Salam
Tajuk 'Semanis Kurma" mlm ni,agak menarik,dan tidak pula membicarakan ttg Nuzul Quran...
'Jgn lah mengajar anak supaya berjalan betul,andaikala si bapa@ibunya masih lagi berjalan senget...Itulah umpamanya senario zaman skrg,paling mudah dalam kehidupan seharian ialah ibadat solat....bkn main suruh anak solat magrib pas berbuka,tapi si ayahnya masih lagi mengadap tv @ melayan makanan,begitu juga menyuruh si anak berpuasa ,tapi si ayah pulak nauzubillah....siangnya makan tak hengat dunia...mcm mana nk membetulkan tu? Mungkin dia berfikir,jgnlah ikut perangai dia yg tak puasa tu,tapi tulah...kadang Allah tu bagi "cash" atas perbuatan yg dilakukan...
Suami teraju ibadat, yg menjadi ketua dalam segala hal,adil dan saksama,lembut tetapi tegas dlm mendidik,kadngkala beruntung dpt suami yg sentiasa mengingatkan isteri dan anak2 tentang perihal kebesaran Allah ,printah Allah,menjauhkan yg haram dan menjaga sumber nafkahnya utk diberi makan anak isteri...tetapi,jika dapt sebaliknya,jenuh pulak si isteri mengingatkan setiap masa tentang waktu solatnya,waktu ibadahnya,terawihnya,nafkahnya ,teguran pada anak2 dan bla..bla..bla......
Apa2pon,kedua2 pihak perlulah mempunyai persediaan ilmu dan bersedia utk menambah ilmu dari semasa ke semasa.Pada yg belum berkahwin,masa inilah kena byk belajar,tnya ustaz,berjinak2 dgn usrah@ ceramah agama,kerap ke masjid atau surau dan semoga hati itu sentiasa lembut utk menerima ilmu Allah....Sememangnya,ilmu Allah tu tersangatlah luas,fardu ain sahaja cukup luas,ibadat solat itu sndiri byk sangat yg perlu dipelajari,blm lagi solat jenazah,aqiqah,nikah kawin dan lain2....
Pada yg telah berkahwin tetapi belum mempunyai anak,byk juga yg perlu dipelajari dan akan dipelajari,dari segi menjaga tanggungjwb,aurat isteri dan nafkahnya,keperluan batin ,imam dalam solat dan mcm2 lagi....malah ada yg smpai bercerai akibat tidak sanggup lagi menegur suami yg "lagho" (lalai) dlm menunaikan tanggungjawab pada Allah...
Sungguh berat tanggungjawab suami ni,kalau isteri buat sesuatu yg tidak baik,maka automatik suami akan mendapat sahamnya,dan akan dikira dayus jika tidak mampu menegur perbuatan isteri yg melanggar syariat...
Pada yg dh mempunyai anak pula,cabaran lain timbul,dari mendidik anak,isteri,rumahtangga,nafkah dan tanggungjawab tak pernah abes sehinggalah menutup mata....Pertanyaan pertama dari Allah nanti ialah,mengapa kamu tidak menegur isteri@ anak2 kamu? Mana tanggungjawab dan amanah kamu? wah..time ni takleh buat apa dah,mengaku sajalah depan Allah dan bersedia menerima hukuman.....
Fuhhh!!klu disenaraikan ni,mau smpai esok pon tak habis..tapi,tulah realitinya....jika elok nakhodanya,insya'allah isteri dan anak2nya akan mengikut yg sebaiknya,tetapi jika sebaliknya ,hanya Allah yg Maha Mengetahui...
Pada yg ada,sama2lah kita sentiasa mencari ilmu,memperbaiki diri dan amalan dan semoga diberi kekuatan kepada Allah utk utk menghadapi sisa2 hidup di dunia sementara ini dan mengejar akhirat yg kekal di sana....
No comments:
Post a Comment