3) AMALAN PEMAKANAN SUNNAH

Ikhtiar yang ini pun boleh diamalkan .Antaranya seperti minum air susu yang dicampur dengan kurma untuk amalan sebelum waktu subur. Bole diblend bersama atau racik kurma menjadi bhg kecil dan dicampur dengan susu.
    
Selain itu boleh juga minum susu kambing untuk kedua suami isteri dan amalkan makan madu setiap hari .Seeloknya madu dimakan sebelum sarapan pagi atau boleh juga dibancuh dengan air suam. Jika untuk lelaki, boleh cuba telur ayam kampung ditelan mentah dicampur dengan sesudu madu(klu sanggup le)..hehe...

Pada yang pernah dengar boleh juga cuba minum air rebusan buah adam yg blh didapati dari Mekah dan juga mengamalkan habatusauda samada yang biji atau dalam bentuk kapsul Kesemuanya ini ada juga yang dijual online.


4) MAKANAN TAMBAHAN ATAU SUPPLEMEN

Dalam pasaran sekarang ada banyak supplemen yang dijual sebagai ikhtiar hamil.Antaranya seperti Shaklee, Qaseh Gold, Sendayu Tinggi , Jamu Mak Dara dan macam-macam lagi. Tetapi berhati hati dalam memilihnya terutama kandungan yang terdapat di dalamnya untuk mengelakkan sebarang masalah atau mudarat di kemudian hari. Carilah supplemen yang telah bertapak lama dan dipercayai.


5) MENJAGA BERAT BADAN TERUTAMA BAGI ISTERI

Sebagai persediaan untuk hamil,adalah penting untuk menjaga berat badan terutamanya BMI kita tidak mencapai tahap "GEMUK" atau "TERLEBIH BERAT". Ini adalah kerana berat badan mempengaruhi tahap kesuburan wanita, dan perlu difahami ye semakin meningkat usia maka tahap kesuburan wanita akan menurun. Oleh itu, pemakanan yang sihat adalah perlu dan elakkan makanan segera, berminyak atau berkolesterol tinggi jika anda berusaha untuk mendapat zuriat.


6) MEGETAHUI KIRAAN WAKTU SUBUR SETIAP BULAN

Sebagai wanita yang telah berkahwin,adalah penting untuk mengetahui bilakah waktu subur anda Ini adalah salah satu usaha untuk hamil secara semulajadi. Contohnya, jika pusingan haid anda di antara 25-28 hari,maka kiraan waktu subur adalah di hari 12-14 selepas haid anda.

Pada waktu subur inilah pasangan suami isteri digalakkan bersama kerana peluang untuk hamil adalah tinggi. Antara cara lain untuk mengenalpasti waktu subur ialah terdapat lendir mucus (serviks mucus) dan pada ketika itulah anda digalakkan untuk bersama.

Bagi kitaran haid yang tidak teratur, memang agak sukar tapi boleh diatasi dengan pengambilan ubatan atau supplemen yang berkaitan seperti EPO (Evening Primrose Oil) 
atau Clomid bagi mengatasi kitaran haid yang tidak teratur. Ia perlu mendapat nasihat dari
Doktor sakit puan untuk ubatan yang terkawal. 

Jika ragu-ragu untuk mencuba ubat-ubatan, boleh juga mencuba supplement natural yang boleh didapati di pasaran.


7) ISTIQOMAH DALAM BERSEDEKAH

Bersedekah memang digalakkan di dalam Islam. Ada pelbagai cara boleh dilalukan.Banyak kisah disebalik sedekah yang boleh dijadikan iktbar. Saya sentiasa meniatkan sedekah saya moga boleh menjadi asbab Allah makbulkan permintaan saya untuk hamil dan semestinya ia ikhlas.

JIka mempunyai rezeki lebih, carilah mana-mana anak yatim/ anak2 tahfiz dan tajalah pendidikan mereka mudah-mudahan doa mereka dimakbulkan Allah dan kita juga mendapat pahala yang berterusan kan..:)


8) DOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Akhir sekali,setelah berusaha sehabis baik, berserah dan berdoalah pada Allah. Jangan putus asa dan jemu untuk memohon kerana Allah Maha Mendengar rintihan hambanya. Mungkin apa yang kita mahu Allah tidak berikan, tetapi percayalah Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik lagi. Jangan terlalu bersedih atas ujian yang Allah beri kerana Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.

Bagi yang berkemampuan, bolehlah berniat untuk menunaikan umrah dan berdoa bersungguh-sungguh di depan kaabah dan Raudhah. Mudahmudahan doa yang diminta akan dikabulkan Allah.

Mudah-mudahan tips yang diberikan dapat diamalkan dan mendapat manfaatnya. Semoga beroleh apa yang diminta dan hadapi semuanya dengan tenang dan sabar.

Jumpa lagi di lain entry...:))


   

Wednesday, May 27, 2015

IKHTIAR HAMIL DAN CUBA DENGAN PRODUK SHAKLEE

Assalammualaikum 

Macam best je tajuk atas kan? Nak kata poyo ke, show off ke  apa2 jelah...tak kisah pun,tapi inilah pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan izin Allah dikurniakan zuriat setelah 10 tahun kahwin. Lama kan, tapi penantian yang sangat bermakna, janji Allah itu pasti, yang penting teruskan usaha dan doa banyak2...


Dalam pelbagai rangkaian produk Shaklee, set kesuburan inilah yang paling bermakna dan paling mendatangkan kegembiraan pada saya. Nak tau kenapa? Sebabnya, bagi mereka yang menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat, tentunya tiada yang lebih menggembirakan apabila DOA yang dipohon dimakbulkan Allah.

Pengalaman saya sendiri, selepas 10 tahun , alhamdulillah berjaya juga hamil dengan izinNYa setelah berusaha bertahun-tahun. Hanya Allah sahaja yang tahu. Perjalanan menuju kehamilan ini bukan mudah, bermula dengan percubaan clomid dengan cycle maximum (4biji sekali makan) sehingga menyebabkan berat badan naik mendadak, kemudian melalui proses HSG (pembersihan tiub fallopian jika terdapat sebarang masalah/tersumbat), ujian darah pada hari 21 selepas datang bulan ,vaginal test, suami dengan sperm testnya , dan telah menjalani percubaan IUI sebanyak 3 kali tetapi nampaknya belum rezeki.Kami hampir2 masuk nama untuk menjalani IVF tapi Allah mengetahui dan sebaik2 perancang.


Dengan pelbagai produk dan pelbagai usaha untuk hamil ,maka saya hanya suka-suka mencuba produk Shaklee ini, dan mungkin juga asbab atas doa saya termakbul. Speechless bila buat test kehamilan sebanyak 3kali lepas period delay,dan hasilnya positif... syukur alhamdulillah...

Produk pertama yang saya makan adalah B Comp dan Vitalea. Sekadar mencuba setelah bertahun2 telan macam2 supplement/ ubat/ herba untuk hamil. Saya makan untuk 2 bulan dan bulan ketiga alhamdulillah dengan rezki Allah merasa nikmat kehamilan. 

Suami pula saya belikan ZINC untuk menambah lagi kekuatan dan kualiti sperma . Tambahan lagi beliau merokok,so peluang untuk hamil lagilah tipis sebab racun dan nikotine berbahaya terdapat di dalam rokok boleh menjejaskan kualiti sperma. 

Allah sahaja yang tahu, betapa bersyukurnya saya sepanjang kehamilan, dengan anak angkat saya yang buat perangai sebab nak dapat adik, dengan kerja yang agak banyak ,nasib baik mabuk dan mengidam tak teruk...Alhamdulilah.

Saya sangat suka VItalea sebab ia memberikan tenaga untuk bekerja di siang hari. Dengan B Complex saya rasa tenang dan kurang stress untuk memikirkan tentang mendapat zuriat sebab saja suka2 nak makan...heheheh...Konon2  macam dh frust la tapi still teruskan usaha...cuma tak berharap...sebab dah lama sgt...Tetiba hasil UPT positif, buat 3x untuk pengesahan...rezeki kan, dah tertulis di LOH MAHFUZ, kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukan.

Kepada yang berminat, boleh cerita2 dengan saya, nk tahu tentang kelebihan produk di atas . SMS/ Wassup saya di 016 646 2121 (IZA) . KONSULTASI PERCUMA TANPA GST..HEHE..:))

INILAH ANAK BERTUAH SAYA,DARI SEBELUM HAMIL,SEMASA DAN SELEPAS SEMUANYA DENGAN SHAKLEE.... :))






Ingin mengetahui lebih lanjut, saya sudi berkongsi cerita dan pengalaman, boleh call/ sms atau wassup saya (IZA) 016 646 2121 utk maklumat lanjut.

Penghantaran sekitar Teluk Mas, Duyung, Ayer molek, Umbai Melaka.
Pengeposan seluruh Malaysia

SET KESUBURAN SHAKLEE BAGI MEREKA YANG SUKAR HAMIL

Assalammualaikum..

 Apa yang menarik tentang B Complex Shaklee ialah ia sumber lengkap dengan Asid Folic, Mengapa? Bagi pasangan yang mahu hamil atau sukar hamil,kebiasaannya doktor di klinik akan memberikan asid folic kerana salah satu fungsinya adalah untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan memperbaiki sel yang rosak.Oleh itu,ia amat diperlukan bagi janin yang baru berkembang di dalam rahim ibu untuk kesihatan bayi sehinggalah kelahirannya.

Yang bestnya, B Complex ini blh diambil sebelum/semasa dan selepas kehamilan (tempoh berpantang) sebab ia boleh mengelakkan tekanan bagi si ibu menghadapi tempoh berpantang. Lengkap bukan? Paling penting ia adalah dari sumber semulajadi..:)

Selain itu, ia juga boleh merawat masalah kesuburan pada lelaki dengan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki.Jadi dalam persediaan untuk hamil,suami dan isteri pun boleh makan, menjimatkan dan  membantu kedua belah pihak . Ada 120biji dan makan sebiji sehari je.Kalau stress sebab memikirkan lambat dapat anak, B Complex nilah penawarnya..:))



Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:





1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic

9. Biotin


Vitalea pula adalah vitamin yang terawal yang dicipta oleh Dr Forrest. Dalam Vitalea terkandung 23 vitamin dan mineral yang seimbang untuk tenaga, sistem imun badan dan sangat bagus untuk ibu hamil. Sebab apa? Adalah penting untuk bakal ibu sihat bertenaga dan kuat untuk meneruskan usaha kehamilan dan Vitalea amat berperanan dalam menjaga tekanan darah (HB) ketika hamil kerana di dalamnya terkandung zat besi  (iron) yang amat diperlukan sepanjang kehamilan.

Senang cite, saya makan vitalea ni rasa bertenaga dan sihat terutama ketika melalui proses kehamilan terutama bacaan HB yang sentiasa cantik, kalau tak nanti nurse bising..heheh Seperti biasa, vitamin ini boleh juga diambil oleh suami, sama juga seperti B complex.


Bagi supplement spesifik untuk membantu mengatasi masalah di pihak lelaki , ZINC adalah dicadangkan kerana ia berfungsi untuk meningkat kemampuan seks lelaki. Ini adalah kerana ZINC dalam prostat lelaki memainkan peranan penting terutama kualiti sperma yang dihasilkan. Sekarang ini,masalah kesuburan bukan sahaja di pihak wanita sahaja,tapi lelaki pun ada masalahnya, Sebab itulah, kedua pihak harus mencuba dan ikhtiar untuk mendapat zuriat kan..Pendek kata ,USAHA TANGGA KEJAYAAN..:))



Seeloknya, sebagai persediaan untuk mendapat zuriat, suami dan isteri perlu menjalankan pemeriksaan dengan doktor sakit puan seperti masalah haid yang tidak teratur, masalah kualiti sperma,masalah ovum  yang tidak menghasilkan telur, masalah tiub fallopian tersumbat dan pelbagai lagi. Supplement hanyalah sebagai ikhtiar kita dan membantu memperbaiki kesihatan kita kepada yang lebih baik.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah sms/ wassup  016 646 2121 (IZA) untuk mengetahui tentang produk dan apa jua perkongsian yang boleh membantu mengatasi masalah kesuburan. 



CONTOH SET KESUBURAN LENGKAP SHAKLEE


Monday, May 25, 2015

AJAIBNYA SEDEKAH DAN MENGAPA PERLU DIJADIKAN AMALAN

Assalammualaikum...

Sejak nak masuk 4series ni rasa macam nk jadi baik dan lebih baik dan bertambah baik terutama dari segi iman dan amalnya, peningkatan ibadahnya, pergaulannya, cara berpakaiannya dan lebih utama kemanakah wang akan dibelanjakan terutama apabila rasa "kaya" sedikit...Hhehe...macam bagus je ayatnya kan...Tetapi itulah kenyataanya dan hakikat apabila kita sedar bahawa duit @ harta yang banyak atau berkepuk2 itu tidak boleh dibawa bersama ke alam kubur KECUALI amal yang dilakukan dan yang paling mudah bagi saya adalah sedekah.

Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, dugaan dalam perniagaan , dugaan dalam mendapat zuriat dan ternyata keluarga dan anak-anak menjadi kekuatan dalam kehidupan yang sementara ini. Bercerita bab sedekah ini, memang banyak saya alami dan percaya bahawa Allah swt akan bayar CASH setiap apa jua yang kita infaq@ berikan tanpa berkira setiap sesen pun kemana wang tersebut dibelanjakan.

Paling terkesan sekali jika kita istiqomah atau mengamalkan DHUHA setiap hari atau terpulang pada kesempatan masa yang diberi. Memang super duper ajaib janji ALLAH ni, especially yang berniaga atau bekerja sendiri cubalah rasa manis dan janji ALLAH yang satu ini.

Pernah satu ketika lepas Dhuha, saya menerima bertalu2 order botol susu utk seminggu ,yang tak pernah2 saya dapat dan sale terkumpul tu masa bulan lepas dekat 2k jugalah...Fuh...time tu mmg syokla rasa kaya dan berjaya...Hahah...(Nyanyi LAGU KALAU AKU KAYA) sambil kipas2 RM kat muka..hehe...tapi tulah, duit saya klu byk sikit dalam M2u tu mmg saya agih2kan dan kadang2 lepas Allah bagi CASH tu ,tak lama tu mcm berjanji pula ada msg2 yang memerlukan bantuan.

Sebelum ni saya berkira juga dan bersoal dalam hati tentang sedekah ni, tapi bila fikir2 balik duit ni kadang Allah bagi tu bukan semua hak kita, tapi ada hak orang lain yang perlu ditunaikan. Betul tak ?
Kadang verangan nak beli bag Coach  ke Harrods ke yang terbaru, tapi time tu dan2 je ada je posting kat FB yang memerlukan bantuan...huhuhuu...so , nafsu membeli pun telah kelaut..hahah...kalau tak jenuh la dengar Mr Perfect dok perli2 handbag yang ada ni pun tak guna..hehe...nama pun wanita melayu terakhir..hihikhkhik....

Yang terbaru, adalah kisah sahabat saya yang memang mengalami kesulitan dalam mendapatkan permohonan pinjaman Mara utk bisnes beliau, kebetulan dalam doa Dhuha saya pada waktu tersebut saya ada menyebut semoga dia mendapat kemudahan pinjaman itu, dan tak lama tu dia call saya bagitau MARA suruh datang sign agreement dan dapat loan terus tanpa banyak soal.  So,nikmat ALLAH yang mana kamu dustakan? Syukur alhamdulillah..walaupun hanya doa yang dikirimkan , tapi dapat menggembirakan hati orang lain kan..best kan macam tu..

Pada sahabat yang masih belum istoqamah atau rasa berat nak bersedekah, cuba2lah bersahabat atau membaca perihal kesusahan orang lain, nescaya lama kelamaan hati kita akan terbuka untuk bersedekah dan seronok untuk melakukan. Mulakan dengan yang paling mudah seperti belanja kawan2 ke, beli kuih bawak ke ofis dan kongsi ke, jumpa cleaner bagi dia biskut ke,bersopan dengan orang yang membersihkan kawasan rumah kita ke, bagi barang2 recycle kat orang yang angkat sampah kita ke, kan ada banyak cara boleh dilakukan. Kadang kita tak tau kan kot2 mereka ni hari tu memang belum makan, atau terputus wang nak makan atau apa2 kesulitan kan....Nanti Allah bayar CASH tau, so jangan risau la duit kita tu takkan berkurang...:)

So, pada semua boleh mula amalkan sedekah dan berjinak2 dengan Dhuha bagi yang berkesempatan. Pada Allah jua kita berserah, kadang kita solat cukup pun mungkin tak sempurna ye tak...moga yang lubang2 tu dapat ditampal dengan amal jariah kita...

Jumpa lagi ni entry seterusnya..:)

Wassalam..:)

LATARBELAKANG SHAKLEE CORPORATION DAN PENCAPAIAN SYARIKAT


IBU PEJABAT SHAKLEE CORPORATION YANG TERLETAK DI PLESANTON, CALIFORNIA, USA.



Shaklee Corporation telah ditubuhkan pada 1956 dan merupakan salah satu syarikat MLM yang pertama di dunia. Produk pertama yang dicipta adalah pada tahun 1915 yang dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" yang diformulasikan dalam bentuk cecair ketika itu dan ditukarkan kepada tablet pada masa kini dengan diberi nama Vitalea.
Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. 


Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”





INFO RINGKAS BERKAITAN SHAKLEE CORPORATION :


Latar Belakang Syarikat yang Baik
  • Perintis dan pemimpin dalam pemakanan tambahan iaitu sejak 1955/56
  • Syarikat yang tertua, terbesar lagi kukuh - NYSE/FORTUNE 50
  • Pelopor dalam menjaga alam sekitar dan menekankan nilai murni dalam perniagaannya terutama dari segi penghasilan produk
Makanan Tambahan yang Semulajadi 
  • Produk semulajadi, bukan sintetik @ NON GMO
  • Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan
Produk Berasaskan Penyelidikan
  • Lebih daripada 250 juta dibelanjakan untuk R&D dan mempunyai lebih 70 saintis yang dilantik untuk menjalankan produk penyelidikan
  • Memiliki pusat penyelidikan sendiri iaitu di :
  1. Hayward California
  1. Stanford Research Park
  • Penilaian semula oleh saintis, penyelidik bebas di institusi berprestij
  1. Chicago Medical School
  1. Yale University
  1. University of Texas
  1. University of Toronto
  • Lebih daripada 50 abstrak & penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal saintifik
  • 90 Ujian klinikal bercetak
  • 50 tahun pencapaian kajiselidik membuktikan mereka yang mengamalkan Shklee mempunyai kesihatan yang lebih baik
Ujian Klinikal
  • Satu-satunya syarikat yang melakukan ke atas semua produknya
  • Terbukti melalui kaedah sains (products work)
  • Bahan botanikal baru akan diuji oleh pihak ketiga
Piawaian Kawalan Kualiti yang Tinggi
  • Sehingga 176 ujian ke atas bahan mentah
  • Sehingga 262 ujian kualiti ke atas setiap produk akhir (siap)
  • 100% jaminan kepuasan pelanggan


Dengan kekuatan yang dimiliki oleh Shaklee Corporation maka tidak syak lagi produk yang dijual adalah selamat dan sihat serta dapat membantu ramai orang menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sebagaimana pelbagai produk segera yang terdapat di pasaran Malaysia, seharusnya individu seharusnya lebih bijak dan berhati-hati dalam memilih  produk yang memberikan kesan yang 'segera' berbanding produk yang memakan masa tetapi memberikan kesihatan yang lebih baik berbanding memudaratkan di kemudian hari.

ANDA SIHAT, ANDA BAHAGIA...:))


Sunday, May 24, 2015

DR. FOREST C SHAKLEE SEBAGAI PENGASAS TERHEBAT PRODUK SHAKLEE

Assalammualaikum. Bismillahirrahmannirahim.


Kebiasaannya nama sesuatu produk juga berkait dengan pencipta @ creator produk tersebut.Produk Shaklee diambil sempena nama pengasasnya iaitu Dr Forrest C Shaklee dan merupakan salah satu produk perniagaan MLM yang tertua di dunia. Ia ditubuhkan pada 1 April 1956 dengan memegang falsafah "Living in harmony with nature".

Beliau dilahirkan pada tahun 1894 dan sejak kecil beliau telah menghidap penyakit batuk kering dan pada ketika itu semua doktor bersetuju bahawa beliau tidak mampu untuk hidup lebih lama.Kesian kan? Tapi yelah di tahun tersebut dengan kemudahan perubatan yang terhad segala mungkin penyakit boleh menyebabkan kematian dengan cepat kerana ubat-ubatan yang terhad. 

Maka dengan sebab itulah keluarga beliau telah berpindah ke tempat lain (dari kawasan lombong arang batu) ke kawasan yang lebih subur dan dapat menghasilkan tanaman semulajadi.  Tahap kesihatan beliau semakin pulih dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan persekitaran yang baik. Penemuan multi-vitamin pertama beliau adalah  pada tahun 1915 dan ia dinamakan Shaklee Vitalized Minerals. Sekarang ia dikenali dengan nama Vitalea dan merupakan 'signature' produk bagi Shaklee.

Beliau juga merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dengan memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, filosofi,bio kimia dan divinity. Selain daripada itu, beliau turut mempraktikkan ilmu chiropractor dan kemudiannya pada usia 65 tahunbeliau menubuhkan Shaklee Corporation bersama dua anaknya untuk berkongsi produk yang telah dihasilkannya.










Kekuatan sesuatu produk adalah bergantung kepada berapa lama ia mampu bertahan di dalam pasaran serta penambahbaikan ke atas produk yang dihasilkan. Maka tidak waswas lagi produk Shaklee adalah di antara produk suplemen yang terbaik dihasilkan dan masih bertahan sehingga sekarang.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, kita boleh sembang2 dengan wassup saya  Iza 016 646 2121. InsyaAllah saya akan berkongsi tentang apa yang telah saya amalkan...

Nanti bersambung di entry selepasnya...:))

Wassalam..