SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Friday, September 12, 2008

Catatan pilu sang ayah...

Daripada Anas bin Malik r.a dalam kisah kewafatan putera Nabi Muhammad SAW iaitu Ibrahim bin Nabi SAW berkata :" Maka Rasulullah SAW lalu dia pon memanggil bayi itu lalu dirangkulnya ke dadanya.Berkata Anas RA." Lalu berlinanglah airmata dan bersedihlah kalbu,dan kami tidak akan berkata melainkan apa yang diredhai oleh Allah.Demi Allah! Sesungguhnya engkau Ibrahim sangat didukacitakan."

Engkau memberi gambaran kepadaku dalam 2 gambaran...Satu keadaan ketika engkau masih menyusu yang tidak melebihi usia enam bulan, engkau telah menghabiskan masamu dengan ibumu dalam tidur yang lena, dan daku pulang di tengah-tengah malam daripada pejabatku menuju kerumahku. Lalu ku melihat seekor ular yang menggerunkan berlegar-legar dan menjongkok di tepimu. Kepalanya menjulur keluar ke arah kepalamu dengan jarak yang begitu rapat yang tidak boleh diukur.

Hatiku semakin bertambah gelisah lalu ku merayu kepada tuhanku dan meminta pertolongannya dan Dia pon menguatkan hatiku lalu lidahku laju membaca wirid-wirid jampi untuk menghalang sentuhan ular. Tidaklah aku menyelesaikan bacaanku sehingga ular itu kembali ke sarangnya. Allah telah menyelamatkanmu daripada kejahatannya kerana kehendak yang dulu pada ilmunya dan perkara padamu amat besar.....

Dan aku bangun wahai anakku untuk memandikanmu, mengebumikanmu dan aku seorang diri daripada manusia menyembahyangkanmu dan aku berjalan di belakang kamu aku memikul separa diriku, aku menyerah urusanku kepada Allah, sesungguhnya Allah itu melihat hamba-hambaNya....

Rasa sayu membaca kisah ini, spt yang diceritakan di dalam buku Hassan Al Banna - seorang tokoh Ikhwanul Muslim yang sangat berpengaruh di dunia....Seperti yang pernah saya baca sebuah buku karya penulis barat, manusia pertama yang berada dalam ranking 100 manusia berpengaruh di dunia ialah Nabi Muhammad, dan sebagai org bukan Islam ternyata beliau tidak menolak kebenaran ini....sama2lah kita berselawat kepada nabi,sahabat2nya dan kaum keluarganya...amin......

No comments: