SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Tuesday, December 16, 2008

Ferrari..

Citer dari sebuah forum.saje nk copypaste, kuasa beli pengguna kan...tapi byk gile duit lebur camtu jer....

BUKAN semua orang mampu mengimpikan sebuah kereta mewah, tambahan pula mobil import berjenama terkenal seperti Ferrari, Lamborghini atau Porsche.Namun mimpi tersebut kadang-kadang boleh menjadi kenyataan dan salah seorang yang beruntung itu ialah Sani Salleh, yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). Bagi jejaka berusia 32 tahun yang merupakan bekas anggota kumpulan Impression ini, impian memiliki sebuah kereta Ferrari menjadi kenyataan apabila membeli F 360 Modena sebelum Aidilfitri kira-kira tiga bulan lalu.
Harganya bukan murah, tetapi bagi yang berkemampuan seperti Sani, impian boleh ditukar menjadi kenyataan dengan syarat berupaya membayar RM1.2 juta untuk kereta dua tempat duduk itu.Mengimbau kembali saat membuat keputusan untuk memiliki sebuah kereta berjenama terkenal buatan Itali ini, Sani berkata, pada satu malam dia bermimpi tentang kereta tersebut. Mimpi memandu dan memegang stereng Ferarri membuatkan dia menjadi tidak keruan lagi. Apabila terbangun daripada lena, beliau terus membuat keputusan mengunjungi premis jualan kereta itu di Kuala Lumpur pada sebelah paginya.Dengan deposit RM500,000, kereta berwarna merah darah dengan janaan kuasa enjin V8 itu menjadi haknya tanpa ragu-ragu lagi.
Bagi Sani, jika mampu apa salahnya mengeluarkan wang saku sebanyak RM14,000 sebagai bayaran bulanan asalkan kepuasan memandu kereta berkuasa tinggi."Minyak isi penuh RM200, sekadar boleh memandu di bandar Kuala Terengganu untuk dua hingga tiga hari. Jika menuju ke Kuala Lumpur memerlukan kira-kira RM250," katanya.
Bila bercakap tentang kos selenggara kereta merahnya itu, cara paling mudah membuat kiraan ialah bagi setiap 1,000 kilometer perjalanan Sani perlu membelanjakan antara RM1,300 hingga RM1,500."Bagi setiap 30,000 kilometer (servis utama), saya perlu membayar sebanyak RM30,000.

***Sedih dengan keadaan umat Islam Darfur di TV3 malam tadi...

2 comments:

Shida said...

Jgn jadik cam Zarina AF tu jer, eksen nak pakai keta mewah last² x mampu bayo bulan²....

Moral value:ada baiknya aku hidup begini..

Unknown said...

tulah shda...bukan setakat BMW,proton pon kalau rosak beratus gak nk bayau...sayang duittt..