SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Monday, August 31, 2009

Hari ni sekolah..huhu..

Salam
setelah bersenang lenang cam mak datin kat umah (tak gak senang,hari2 gi opis)hari ni dah start sekolah,so ada lagi 15hari until syawal....bechenta la nk menempuh budak2 tu,plus nk discuss ttg result test bln lepas..ramainyaaaa yg drop, siap sedia la wahai bebudak...rotan akan singgah jap lagi..hehe...tapi,tatau nk rotan ke tak,sbb posa kan..mungkin saya bagi tazkirah 300juta perkataan kot utk melambangkan betapa keciwanya saya sbg seorg guru,apabila student tak belajr betul2...

Plan nk gath dgn beberapa rakan blog time berbuka nanti..harap2 dipermudahkan Allah...smlm buka pon nk dekat2 maghrib sbb cari barang utk kapal..hectic sungguh hidup ni....anyway,kepada ckgu semua,slmt bersekolah semua....daaaaaaaaa...

Sunday, August 30, 2009

Salam Kemerdekaan



Salam
Hari ni hari kemerdekaan yang ke 52 dgn tema 1 Malaysia..

Rasanya, memasing faham maksud merdeka tu,tapi masih ada sebilangan anak2 bangsa yg tak reti nk menghayatinya...contohnya berparti di kelab2 sambil minum2,melakukan perbuatan terkutuk sampai lahir anak merdeka tak sah taraf,berpesta tak henggat donia dan sebagainya ..sib baik thn ni jatuh pada bulan ramadhan,kuranglah sket dosanya, kalau tak konsert manjang...

Kemerdekaan ni besar ertinya pada yg memahami. Kita sepatutnya dah bebaskan diri dari dijajah dan tidak terpengaruh dgn budaya luar yg kadangkala tidak sesuai diamalkan oleh orang kita..sepatutnya,dgn kemerdekaan yg diberi,manfaatkanlah dgn sebaik mungkin, berdoalah supaya hidup dalam aman damai,hormat menghormati dan bertolak ansur..nampaknya skrg semakin lama mengecap kemerdekaan,semakin sombong sesetengah anak bangsa tu dan kadangkala ada yg tak mengaku asal usul tu org melayu..

Mmmm, terpulang la kan, sebaiknya ingatilah perjuangan orang2 terdahulu dalam susah payah utk menuntut kemerdekaan...sesungguhnya,tanpa perjuangan yg lepas,tiadalah nikmat seperti sekarang...

SELAMAT HARI MERDEKA !!

Friday, August 28, 2009

Tazkirah ramadan...

Salam
Marilah bersama2 kita renungkan takzirah dibawah,moga menjadi pedoman dan ingatan buat semua,sambil2 tu panjang2kanlah ilmu ini agar dpt dikongsi bersama rakan lain...

Jika Allah Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, Ia akan membuat orang itu dapat melihat aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "kalau kamu sanggup bangun dari kerehatan untuk menolong seorang kawan yang sangat berhajat tanpa mengharap balasan dunia dan ikhlas kerana Allah, maka perbuatan itu adalah lebih baik daripada kamu pergi beriktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan dengan di siang harinya berpuasa, membaca Al-Quran dan solat Sunat"..


Doa seorang isteri...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..

Amin,amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, August 27, 2009

Al- Fatihah..



Salam
Al-fatihah buat Allahyarham Senator Profesor Dr Ismail Saleh yg kembali kerahmatullah ..berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia.

Allahyarham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Semasa hayatnya, Allahyarham menerima beberapa anugerah dan penghormatan dari dalam dan luar negeri seperti Anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Ijazah Doktor Falsafah.

Anak kelahiran Pasir Mas Kelantan itu juga merupakan penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1977.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Ismail Kelantan dari 1967 hingga 1969 dan merupakan bekas Ketua Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Allahyarham juga merupakan penerima Anugerah Maulidur Rasul 2008.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, malam ini.


Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Kebelakangan ni ramai pulak yg dipanggil mengadap Allah.Bermula dari YA, astu Ustaz Asri dan kemudian Dr Ismail.Tapi,saya kesal sbb media tidak fokus betul2 atas sumbangan mereka ni,tak seperti YA yg ada chanel tribute padanya,tetapi tidak pada Asri Rabani atau Dr Saleh, seorang ahli akademik yg cacat penglihatan berupaya mencapai peringkat PhD dgn susah payah....pelik la kan dgn akhir zaman ni,yg tak sepatutnya diagung2kan,yg alim ulama atau yg bijak pandai diketepikan...

Ada catatan penuh ttg hal YA dll dalam blog Saifulislam.com..sama2lah kita ambil sbg ingatan dan iktibar....

Wednesday, August 26, 2009

Shopping tak hengat..

Salam
akhirnya imanku tewas juga..hahah...lawak tul la..smlm dh nampak telekung cantik kat Jalan TAR tu,tapi xsempat beli..so hari ni turun KL,dgn my parents parking keta kat BTR,then naik LRT terus turun depan SOGO...konon taknak masuk SOGO,skali dia sale daaa...mmg gila babas nnye la...sempat la merembat utk diri sndri, utk cik abe,utk ayah,ibu dan adik...tapi worth for buying bila shopping kat sini,sbb all dept sale sehingga 70%...so,T-shirt POLO yg memahal tu pon normal range dari 150-200 turun sehingga 80/120,kecuali yg baru smapai...

Dah dpt apa yg berkenan, terus gi Jalan TAR cari barang yg sepatutnya nk beli..keh..keh..keh...teruk betul la...astu,takmo dh tgk tpt lain,kang duit mengalir je cam air sungai,terus balik umah...

Esok baru pulang ke Melaka dgn adik dan ibu...depa dua ni dh lama tak balik melaka,so ikut skali smbil anto saya balik.....

Till then, leh tido dgn nyenyak smbil senyum..hahah...poyo jer...

Tuesday, August 25, 2009

Balik KL..

Salam
Yuhuu...akhirnya balik juga ke rumah den yg terchenta,asyik jer tertangguh sejak sblm poser smpai sblm ni...so,smlm gamble jer eventhough ada order kapal..bawak sekali mesin fax sbb nk fax order ..heheh...gitulah hidup kalau keje sndiri ni kan,takde maknanya opis hour tu,kena standby 24jam especially deal dgn kapal2 ni yg schedulenya slalu ubah...silap2 raya pon kejeeeee....

Jap lagi nk gi Jalan TAR,tpt shopping saya paling best dari zaman bujang smpai skrg...tpt favourite tu SOGO ler...hehe...mmg best la,tapi gi jalan TAR bkn nk shopping tapi nk cari barg kapal...sape lom penah gi sini,mai ler..mmg heaven la sesangat..keh..keh..keh....(ajak pi perabih duit)

Nti saya tepek scenery sekitar jalan TAR....


Monday, August 24, 2009

Berbuka puasa

Salam
Topik hari ni ialah buka puasa.Macam2 kan, nk buka apa,nk buka kat mana, nk berbuka dgn sape dan lain2...kalau dalam P&P (pengajaran dan pendidikan) di sekolah, satu2 topik yg nk diajar kena ada intro utk galakkan student bgi idea dan kefahaman yg lebih sblm sesuatu topik tu diajar..tapi kdg kalau tak smpat,terus masuk isi jer..heheh...

Saya slalu berbuka di umah mentua,sbb takde sape nk temankan mak tu,kecuali adik ipar yg mmg duduk dgnnya..kadang2 ada la yg lain balik,tapi kalau hari biasa mmg mak akan panggil kitoarg makan free...smlm je berbuka kat umah, sbb cik abe ada keje kat luar,so beli kat pasar ramadhan telukmas jer..takde yg spesel pon,balik2 tu je-murtabak-nasi ayam-kuih2-ayam percik-nasi berlauk....

Baru2 ni ada kuar statement dari jbtn agama manatah (lupa) bagitau ttg hanya 2% je kot hotel kat MEsia ni berstatus halal. So,especially hotel besau2 tu jaga2lah,yg offer buffet smapai 100++ (gila ke hapa) macam leh makan smpai abes utk pakej berbuka...Salah satu yg menyebabkan hotel2 mcam ni tak halal ialah dapurnya tak diasingkan antara non dan halal...so pepaham la yer..begitu gak dgn bahan2 yang digunakan....so,moral of the story lebih baik makan kat restoren biasa ataupun kat umah saja...

Seperkara lagi, dgr IKIM smlam, Nabi pernah berkata (maaf kalau tersilap),brg yg dijual itu tidak halal jika si penjual tidak memberitahu kerosakan/kecacatan yg ada pada brg tersebut dan juga dikira tidak halal jika penjual tidak memberitau perkara sebenar ttg barang tersebut apabila ditanya oleh pembeli..haaa...besar tnggungjawab dan amanah penjual ni, kalau rasa takleh makan/lauk semalam ke/recycle ker, elok la buang atau masak sekadar perlu...jgn sbb nk untung, jual mcam biasa...

So,kpada semua selamat berpuasa...rajin2lah beramal....

Saturday, August 22, 2009

Photo

Salam
Saya suka melawat blog2 yang mempamerkan photoshot yang menarik...salah satu fav saya ialah blog saifulnang.Saya mmg ikuti perkembangan saudara saiful ni dari bujang sampai kawin,dari dia susah smpai kaya gile skrg, dari kena kutuk masa mula2 berkecimpung dalam bidang photo sehingga menjadi org terhormat sekarang.Umurnya masih muda tapi berkat usahanya dan bakat anugerah Allah, beliau merupakan salah seorg wedd photographer yg terkenal,dah smapai oversea...salah satu wed photo yg dia dpt ialah masa wed anak sultan brunei...so colorfulll....

Saya dh upload blog beliau dan begitu juga salah seorg blogger dari blog qaseh-Acai..mmg suka cara penyampaian blog Acai ni sbb dalam pada kagum melihat photo2nya,diselitkan juga nasihat, lagu dan peringatan supaya sentiasa beringat..kita di dunia ni hanya sementara kan...bawah ni saya copypaste dari blog Acai about newbee yg baru nk berkecimpung dalam bidang wed photgrapher..mmg lawak la...enjoyy...

Berikut adalah tips untuk newbie (yang dah terer tak payah baca,haha) :
1. Pengantin berisi – Sila ambil lebih banyak gambar sisi dari gambar depan-depan yang secara terang-terangan menunjukkan tahap kelebaran pengantin tersebut. Jaga-jaga bahagian peha, lengan, double chin (jangan suruh dia tunduk sangat) atau boleh juga ambil dari sudut sukar, contohnya dari atas.
2. Pengantin tinggi melangit – Jangan ambil banyak low angle nanti pengantin nampak macam tiang TNB (dulu LLN)
3. Pengantin rendang (Jangan sebut pendek. Itu kurang hajor. Haha) – Elak ambil gambar pengantin bersama orang lain. Lebih sesuai jika beliau hanya berlatar belakang pokok kedondong yang sudah kene tut. Baru nampak tinggi.
4. Pengantin gigi berterabur tapi suka sangat senyum – Kau suruh la dia buat gelak comel sambil tangan tutup mulut ke, buat muka tahan kentut ke. Takde la sentiasa sengih nampak gigi.
5. Pengantin mulut busuk – sapa soh kau hidu. Keje kau amik gambar je. Tak malu.
6. Pengantin muka takleh blah mcm gangster suka tetak orang tanpa beri salam dulu – Yang ni kau kene belaja banyak buat lawak dan kau jangan lak muke tensen. Tahu la penat, cuba buat-buat muka comel mcm beruk mat yeh supaya pengantin leh gelak. Gangster pon ade sense of humor dowh. Paling susah kau geletek saja. Lepas tu kene tetak dengan pisau kek. Haha.
7. Jerawat pengantin takleh blah – Takde masalah. Belaja photoshop.
8. Pengantin taknak senyum (Gelak pon still tak senyum) – Ini bukan manusia. Alien ni.
9. Pengantin lelaki marah kau sebab usha bini baru dia – Sapa suruh kau usha. Jangan la usha, bodow. Haha.
10. Pengantin gelap macam time gerhana matahari dan baju pulak berwarna bling-bling tak masuk akal. – PASRAH SAJALAH. HAHAHAHA.

Ramadhan..

Salam
1st day puasa alhamdulillah..cuaca pon elok2 sahaja...rasanya sbb bersantai kat umah kot utk seminggu ni, bule la tido lepas sahur tu..heheh...kalau tak, nx week jer pas sahur dah siap2 nk ke sekolah...

Terawih malam semalam punyalah sesak manusia kat surau taman saya, smpai melimpah ruah..hari ni dah ok sket,yg buat sempit sbb bebudak yg ramai...dewasanya takdelah ramai mana pon,nanti dh smpai mggu kedua dan seterusnya tinggal satu saf jer...memasing dah sibuk nk buat persiapan raya...terawih saya hari ni kira burn la, lom rezki lagi nampaknya...rest utk seminggu ni...

Plan nk balik KL esok tertunda lagi, sbb nk settle htr barang kapal.Hopefully lepas ni takde halangan nk balik sbb nk juga berbuka dgn ayah dan ibu saya...cam dah lama tak balik cheras nun...

Till then, bersambung lagi di lain entry, selamat berpuasa,bersahur dan berterawih..

Thursday, August 20, 2009

Salam ramadhan....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Salam ramadhan kepada semua...selamat berterawih esok yer...

Monday, August 17, 2009

Eksiden dan hal semasa...

Salam
Pagi tadi otw nk ke sekolah,start jem dari jmbatan Crystal Bay tu..Apahal plak ni? slalunya kalau jem camni samada eksiden atau roadblock jer...sekali tu,nk dekat traffic light sekolah alai,ada eksiden yg melibatkan student, agaknya laju kot smpai masuk bawah bas...pergghhh...gile ngeri...budak sekolah ni bawak moto berdua agaknya,sorang bawah bas sorang tersangkut kat tepi tayar tu,cam separuh sedar je dgn masih memakai baju sekolah...tatau la nk salahkan sape, mungkin moto laju,takkan leh termasuk bwh bas atau bas kilang ni tetiba sesuka hati berenti tak bagi signal so dpt ciuman free kat kat blkg bas tu..heheh...

Saya bab2 eksiden ni mmg la ngeri,especially melibatkan moto yg suka cilok2 ni..kita plak nk kena jaga dia,padahal yg bawak tu tak sayang nywa langsung. Moral of the story,kalau kita terlibat eksiden yg melibatkan pelajar sekolah, even budak skolah tu cam pelesit bawak moto, kita jugak yg salah tawww....so,berhati2 di jalanraya yer.

Hal semasa yg hangat skrg ni selain H1N1 ialah krisis harga barang di Mesia skrg ni..dah gula plak kurang, pasni segala beras,tepung pon takde,astu ayam pon nak naik plak...sesuka hati jer sape yg buat keje ni,tak lain tak bukan pepaham la yer...apa nk jadi dgn negara ni pon tatau la...tadi news plak menteri dh bsing pada org jual mask utk H1N1 tu smpai 5 hengget,padahal bkn leh pakai lelama pon mende tu,paling lama 3 jam,astu kena tukar lain..agak2 ler nk meniaga pon,cam org bodoh sgt nk beli mende tu smpai 5 hengget..kot mende tu ada kipas atau penapis udara tu lain la..Ni sumer nk memenuhkan tembolok memasing,dlm keadaan skrg pon manusia hanya pikirkan untung perut sndiri dari pikirkan hal org lain....sib baik skolah jual 50 sen jer, so leh la beli byk2..sapa nk beli topeng murah,bagitau saya ek..hehehe....

Sunday, August 16, 2009

Xplorace di Zoo Melaka...

Sabtu baru ni sekolah ada buat xplore anjuran Kelab PRS di Zoo Melaka.Dlm masa yg sama ada LDP kat sekolah,so saya involve jaga bebudak ni kat zoo...penat gila jalan2 kat zoo ni,sib baik tang Safari tu ditutup...klu tak jenuh nk kejar budak2 ni..hehe.....balik tu sakit kaki,sakit kepala astu terus tidooooo....

Entrance..



geng sengal..hehe...



Tenuk ni buat2 tido agaknya...hehe...



memerang yg kekenyangan...



Gajah show dan budak sekolah..



Gajah show..baru je abes..



Burung botak..baru ku tau.....heheh...



pak belang bersantai...



Rhino tgh makan...tunjuk belakang dia plak..malu kot...

Orchid hunter..

Salam
FInally,setelah membelek2,tgk poket,tgk rega,tgk jenis dan sebagainya nilah oked yg dibeli sepanjang hari peladang yg berakhir baru ni..tadi petang saya ajak cik abe,tapi tak membeli sbb hujan lebat..alahaiii.....tgk byk oked dilelong,sbr jelah..lengkali la yer...simpan duit..heheh....

Anak2 oked yg dibeli..



Purple dan kuning ni mokara kot..pening nama2 oked ni..sbb byk dah mix..





Pinang kuning...



Dendro putih mix..



Dendro purple..



Big onci...pestaim tgk oncidium besar ni..baru RM10..rembat jelah...

Friday, August 14, 2009

Racun orked..

Salam

Pestaim berkunjung ke hari peladang,penternak dan nelayan kat MITC membuatkan saya rmabang mata dengan oked..aduh...mmg racun paling berbisa la..apa taknya, nurseri oked kat melaka ni berapa ketul jer, harapkan pameran macam nilah dpt tgk oked pelik2,cun-cun, menarik tertarik kebabom..heheeh.....

Rasa cam nk tdo samalah dgn oked2 tu, ada lebih kurang 10 booth utk orked saje,so byk pilihan dan boleh compare harga...selain oked,ada lembu kambing pon dibawak sekali..mesin bajak sawah padi pon ada...siap jual lagi..kiranya pameran ni nk buat cam MAHA la kat Serdang tu..tapi,pada golongan petani/penternak mmg bagus pameran sebegini,sbb selain membuka peluang2 pinjaman, khdmat nasihat, bule juga bertukar2 pendapat dgn pegawai2 pertanian....so,kepada org melaka jom ler beramai2 ke MITC..pameran sehingga ahad ni...

Di bawah ni antara oked yg saya smpat snap,bermula dgn orked tiger 2 pasu bawah ni..nk tau owner dia nk jual berapa? RM1000/- kalau berani...tapi,saya salute la sbb mungernya mmg panjang,ada lebih kurang satu meter la, no wonder mahal...orked tiger ni antara spesis oked utan, tapi antara yg termahal dan tercantikk..waaallllaaaaa...
Saya adalah memborong oked 8 pasu besar,4 anak2 dan rasanya nk pegi lagi last day,tapi kali ni kena ajak bos...hehehe......

Tiger..aummm....dapat rembat best ni...




Tiger orchid..jenis lain plak.tapi rega pon RM1000




Arundina (shda,klu salah tlg betulkan)..cutting camni jer jual RM8..




Oncidium...rega dia RM25 je,masa beli kat PD beli smpai RM45..nyesal sungguh..




Oked spider...rm 45,leh kurang lagi..




oked hutan...cuma RM20 jer..so sweet...




Assorted dendro..rega antara RM10-15...




Dendro..




assorted vanda/renanthera..




cattleya..RM45,kurang pon dpt 40...




catasetum kuning...pasu yg bebunga je jual RM120.pergh..gila mahal..beli anak je RM5




asco light..yg ni RM38..




catasetum..sama gak RM 120 sepasu..




asco peach light..RM 38 gak...




asco oren mix..RM 25..kaler dia mmg sweet,senang jaga...




asco oren..cam saya punya




oked kuning oren..

Wednesday, August 12, 2009

Khasiat susu ibu..

Salam...just nk share....c/paste dari email je...

Alkisah pada
> suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada
> le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
> sorang lagi anak pompuan.
> Masalahnya, kedua-dua ibu tadi,
> mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes
> berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan
> pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit
> masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki
> tersebut.
> Pada waktu tersebut, tiada lagi
> ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada
> kawan dia, sorang doktor dari mesir,macam mana nak
> selesaikan masalah tersebut.Dia orang dah buat ujian darah
> dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan
> darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor
> Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak
> selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan
> Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada
> penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor
> dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak
> doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya,iaitu
> seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu
> tanya le apa masalahnya.
> Setelah diceritakan segalanya, maka
> ulama mesir tersebut tersenyum.Korang nak tau tak, apa yang
> dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam
> citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu
> kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian
> tentang kandungan kalsium, zat galian dan
> sebagainya!
> Setelah selesai ujian, mereka
> diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan
> ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka
> mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa
> keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut,
> mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat
> galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
> Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu
> yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar
> kepada anak lelaki tersebut
> Maka doktor amerika tadi bertanya,
> apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu
> bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda
> dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian
> harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu
> ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki,
> adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan
> !
> Semoga menjadi panduan buat kita
> semua......
>

Tuesday, August 11, 2009

Koleksi orkid..

Salam..
Adalah sorang hamba Allah tu nk tgk koleksi orked saya,tak byk manapon,ada yg dah kojol dan ada yg hidup segan mati tak mau...oked butterfly saya langsung takmo berbunga,dah puas letak baja A,baja Z atau baja cap X pon takmo...so,kat bawah nilah yg masih survive,ada yg tgh kuar spike dan ada yg membesar dgn daun malar hijau..hehe.....ni sume gmbr lama,tak smpat snap yg baru lagi....enjoyyy....


Beli dari kak sarah,phal gigantea dgn phal apatah..hehe...




Cattleya RObert Delight -antara spesis catt yang saya ada,bunganya yg besar,dan warna kuning menyala..rajin gak bebunga..tgh tggu satu spike...




Penang girl..tapi takde bau..beli dulu cuma RM15..



Orked dari Sabah, tatau mungernya cmna..tggu dgn sabar ni...



Orked pinang - skrg ada 3 spike, 1 pinang purple..



MOkara purple - sedang berbunga..senang bela gak..





Dendro Liberty - skrg mogok takmo munger plak..



Dendro lagi,ni pon rajin bebunga...



Dendrobium lagi- yang ni amatlah rajin bebunga.skrg ada 2 spike...



Dendrobium curly - beli kat kg di Johor..harga cuma RM8..



CATLEYA - Rasanya hybrid,sbb jangkahayat kembang cuma 2 hari,tatau la apa ke halnya..





ASCOCENDA WHITE...specifik name tatau...



ASCOCCENDA FULL SUN BEAUTY..kalau tak silap la...very cute dan comell...