SHAKLEE MALAYSIA
Sunday, November 30, 2008
Weekend
Weekend baru ni ektibiti agak penuh gak,especially menerima kehadiran tetamu khas forum MDC@iss yang sudi bermlm di umah den selama 3 hari 2 mlm.kalau kt hotel tu,leh kayo den kutip bayaran...hehhe.....Hari Jumaat tu iss dtg melaka, so tetiba je teringat nk gather sesama geng MDC yang berapa ketul je ada.Kitaorg makan seafood kt Crystal Bay, kul 5.30ptg dah terpacak kt kedai tu...Yg ada time tu si iss,coco dan naza.Kepada teq@amy,sorilah ek, akak bkn dengki nk buat time awak bz,plan tak dirancang pon...lenkali la ek...
Sabtu nya plak, kenduri kawin kawan iss kat Bukit Katil dan astu di umah amy kt Duyong.Sedap plak ayam goreng garing ala2 rempah tu...heheh....smpat la beborak dgn geng2 mdc dan balik tu melepek la kt umah sbb kenyang makan...
Ahad anto si iss, astu lepak kt umah jer sbb kepala tgh mengong....malamnya plak cik abe tetiba ajak gi Melaka, tahapa angin dia tah, slalu payah nk ajak keluar jalan...Dia ajak keluar,saya plak kena belanja..tak patut..tak patutt.....kitaorg layan Madagascar kat C4,mmg best la cinema kt situ compare dgn MP...kusi pon best,sound system dan hiasan yg menarik...balik umah kul 11 malam...
Pagi ni bertugas kat sekolah, smpai kul 4.30 petang....
Thursday, November 27, 2008
Sekadar renungan..
Just copypaste dari email...
KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI
Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku ber sam a isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "
Wednesday, November 26, 2008
Shopping
Nilah keje den kalau dh boring tahap gaban....takdelah ngabihkan duit pon,sbb bln ni duit byk lebur ke oked..hhehehe....malam tadi ank buat cik abe tido kat umah,ada 4 anak dara,so hari ni saje bawak bebudak tu jalan2,al-maklumlah budak lepas PMR,dok umah nenek asyik kena buat keje je, apalagi dok himpit den ler ajak jalan.Kebetulan mmg nk ke sekolah hari ni, lepas tu leh lar melencong ke Mahkota Parade.Hajat nk tgk Madagascar,tapi tak smpat...Lenkali jelah...
Ibu ada tepon tadi,hepi jer dgr suara dia, baru lepas turun bukit Jabbal Rahmah.Umrahnya dah hampir selesai,dan alhamdulillah depa dua tu sihat tubuh badan....Minggu depan dh raya haji, jemputlah datang umah yer...
Tuesday, November 25, 2008
Stay up..
Sekarang jam di PC menunjukkan angka 1.30 pagi,rasanya dh lama tak stay up sebegini lama cam memula jadi student UUM dulu. Paling ketara bila last minit buat assignment, sanggup stay up smpai 4-5 pagi, astu kalau ada kelas pagi pada esoknya nampaknya 'tuang' (istilah lain bagi ponteng) la jawabnya..heheh....bila dah stay up dari isyak smpai pagi, sure mata pon berpinar2 astu cam panda pon ada...punyalah teruk...kalau exam week,paling lmbt tdo pon kul 2 sbb den ni cukup amatlah menjaga waktu rehat, tido mesti secukupnya,kalau tak otak bule blank time nk jawab exam...(shda, ko komen ek..heheh)
So,hari ni stay up utk finishing chapter 1,2 dan 3 bagi PP1. Berlambak2 plak idea malam ni, mood dh mula datang, tapi nk meng'edit' plak nanti satu hal.La ni copypaste je cited dari artikel,astu part reference baru edit bebetul...utk literature review ni dh menjangkau 34 page,alamak...cam melebih2 plak, pas ni ada lagi 3 chapter ..for Master level, page tu around40-60..ish..ish..jgn melalut udah le nanti...saya nk siapkan chapter 3 ni peningnya nk mikior especially part questionnaire utk respondent. Dah la sample kecik,feedback pon nanti berapa ketul je yg reply...tapi takpe,that;s under limitation of study....
Oklah,nk smbung balik ...klu dpt buat sikit Chapter 3,legalah sket den ni ha...dok pikir nk cari idea nak setat ni...till then....esok smbung lagi..
Monday, November 24, 2008
Daftar haji
Sebenarnya niat nak daftar haji ni dh lama, since akaun tabung haji pon dah ada.Pagi tadi angkut cik abe bukak akaun tabung haji utk dia dan daftar sekali. Minimum saving 1300, so giliran saya adalah pada tahun 2022,lagi 14 tahun yang mana umur ketika itu adalah 45 tahun, akan ke tanah suci.Tetapi,jika nk pegi awal atau duit dah cukup, bule buat rayuan utk ke tanah suci. Ikutkan pihak saya alhamdulillah dah cukup,cuma lom sedia dari segi mentalnya dan bekalan utk ke sana.....Tetapi,saya akan kuatkan azam utk ke tanah suci sebelum umur 50 tahun.
Kepada sesiapa yang blom mendaftar,daftar la dulu ...duit tu boleh simpan sedikit demi sedikit, rezki Allah tu akan terbuka luas jika niat ada niat nk menunaikan haji...
Sunday, November 23, 2008
Selamat
Dari call dari ibu smlm,lega sket kedua2nya telah selamat smpai di Mekah dan selesai mengerjakan tawaf dan saie. Ibu cuma selesema je,sbb keadaan di Mekah yg berabuk akibat daripada kerja2 meruntuhkan bangunan di sekitar Mekah.Dengar suara mcam ceria jer,dan moga2 kedua2nya mendapat haji yg mabrur,dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan dalam mengerjakan haji...
Hari sabtu baru ni,Nazrul dan keluarga mentuanya berkunjung ke Melaka. Imi ikut skali sbb tinggal sorang kt umah,adik je takde sbb ada kelas.Smpat la depa tu naik menara taming sari, masuk muzium kapal tu, tapi tak smpat naik bot sungai sbb time rehat..tensen jer..time ramai org nk berehat plak..dah la taman rempah tu jauh, ada plak waktu rehat...kalau bot pakngah dulu,takde rehat pon,cukup org jer jalan....Malamnya makan ikan bakar kat Crystal Bay, syok makan penuh meja dan semuanya sold out..heheheheh....Mereka bertolak balik ke Klang kul 9 mlm,Fid plak nk balik Serawak hari isnin,tinggal Nazrul sorang je sbb cuti dia smpai hari Rabu. So,sepanjang ibu dan ayah di Mekah,saya bertanggungjawab jaga adik 2 org tu - Imi dan Iqa.Raya haji nanti depa datang Melaka ler...lepak2 smbil potong lembu..ahakss...
Wednesday, November 19, 2008
Balik bandar
Malm tadi bertolak dari Melaka lepas maghrib,punyalah hujan selebat2nya dari umah smpai highway. Lepak kt McD,pekena bubur panas smbil tunggu hujan reda.So,smpai Cheras lebih kurang kul 11 gak la....Cik abe dah balik Melaka pagi tadi,sbb ada kpl nk arrange esok.Ibu dan ayah flight kul 2 pagi,tapi kena berada di Kelana Jaya kul 9 mlm.Nazrul dan Fid pon smpat balik,hari sbtu baru balik Melaka, plus bawak adik dan SIL jalan2 pusing melaka..
patut minggu ni dh kena submit 3 chapter,tapi chapter 3 lom buat satu apapon.Kemalasan tahap gaban sudah melanda semula,eventhough bawak balik segala notes/pendrive/dll kunun2nya nk buat kt umah ni ler....la ni idak la menyentuhnya..heheheh....
Ada sesape nk kirim barang2 di Mekah? Bagitau awal2 yer....
Tuesday, November 18, 2008
Berhati-hati..
Email ni diambil dari forum KMC,nk share pada semua, terutama kaum hawa...dunia akhir zaman ni kan,manusia tak berfikir dgn betul,haram dah jadi halal,nyawa jadi taruhan dan macam2 la..harap dpt forward sesama bloggers...
AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG
MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA
-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN
GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan
menghampiri tempat parking, membuka kereta dan masuk
kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia
untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang
untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada
kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang
menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik
kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan
kertas (atau apa jua benda) yang menghalang
penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian
belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan
keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta
dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda
dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.
Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih
didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi
kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2
kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah
diperolehi!
BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN
Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin
belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas
itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email
ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada
kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua
maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di
beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan
orang lain.
Monday, November 17, 2008
Orked
Spatho kot...nama lupa..
Nilah oked termahal penah dibeli,Phal bellina.skrg dh byk..memula dulu beli RM120..daunnya cam telinga gajah..tapi mmg wangi bebbbb....
Cattleya purple..rajin berbunga..
Dendro..spesis oked hutan...mmg cntik time ni,bunga panjang mengurai...
Cattleya ni kot...beli kt Sg Buloh 3 thn lepas,baru bebunga..seketul pon jadilah....
Ni beli kt pasar pagi,sepasu RM15..ok lah kan...
Ni mcm spato..tapi entah la...
Curl oked...mmg comel..bunga halus2..sepasu RM13
Ni catt comel..baru snap petang tadi..ada lagi 5 kudup nk kembang
Ni plak bellina hybrid(yg telah dikacuk),kaler dia lain sket dari belinna asal..
Catt kuning...
Oked pinang pemberian shida...senang bela....
Salam
Jeng..jeng..jeng....semangat oked dah mula kembali...time skolah punyalah bz sokmo,smpai umah oked den pon tak terbela...masa gi pasar pagi Ahad smlm,nampak ler akak jual orked.Rega dia pon bule la tahan, buat tambah2 koleksi yang dh lama sgt tak topup....Setengah org kata membazir beli oked memahal,tapi bagi saya terpulang, ikut kemampuan...paling mahal oked yang saya penah beli ialah RM 120..kehkehkeh..cik abe yg beli,kirim dari Borneo...la ni alhamdulillah,rajin berbunga...kalau nk tau,spesis oked kt dunia ni ada beribu tau, tak terkira jumlahnya..tu blom tgk yg exotic, cam oked harimau yg bule mencecah rega 800-ribu sepokok..tapi bunganya...masya'Allah....mcm mayang mengurai....apa2pon,kepada yg nk bela oked, cuma beli yg senang jaga dulu spt oked pinang, dendro,lady dance(yg kuning) tu atau phal..sbb bila dh mahir bley la beli yg cerewet sket mcm spesis catt, phal atau apanamatah...lupa la makcik...apa2pon,enjoy yer....
MHS in memory..
Thursday, November 13, 2008
Lasy day
Hari ni hari terakhir persekolahan dan juga hari terakhir bertugas di MHS.Kalau ada rezki thn depan,moga dpt kembali ke sekolah ini. Smlm bergambar dengan bebudak kelas dan hari ni ada bawak sedikit kuih2 utk dijamu kepada guru-guru. Jasa kalian yg byk membantu dan menjemput kami makan-makan sentiasa dihargai...Keikhlasan dalam menerima kehadiran kami seadanya juga amatlah dihargai...rasa sekejap je masa berlalu,pelbagai suka duka dialami sepanjang berkhidmat di sekolah premier ni...Nama mmg gah di mata masyarakat,tapi bila mahu mendidik manusia menjadi seorang yang berilmu dan berjaya bukanlah mudah...semoga anak-anak didik saya berjaya dalam pelajaran masing2....
Lpas ni balik opis balik,keje pon betimbun,byk hal nk settle.Date of submission pon dh makin hampir...rasa nk siapkan semua 6 chapter dah htr by end of December.Kurang sikit azab tu....la ni,progress ok cuma ada la nk kena tmbah sket2 dan betulkan grammar..tak sbr nk grad thn depan....heheehh
Sunday, November 9, 2008
Al-Fatihah..
Terbaru dari blog KMC, salah sorang forumer telah kembali ke rahmatullah akibat kanser. Allahyarhamah Pn Halijah bt Ahmad@wadija telah selamat dikebumikan...Moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..Amin...teringat tetiba kawan forum KMC saya yg dulu,yg hanya sempat dikenali beberapa bulan sahaja.Bersembang di KMC akhirnya dpt jumpa arwah di kursus LHDN di UKM Bangi.Sembang punya sembang, arwah rupanya x-junior saya masa di UUM dan tinggal masa tu pon di Cheras Perdana,sebelah taman saya.Arwah berasal dari Kelantan,masih bujang dan merancang untuk berkahwin pada tahun berikutnya.Rezki arwah pada LHDN,beliau berjaya mendpt tawaran dan kematiannya secara tiba2 ketika pulang untuk menyambut Ramadhan tahun lepas.Saya lmbt mengetahui pemergian arwah,setelah berbual dengan adiknya.Kursus induksi di LHDN tinggal beberapa bulan saja tamat,tapi arwah telah pergi mengadap Ilahi.Sesungguhnya,ajal dan maut tuhan yang menentukan...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Juga kepada 3 penjihad yang telah ditembak mati di Indonesia, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui niat kalian, dan semoga diampunkan dosa...amin...
Friday, November 7, 2008
Straits Meridian
Tempat nilah kitaorg pulun smpai tak henggat donia sempena jamuan akhir kelab staf MHS. Man taknya, majlis start pukul 3, den ni ha punyalah kosongkan perut dari jam 11..ekekke..nafsu nye pasal..akibatnya, perut dh masuk angin,makan pon ala-ala kureng gitew...tgk mende sumer nk sumbat,last2 amik apa yg patut jer....manusia kan, cmna la kempen penggunaan lestari tu nk berjaya, selagi nafsu manusia menguasai segalanya...Sedey gak la...even 8 bln kat MHS,tapi pelbagai kenangan dan pengalaman dipelajari,dari ckgu2 senior,ckgu cemerlang, ckgu mandom,ckgu selfish semua ada.....sesungguhnya berbangga gak la dapt berkhdmat di sekolah kedua tertua di Mesia ni....
Balik jam 4.30 sbb tong dh penuh.penat pon ye gak..apa2pon, jika ada rezki akan datang, maka MHS menjadi pilihan walaupun ngajar budak terjal mcm nk surrender jer...
Kepada semua batch saya, moga berjaya ek lepas ni,dn dpt jmpa lagi lepas ni...
Tuesday, November 4, 2008
Sunday, November 2, 2008
Monday blues...
Hari ni cam mandom jer,hujan kat sekolah tadi plus mendung...asyik menguap je kejenya...Kelas pon dah habus silibus, sekrg bincang kertas peperiksaan sahaja. Bebudak pon ramai tak dtg, menghitung hari nk cuti sekolah.Tadi bagi kertas BM pada budak2 kelas, budak Delta ada jugak yang failed BM,mmg la saya hayun 10 sebatan....Tapi budak ni mmg problem,keje malas, jarng dtg sekolah dan selalu buat bising dlm kelas. TIme cikgu ngajar dia pon besembang...patutlah BM bule gagal....geram betul...Minggu depan akhir persekolahan,dan exam SPM dan STPM pon bermula....Kontrak saya pon akan ditamatkan Disember ini, tatau nk smbung ke tak..tgk dulu camna...
Minggu ni balik KL,sbb famili buat kenduri.Ibu dan ayah akan berlepas ke Mekah pada 21/11 ni, flight malam untuk menunaikan ibadat haji.Saya pon lom daftar untuk pegi haji,sbb kalau dftar lmbt, maka lambatlah giliran nanti,dgr cite lepas 10 thn baru nama dipanggil.Kepada sesiapa yg blom daftar,cepat2 la yer...kumpul duit sket2,pejam mata je smpan duit nk gi haji tu...kalau nk harap duit selepuk mmg susah la kan..kos haji pon makin bertambah dari tahun ke tahun, so kena menyimpanlah dari sekarang......