Salam
Melawat ke salah sorang blogger tadi,dok citer pasal nk kurus,buat Imam yang tersayang,ni akak bagi petua ko nak kurus...ko jgn tak buat,akak nk tgk ko sgn off nanti ko kurus cam dak S_Malim..
NI salah satu paling senang..
Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.
Selain itu, amalkan juga memakan satu biji tomato yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum. Makan setiap hari kerana buah tomato juga mencantikkan kulit dan juga sebagai agen menghapus lemak..(imam,ko makan tomato hari2,gerenti kulit ko licin macam telur ayam)..hahah..
Pemakanan yang betul adalah lebih berkesan dan efektif daripada pill mengurangkan berat badan! Ini disebabkan apa yang anda makanlah yang sebenarnya membuatkan berat badan anda naik atau turun.Tetai pemakanan yang sihat sahaja tidak semestinay akan menurunkan berat badan anda, anda perlulah makan pada masa yang betul dan tepat!
Contohnya anda tidak perlu mengurangkan pemakanan anda, anda boleh makan lebih daripada 3 kali sehari dan menurunkan berat badan anda.
Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya. Selamat mencuba.
Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan
badan.
Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……
2 comments:
OMG...memang senang tapi nak melakukan nya agak susah..hahaha..
mana nak cari buah pinang yek..kat penang ni nama je pulau pinang.buah pinang nye takde pon
imam
ala,ko apa susah,turun jelah naik tangga kat kapal tu,astu makn capati je..sure kurus nye ..
Post a Comment