SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Friday, May 29, 2015

5 TEMPAT MAKAN YANG ANDA MESTI CUBA DI MELAKA

Assalammualaikum

Kalau pegi melancong kemana-mana, mesti google dahulu tempat makan / hotel dan tempat yang akan dilawati kan...kalau tak meraba2 jelah cari betul tak? Sekarang ada Waze dan GPS, so takde masalah nak cari tempat2 sebegini.

Bestnya Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah ni, kecik je..pusing2 situ gak..cuma pening sikit sbb byk jalan sehala dan traffic light...Tapi,kalau set kat Waze , insya'Allah jumpa..Saya senaraikan beberapa tempat makan yang best, harga yang ditawarkan dan lokasi nya...Sekarang musim cuti sekolah, jadi senang la kan dah tau tempat makan yang mana berhampiran dan yang paling penting puashati..:))


1) ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG, PLAZA MAHKOTA
    
Terletak berhadapan Menara Taming Sari, bersebelahan Newton Foodcourt.
Ownernya saya kenal sangat, En Shaharudin,memang dah lama berniaga asam pedas kat Melaka ni. Kedainya pun femes, ramai yang dah datang, baik Menteri, artis, JJCM dan byk kali masuk paper. En Din ni sempoi je orangnya, anak2nya pun ada bekerja sekali membantu beliau.

Walaupun ada yang kata makanan sini mahal, tapi boleh rujuk senarai harga yang dipamerkan. Saya suka makan daging salai masak lemak, kerabu mangga dan ayam kampung goreng...Kena pulak dengan beras wangi panas2 memang terbaik.

Harga menu ada yang mahal dan murah, boleh minta dihidang atau ala-carte..Jadi, pilihan di tangan anda..kalau tak datang Melaka,memang tak sah tak pekena asam pedas kan..:))

# Kredit pic to kucingtanah@blogspot.com



2) COCONUT SHAKE KLEBANG

Tempat ni memang dah femes la kalau sesape datang melaka. Cuti sekolah ni lagilah smpai jem sebab orang parking tepi jalan dan beratur nak beli.Lokasinya senang je, jalan nak ke Pantai Puteri atau Waze Klebang Melaka pun boleh jumpa sebab tepi jalan je tempatnya...Sebelah stesen minyak Caltex...

Cuaca panas ni memang sedap pekena minuman ni, Sedap woo isi kelapa dan airnya diblend astu letak eskrem vanilla kat atasnya...fuh..meleleh...Sebelum ni agak teruk jam ,tapi owner nya dah asingkan untuk yang bungkus di tepi jalan, dan kalau nak makan ada restoran di belah dalam...bagus la cmtu, perniagaan dah maju...x pasti kena GST ke tak..hehe...





3) IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI MELAKA

Kalau dah smpai Melaka, tak sah jika tak makan ikan bakarnya, Restoran ikan bakar sangat banyak kt Melaka bermula dari muara Sg Duyung, Crystal Bay Alai, Umbai, Restoran Terapung , Anjung Batu dan akhir sekali di Serkam..So ,pilih jelah mana yang berkenan. Cuti sekolah atau cuti panjang memang penuh sokmo..huhuhuhu...

Kedai ni terkenal sebab dia terletak di paling hujung, di atas tanah tol mengadap Pulau Besar. So,klu makan kat sini dah boleh nampak Pulau Besar yang jaraknya  lebih kurang 20minit naik bot laju (Speed bot)...tempat makan pun besar ,selesa dan dibuka setiap hari kecuali Isnin. Boleh booking untuk rombongan yang ramai dan boleh pilih menu ikut budget kita..

Ia terletak di Umbai, jalan nak ke Pulau Besar, Melaka. Dimiliki oleh En Jalaludin , seorang usahawan yang juga mengusahakan perkhidmatan bot di Melaka. Tak sukar cari kdai ni, dari trafic light Teluk Mas, jalan depan sikit nampak stesen minyak Petron ,terus belok kanan dan jalan smpai hujung.

Kalau orang luar mungkin pelik sbb kat melaka ni ikan bakar dimakan dengan nasi lemak...tapi boleh request nasi putih juga..Ada satu tpt makan tu dalam bot, so sape cepat dia dapat la..hehe...
Harga berpatutan , cuma kena sabar kalau ramai orang sebab kena tunggu meja kosong,servis agak lambat  dan kadang-kadang memang full booked. Apapun,layan gambar ini ...:)




4) BARKATH ROTI JOHN BACHANG,MELAKA

Salah satu tempat santai yang best kat melaka. Signature dish di sini tentulah roti john dan ayam golek.. Memang sedap..yang peliknya,roti john tu bukan ada maiyo ke sos ke sayur ke belah dalamnya, tapi memang sedap....tak caya kenalah cuba kan..hehe..

Kedai asal di Tanjung Keling,Melaka dan di Bachang adalah cawangannya .So , dekat dengan area bandar,senang nak cari..Kedai pun bersih je..Nak cari pun senang, dari stesen bas Melaka Sentral, waze Giant Bachang.Restoran ni sebelum Giant dan memang dah nampak dari jauh..Dibuka petang hingga ke malam .Tutup hari Rabu jika tak silap saya.

Selain roti john,ada menu lain seperti makanan panas bergoreng,pun sedap juga...Harga berpatutan, kalau sedap harga nak bayar pun tak kisah kan...Ayam golek tu tak semestinya order seekor,tapi boleh juga order separuh atau suku darinya...takde masalah..tak abes,bawak balik tapi selalunya licin la..:))




5) PAK PUTRA TANDOORI AND NAN RESTAURANT

Ni pun antara tempat favourite kalau lapo time malam2..sebab kedai ni dibuka dari petang - malam..
Yang femes tentulah nan dan tandoorinya, saya suka makan nan cheese dan tandoori ....mabeles...

Terletak di kawasan Kota Laksamana, jika berkereta dari Bangunan Merah akan ke Jonker Walk Selepas kincir angin tu amik lorong sebelah kiri...kawasan sini memang femes dengan asam pedas larut malam dan roti pak putra ni.

Harga berpatutan,servis pun pantas, kedai pun bersih. Happening je makan kat sini sebab pelbagai bangsa ada, dan boleh pilih nak makan di dalam restoran atau di luar.

Harga pun tak mahal ,xdelah harga roti nan tu smpai 5 hengget kan..biasalah range dalam Rm2 ke atas, yang penting sedap dan panas2...alamak..lapar pulak malam2 ni...hukhukhuk...





Harap pada siapa yang nak melancong ke melaka, bolehlah mencuba tempat yang disenaraikan. Insya'Allah tak mengecewakan sebab saya slalu makan kat situ..Jom melancong ke Melaka..destinasi pelbagai tempat menarik untuk dilawati..:)

Boleh share la ye..gmbar semua ehsan google dan blog lain..:))



No comments: