SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Saturday, January 30, 2010

Sarawak...

Salam
Akhirnya,selamat pulang ke Semenanjung merentasi laut china selatan ke Kuching,Sarawak..Plan ke S'wk pon ada ajakan ibu dan ayah sbb depa dua tu dpt tiket free under imi..Ramai yg komen,pegi senyap2 tapi saya malas nk heboh sbb takut tak jadi,al-maklumlah kerja sendiri ni tak tntu masanya...even saya pegi ni pon,tinggal je dgn staff yg ada,supply ke kapal ada pending lagi 2..alhamdulillah,segalanya berjln lncar,just monitor by email dan phone..

So,di Kuching,percutian ini agak jimat sbb tido umah Fid (mysis inlaw) di Kota Samarahan,yg jarak dari Kuching cuma 20minit (kalau tak jam)..so,bila dok kat umah SIL ni,blh masak dan lepak2...cuma,nk ke tpt lain agak jauh sbb serawak ni besarrrr yg amatt....cuma berkesempatan dgn Serikin (sempadan Kalimantan) dan jalan2 di Kuching je..Ada few photo di sana..makanan halal agak sukar la,sbb mostly cina yg dok kt Kuching...melayu adalah yg ke3,selepas Iban rasanya....so,jmpa penduduknya yg bertatoo tu paham2 la yer...More photo di FB yer...


Laksa Sarawak...




Cik abe dan Nzrul ..




Cik abe di Waterfront,Kuching..

Sunday, January 24, 2010

Bon voyage...



Salam

Rezeki tahun 2009 alhamdulillah syukur yang amat, dgn kehadiran kapal2 MISC di kawasan layup almost 11 vessel kat area Kuala Linggi. Start 2010, sebiji2 kapal dah start belayar, bermula dgn Bunga Teratai, Bunga Teratai 3 dan Bunga Terasek. Esok kapal Bunga Teratai Empat akan memulakan pelayaran ke Singapore dan seterusnya mybe JEpon kot..based on schedule. Bakal menyusul bln depan BUnga Mas 12 dan mybe BUnga Seroja. Sepnjg setahun berkhidmat sbg ship chandler di Kuala LInggi,tiada byk masalah yg timbul,most of the Master pon mmg ok,friedly dan tak berkira sangat...saya pon amat berterima kasih di atas peluang yg diberikan, dan berharap dpt supply ke PTP satu hari nanti..insya'allah...

Smpat jmpa Dak imam sblm dia sign on kat Port Klang ari tu,naik Mas 10..

SO,kepada Bunga Teratai Empat, selamat belayar,dan signoff Master Capt OOi,yg very friendly, humorous dan easy going, happy holiday and to the new captain,Master Faizal hope to see u again in future....BON VOYAGE....

Wednesday, January 20, 2010

Interior design...

Salam
Sejak dpt free mag Anjung Seri sbb langgan Times, saya ni konon2 nk le makeover bhg depan umah sedia ada kepada lebih ceria, menarik,simple dan sedap mata memandang...tapi,masa tak mengizinkan,plus nk survey barang2 yang bersaiz minima utk hall yg ciputtt tu je..hehe...apa2pon,sekadar cuci mata kat bawh ni,design utk rumah yg mempunyai ruang yg terhad.

Lagi satu, saya cadangkan,beli mag Apartment, yg lebih sesuai utk golongan berpendapatan sederhana instead of Anjung Seri..





Monday, January 18, 2010

Reminder buat semua dan sebar2kan...

Kopitiam...

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu ' Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL') Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN,
HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,

- NEWTOWN Kopitiam

-WHITE HOUSE Kopitiam

-PAK HAINAN Kopitiam

-JOM BALI Kopitiam

adalah 'TIDAK HALAL'
For HALAL issues, kindly ask or surf www.hdcglobal.com.my

Friday, January 15, 2010

Geram..

Salam
Saya ni geram dgn sorang hamba Allah ni, ghupernya smlm dia komplen itu ini,begitu begini...pergghhh...berderap jantung makcik...sabar jelah puan oiiii...ghupernya,selama dia diam dok pendam je, skali terkeluar la semua...kot ye pon,gitau la sblm ini, taim dok bincang2,then dia komplen tu,komplen ni...mau tak bakau darah (kata org mlk) ...tapi,sabar jelah..makcik tak kisah...buat bodo je smapai skrg ni,dia pon buat eksyen dia..hehe...

Geram yg kedua plak, saya tak sngka la org yg ada kaitan dgn suami saya cuba buat tak baik, even mende tu kecik,tapi saya anggap besar sbb ia melibatkan duit..dan senang citer,nk jatuh hukum blh dikatakan makan duit haram taww....ishh.ishh...tak sangka sungguh saya, yg bagitau pon org yg saya percaya..kot ye pon sengkek sgt,bgtau pon saya bagi apa...apalah sangat kan..ni dh jadi mcm ni,totally saya blacklist la muka dia..mmg muka takleh caya nye..ckp besau bkn main, abuk pon tarak...chitttt..yennadeyyyy betull...

Tuesday, January 12, 2010

D'celup

Salam
Gath bersama beberapa rakan KMC kat D'celup, Dataran Pahlawan..ni copypaste dari FB..gmbo terbesau plak...
d'celup
Photobucket
Photobucket

Sampainya hati...

Salam
Terbaca dalam harian metro hari ni,saya sedih baca kisah ini, tergamak seorang anak membuang ayahnya yang baru lepas operation dan dihalau keluar dari rumah,gara sikap isteri yang tak suka dgn ayah mentuanya....Mungkin ada citer disebaliknya, tapi kena faham la kan, kita pon akan tua jugak, akan berperangai budak2 kalau smpai masanya, silap2 anaknya buat kat dia balik,malah lagi teruk agaknya...Orang mcm ni,satu je ..satu hari nanti Allah akan bayar tunai atas perbuatan yang dibuat ni,dan tambah berdosa kalau diperlakukan pada si ibu...nauzubillah...dah la sblm ni ada kes 2 beradik dok berebut harta kat kubur ibunya, bukan nk tolong sama kebumikan,tapi ditanya pulak harta yang ditinggalkan si ibu...

Manusia akhir zaman ni kan,mmg dh mcam kembali ke zaman jahiliah gamaknya, buang janin merata2, sumbang mahram, zina suami/isteri orang, cerai dah jadi mcm biasa dan macam2 la...ni pon kes membuang ibu bapa semakin menjadi2,yg teruknya tu semua orang islam....

Pada yg masih ada ibubapa,hargailah mereka seadanya, kadang2 kita pon nak marah, naik angin dan mcam2 la kan,dgn peel org tua ni,tapi ikutkan jelah..umur mereka pon bukan lama lagi atas dunia ni,berbaktilah selagi terdaya, insya'allah anak2 kita pon akan mengasihi kita sepertimana seadanya...




Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.


“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.


Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.


Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.


Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.


Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.


Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Sunday, January 10, 2010

Xtvt ujung minggu..

Salam
actually dah terlupa pon smlm final AJL,sbb sibuk kat opis buat keje,tgk kat kedai sbb lapar nk makan...tu pon,dah final...tahniah tu Aizat,Yuna dan Faizal..tak mengikuti sangat pon AJL ni, sbb takde masa.heheh..(syibuk la kunun tu..)

Sabtu baru ni, saya berhoye2 dgn geng KMC - Kak umi,iss,teq,coco dan naza..kitaorg jmpa kat Satay D'Celup, restoran baru kat DP..ok gak la,saya suka nasi lemak ayam kampung,mmg sedap dan banyakkk...astu,order yg satay cucuk celup dalm kuah pon sedap gak la...gmbr takde sbb tak bwk kamera..pada yg dpt hadir, terimakasih memeriahkan suasana..harap dpt buat lagi lepas ni...

Till then, nk smbung keje...to Imam,slmt belayar...

Thursday, January 7, 2010

So colorful...

Salam
Sure ada yg sakit mata masuk blog ni, dgn design baru tema 70's,al-maklumlah saya nk kan dah tua..hehe....

Saje takde keje,sbb penat betul dok buat quotation and sorting finalise order...berpinar2 tgk nombol(bhs owang melaka)..hhehe...

Pada ada yg tetinggal tu,tgh cari balik blog kawan2 yg lain..sowi ek..makcik dah tua...

till then, nti upload pic geng2 kmc yang plan nk bergader2 kat D'Celup...

Wednesday, January 6, 2010

Cerita 2010..

Salam
Masuk tahun 2010,berita dikejutkan dgn pembunuhan 4 beranak secara kejam di Gemencheh, NS.Yang sedihnya, 4 beranak tu dipotong tangan,putus kepala dan ditetak oleh penyerang yg merupakan abg kepada Siti Khadijah dan cucu kepada salah seorang mangsa tersebut...nauzubillah....Kalau ikut berita semalm,ahli keluarga yang rapat kepada mangsa menyatakan, penyerang mempunyai masalah mental,dan bukan dibawah pengaruh dadah...seram betul la sekrg ni,membunuh dah jadi kebiasaan,gaduh sikit je,nk berbunuhan, tegur sket pon blh kena bunuh...

Berita lanjut dibawah ,dipetik dari Metro hari ini...

Penyerang yg ditahan di LRT Masjid Jamek,KL....



Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

Tuesday, January 5, 2010

Tahun baru yg bz..

Assalammualaikum..

Sempena tahun baru ni, ibubapa bz dgn anak2 nk masuk sekolah, yg pas exam dok sibuk cari keje,pas PMR sibuk nk masuk asrama, saya ? bz dgn kerja2 opis...alhamdulillah,rezki awal tahun...bule la...buat masa ni...

Plan nk balik KL tatau dpt ke tak ni,ada wedd kawan saya ahad ni...plus bz nk htr barang2 ke kapal..byk plak ujung mggu ni...lom berkesempatan nk lepak2 kat THISTLE / LEGEND kat bawah ni..eeeee....tggu nx week gamaknya...bukan nk mandi laut sangat pon,kemudahan dalam hotel pon dah bestt....

LEGEND WATER CHALET...



THISTLE PORT DICKSON..FORMERLY KNOWN AS GUOMAN...

Saturday, January 2, 2010

ckgu oh ckgu...

Salam
Smlm dpt call dari jabatan berkenaan status saya,samada nk smbng ke takmo,so saya mmg plan takmo sambung. Sbb tak smbung,adalah time constraint yg agak padat di sekolah,sejak MHS naiktaraf kepada sekolah kluster, so ckgu ckgi makin sibuk,aktiviti pelbagai dan macam2 lagi la...nk masuk opis pon dh lewat, astu balik dah penat...atas pegangan rezeki Allah ada dimana2,saya akan fokus pada biz suami saya dan juga biz utk kedai baru nanti..lom tau nk buat apa, tgh tggu CF je nak masuk ni...

Then,budak2 batch saya ada yg dpt MHS semula,atas sokongan pengetua..tahniah pada yg berjaya yer...moga MHS terus cemerlang dan gemilang,plus target nk menang PPDa tahun ni,siap ler korang balik lmbt nanti weiii...

Utk this year,saya dah set up beberapa plan, smbung treatment, pegi umrah(insya'allah), nk sistem semula biz yg ada supaya lebih elok dan tersusun, dan nak ceburi bidang satu lagi,apa dia? heheh..masih dlam perancangan,tatau ada masa ke dak nk buat nehh...

Till then, moga tahun ni akan dimurahkan rezki dan dilimpahi rahmat olehNya..amin...

Friday, January 1, 2010

Mutiara kata..

Salam
Pembuka tahun baru ni dimualai dgn mutiara kata yg dihntr secara sms oleh x-mate saya, berkenaan awal muharram..actually,saya terkesan juga dgn kata2 dibawah sbb ia mmg berkaitan dgn hidup saya dan suami,yg sentiasa menantikan dan terus menanti..

" Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
tapi Allah berikan kaktus berduri ...
" Kita meminta kupu-kupu, tetapi diberikan ulat..
Kita pon kecewa,sedih bahkan marah !
" Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali, dan ulat itu menjadi
kupu-kupu yang cantik sekali..
" Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktu-Nya !

" Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah memberi pada apa
yang kita perlukan..
" Kadang kita sedih, kecewa, terluka dan berburuk sangka.Tapi, jauh di atas
segalanya, ALLAH sedang merangkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita...
Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha...
SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH BAIK DARI MANUSIA ADANYA...