SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Monday, April 26, 2010

Golden elf



Salam
(pinjam gmbr dari internet)..

NI ler Golden Elf yg mau dirembat oleh penyamun takde otak,letak kat luar pagar je,time ni tgh berbunga cantik...so,adalah malaun tu bekenan,nk dipetiknya bunga ni.dah ler nk bebunga pon susah,dah bebunga suka2 hati je nak amik...sib baik jiran saya yg baik hati,tegur orang tu dan warning dia...kalau tak,dh selamat oked ni...so,pasu ni dah letak kat dalam,takut ilang lagi...hehe....

Friday, April 23, 2010

T-shirt dan jersi...

Salam
Sape nk berminat nk jual t-shirt cotton branded,blh dapatkan terus dari saya...harga spesel utk orang melaka...


Jersi,kain sama dgn kat kedai2..



T-shirt cotton...murah2.....mai ler order...



jersi putih.


Salam
Sape nk berminat nk jual t-shirt cotton branded,blh dapatkan terus dari saya...harga spesel utk orang melaka...

Monday, April 19, 2010

LIfe..

salam
Penattt..still kat ofis time ni..settle down another vessel..

rasa nk bercuti jauh2 ke tpt2 peranginan,ala2 jakuzi dlm bilik kat PD tu..tapi,kesibukan mengatasi segalanya...tmbahan plak ada staff baru nk gnti yg lama akan further study..nk ajar lagi,nk control lagi,nk tengok2kan lagi...

last week,smpat blk KL,tgk ibu dan conditionnya...alhamdulillah,even tdo semalam tapi penat sbb berkejar melaka-kl-melaka....sabar jelah kan...

Dalam pada tu,smpat jmpa kawan FB saya, Mr Wildan..rasanya sorang financial speaker,dan saya tertarik nk cuba OD utk ASB..eheh..tapi,kena masuk kelas dia baru leh buat mende ni...investment in future..jmpa dia actually tak sengaja nk cuba jual T-shirt,branded murah...rembat la dlm 50 helai...cuba2 la nk meniaga..hehe..skali,hsband saya jual kt member dia budak pasar mlm ayer molek,terus dia rembat 50 helai tu..haha...rezki,even tak jual mahal2,yg penting takyah pening paler nk abeskan nanti..hehe...katanya,nk amik dlm 2000 helai utk stok raya...mm...bagus gak tu..

till then,nk blk dah..penat....

Tuesday, April 13, 2010

Pencuri

Salam
Tadi dpt panggilan telefon dari adik :

Adik : Long, umah kena masuk pencuri,ada darah kat kapet (time ni saya dah berderau)
Saya : Hah! biar betul, ibu mana ?(sbb dia je sorang kat umah)
Adik : Masih kat BP Kajang, blm settle,tak tau cite lagi,tgh tggu ayah balik
Saya : Oklah,apa2hal bgtau..(dalam hati Allah sahaja yg tau,sape yg cedera agaknya).
Th

Then, saya call nazrul (adik no2) kat Sarawak nun,bgtau dia,tekejut beruk gak la..Kawsan Cheras/KL skrg ni mmg stail penyamun masuk umah time siang,time ada orang pon dia masuk gak...berani sungguh!!

Saya cuba call ayah/ibu tapi tak dpt..so,kena tenang2kan fikiran,fikir yg baik2 je walau dalam hati Allah je yg tau...

Tak lama lepas tu,Nzrul call balik,dia dpt cite dari ayah,katanya hari ni plak ibu tak kunci pagar dan grill (nak jadi sbab la ni),ada sorang budak umur 20an,org melayu,tnya tentang ayah saya, forsure la ibu saya ckp takde,dia pon tak terpkir mgkin dia knal ayah saya,astu dia nak air sikit sbb haus...dalam pada ibu nk amik air kat dalam,time tu hati ibu saya tergerak,dia capai gunting baju,tetiba budak tu dah ada kat belakgn,dh siap pegang pisau...subhanallah...saya takut dia tikam ke,kelar je ...time bergelut2 tu yg ibu saya sempat tikam dia kat badan,kat bahu,astu dia menjerit,jiran2 pon dengar(kebetulan ada jiran sebelah ada kat umah),budak tu lari keluar,dengan darah menitis kat kapet umah...

Ish..ish..saya dgr cite pon ngeri la,sbb dia dh pegang pisau tu, takut dirodok je..camnalah ibu saya tu blh berani tikam dia...nasib baik takde apa2....sure dia terkejut tu..esok rasanya nk balk KL kejap tgk dia mcm mana...

Ya Allah,kalau nk ambil nyawa hambaMU,biarlah dlam keadaaan yg baik...takut betul dgn dunia akhir zaman ni....

Monday, April 12, 2010

Kaya!!



SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca

dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

haa...apalagi,jomlah buat duit dgn berblogginggg..heheh....

Thursday, April 8, 2010

Bisnes..

Salam
lambtnya nk dpt kunci kedai ni...tak sbr nk masukkan coldroom dan segala barang2...hehe...apa2pon,alhamdulillah,dengan kemurahan reZki dari Allah,dan hidup berjimat cermat,akhirnya dapatlah membeli sebuah kedai@aset sepnjg berbisnes ni...utk bekalan masa depan ...

Keduanya, ajakkan share partner dari SIL utk share sewa kedai dia kat Permatang Pasir..setakat jual mende tecit2 je, stationary,mybe fotostat, T-shirt Muslimah dan produk tmbahan lain...saje nk cari income lebih...

Ketiga,mcm nk jual sengkuang kuah merah then letak kacang atas tu..perghh...ni makanan zaman sek rendah saya dulu,mmg favourite..igtkan tak wujud lagi,ghupernya mende ni laris kat Taman Tasik Permaisuri,Cheras...so,saya plan nk cuba jual di melaka...apa2pon,wish me luck ok...

Till then,masih bz dgn kapal ..dan kapal..dan kapal..dan kapal...rezki Allah sentiasa ada..alhamdulillah....

Saturday, April 3, 2010

Perhatian!!

Salam

Just nk share info (walaupun ada yg mempertikaikan kajian prof ni),amiklah pengajaran,benda yg terang2 dah jatuh hukum haram,dan jika sahih la rokok yg ada kt mesia ni ada mende ni,sure rasanya korang berenti kot,termasuk cik abe den yg degil tu..haha...apa2pon,takde pekdahnya merokok ni, buang duit lagi ada,kasi sedekah itu duit lagi bagus,atau buat makan2 utk orang ramai..hhehe....