SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Thursday, November 25, 2010

Niat tidak menghalalkan cara...

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Jawapan :

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1)Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Aurat wanita apa sudah jadi?Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Apa sahaja hukum,klu buat baik tapi tak solat pon sama juga tak diterima..gitulah kehendaknya..niat tidak menghalalkan cara....

Sunday, November 14, 2010

Aidil Adha...



Salam
BIla tgk khabar haji 2010 di Astro Oasis,terbayang2 wajah kota Mekah dan Madinah..rasa nk pegi dan terbang kesana sekarang juga...rindu rasanya, harap ada rezki nk kesana lagi...mudah2an...

Bila tedgr topik IKIM berkenaan puasa ketika hari Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji,saya nk berkongsi kepada semua. Mungkin ada yg baru tahu mengenai puasa sunat ini dan juga 10 hari seblm hari Arafah adalah hari terbaik utk menambahkan ilmu ibadat kita,sama spt kita menunaikan 10 malam terakhir ramadhan...

Walaupon,hanya hari raya Qurban,pahala yg diberi oleh Allah kepada hamba2nya tidak terhitung,cuma terpulang kepada kita utk mengambil kesempatan tersebut atau tidak....

Bercakap tentang Qurban pula, ibadat qurban menjadi salah satu tuntutan kepada mereka yg berkemampuan.Tidak perlulah berkorban sehingga seekor lembu yg mencecah RM 2500 seekor jika tidak mampu,memadai jika berkemampuan mengambil sebahagian daripada lembu tersebut,sekitar RM 350-RM 380 sebahagian.Jika ada rezki lebih tahun hadapan,bolehlah ditambah bahagian tersebut....Mudah2an,dgn ibadat qurban,kita dimurahkan rezki Allah dan diluaskan lagi di muka bumi ini....

Salam Aidiladha buat semua, hayatilah ketaatan Nabi Ibrahim terhadap suruhan Allah dan ingatilah pengorbanan Siti Hajar dalam mencari air buat anaknya nabi Ismail...Smg kita tergolong dalam kalangan mereka yg beriman..amin....

Thursday, October 28, 2010

Orked

Salam

lama tak post pic orked kan,terapi minda saya ketika resah,duka,sedih..hehe...

Layan....


NI ID TAK TAU..BELI DI MELAKA,SUKA TGK,KALER NICE..MCM SPIDER ORKID JE..





DENDRO KERINTING...



ANOSMUM FINLAY, TGGU DKT 5 THN BARU NK BUNGA...



MOKARA UNGU,SENANG BELA,RAJIN BUNGA,KALER MENAWAN KALBU...

Monday, October 25, 2010

November ...

Salam...
Kejap je masa berlalu,tahun berlalu...apa yg best tahun ni? for sure la dpt melancong seberang laut.hehe..ke Sarawak je...rasanya satu mesia dah tawaf...:))...
Astu paling manis dpt menunaikan umrah,yg tanpa diduga dpt juga menjejakkan kaki kesana...alhamdulillah...ada rezki nk pegi lagi..mudah2an...

tak lama lagi dh masuk November,then Disember,then tahun 2011...ish..ish..umur pon makin bertmbah,rasa tua dah ni...

Apa2pon,tahun ni ada tahun yg superb,mcm tahun lepas biz meletup,rezki alhamdulillah..tahun ni,rezki murah juga,dan dpt skali kunci kedai..Insya'allah,awal tahun depan beroperasilah ASIA FROZEN TRADING...kenapa pilih nama ASIA? Global la sgt eh..hehe...kebetulan,ia adalah gabungan nama suami dan saya...so,terciptalah nama itu...mudah2an murah rezki juga biz ni...

Saya berangan2 nk bukak kedai 2 Hengget tu...cam best je kan,modal takdelah besar,tpt dh ada tapi tulah..masa dan kakitangannya,ada ke takde...ish..ish...semua nk dibuat aiiihhhh.....nanti yg dikejau tak dpt,yg dikendong tercicir....

Skrg,utk biz online mmg saya pulun abes jual footpatch ni dan juga shampoo noni..alhamdulillah,biz memberangsangkan juga,dptlah buat saving kat TH dan qurban sekor kambing nun di Kemboja...mudah2an rezki yg dikongsi bersama umat Islam di sana memberi kegembiraan buat mereka...amin...

Thursday, October 21, 2010

VIVA PALESTINA

Salam
konvoi VIVA PALESTINA sedang dalam muatan menuju ke Rafah,dan kemudian ke GAZA utk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Marilah kita mendoakan konvoi ini sampai ke destinasinya dan semga rakyat GAZA dapat memanfaatkan bantuan yg dihulurkan hasil dari dermaan saudara seIslammu....

Ya Allah Ya tuhanku,semoga konvoi ini dilindungi dari musuh2 Islam terutama Yahudi Laknatullah dan semoga rakyat GAZA diberi kekuatan menghadapi dugaan ini...sesungguhnya kami hanya mampu mendoakan dari jauh....amin...

Wednesday, October 20, 2010

Pendermaan organ

Salam
Topik menarik IKIM hari ini,isu pendermaan organ dalam kalangan umat Islam.

Mgkin ramai yg tidak mengetahui atau mendpat penjelasan sebenarnya, tentang isu pendermaan organ dalam kalangan orang Islam.Isunya skrg, orang Islam tetap berpegang teguh bahawa jenazah haruslah sempurna termasuk organ2 dalamannya,dan sebab tulah bila ada kemalangan,ada juga yg tdak membenarkan proses post-mortem kerana dibimbangi jenazah akan cacat....

Tetapi,berdasarkan penerangan yg diberikan, isu pendermaan organ menjadi isu penting pada zaman skrg,memandangkan ramai rakyat Malaysia yg menderita akibat dari penyakit2 kronik spt kegagalan fungsi jantung, sakit buah pinggang, hati dan sebagainya...sekurang2nya,dgn pendermaan organ, dapt memberi sinar baru kepada mereka utk terus meneruskan kehidupan....Dan isu pendermaan organ sama juga seperti kita menderma darah,cuma bezanya darah itu boleh diganti tidak seprti organ yg telah diambil.

Spt kata tetamu yang diundang (en yusof rasanya) salah seorg penderma organ, mengambil kata2 Datuk Noh Gadut (Mufti kerajaan Johor) : Bila kita mati,sudah tentu jenazah kita akan dimakan oleh cacing dan ulat2, dan tiada maknanya,dan adalah lebih baik kita sedekahkan organ2 yg penting itu kepada mereka yg memerlukan....

Sesungguhnya, saya pon masih berfikir semasak2nya utk menderma organ, kerana ia melibatkan semua pihak yg disayangi...

Monday, October 18, 2010

Cerita 2010 dan FB...

Salam
Adakah anda peka dgn apa yg berlaku di sekeliling anda? Adakah anda ambil peduli tntang masalah yg dihadapi oleh umat Islam sekarang? Adakah anda merasa bimbang dgn sikap manusia terutama yg beragama Islam di akhir zaman ini? Mgkin ada yg kata Ya, dan mgkin ada yg kata tak perlu nk sibuk2 hal orang lain...tapi ,bila dh kena batang idung sndiri, siapa yg nak disalahkan?

Rasanya masa ini jenayah makin berleluasa, isteri curang @ berzina sudah menjadi perkara biasa,buang anak diumpamakan buang sampah, suami berkasih dgn isteri orang pon dh jadi lumrah, anak2 remaja yg merogol budak bawah umur pon semakin membimbangkan....ni lah dia Islam pada nama, tapi iman letak kat lutut......

Gitu juga dgn isu FB yg pelbagai,ada yg membawa kepada maksiat, melalaikan,menjatuhkan maruah orang lain dan mcm2 lagi...Rasanya,saya hanya mampu meletakkan tazkirah atau peringatan atau nota2 ilmiah di FB demi menyelamatkan insan2 yg alpa dan leka dalam mempamerkan apa sahaja di FB...buat para isteri, ingatlah,....aurat dan tubuh badan anda hanya halal dipertontonkan kepada suami anda sahaja....bukan utk ditonton oleh orang lain....utk tatapan orang lain, yg blh mengundang nafsu ...kadang2 pelik juga, ada gmbr bertudung,tapi ada juga gmbr yang tak sepatutnya....nauzubillah......mana yg saya mampu tegur,mmg saya tegur @ berkias...kalau rasa nk berkecil hati terpulanglah...sbb dosa anda turut ditanggung oleh suami anda dan juga orang yg melihatnya....:)).....

Bagi anak2 remaja perempuan, buanglah gmbr2 yg tidak sepatutnya.....sbb FB adalah medan yg paling mudah utk tag gmbr ada dipertontonkan kepada mereka yg cuba mengambil kesempatan....skrg ini mcm2, janganlah mudah nk mempamerkan apa saja maklumat di FB atau di mana2 saje sekalipon...smpai ada juga kes rogol akibat dari FB ini, hanya kerana berkenalan melalui internet....nauzubillah...

Kesimpulannya, tepuk dada, tanya iman....jika kita mengaku beriman kepada Allah,tinggalkan perkara2 yang dilarang,kurangkan buat dosa free yg kita tau benda tu salah....jgn mudah menyerang orang lain tanpa usul periksa,dan jgn sesekali buka aib sndiri dgn bercerita yg bukan2 di FB termasuk masalah rumahtanngga...itu semua mengundang bala dan fitnah pada diri sndiri...

Sekian utk kali ini,sama2lah kita memperingati antara satu sama lain.....:))

Tuesday, October 12, 2010

Takziah...

Salam
Kemalangan ngeri bas Delima dari Melaka - KL mmg agak dasyat,mengerikan dan terburuk tahun ini. Jumlah mangsa yg terkorban agak ramai juga,dan nasib baik penumpang bas JKM tiada yg maut rasanya...buatnya 2 bas bertembung,nauzubillah...'

Nak salahkan sesiapa pon ,masih dalam siasatan,tapi berdasarkan maklumat,pemandu adalah seorg yg berdisplin,tidak pernah disaman atau masalah disiplin,bas dlm keadaan baik dan diselenggarakan spt yg dijadualkan....ada juga yg memberi tanggapan awal kemungkinan angin lintang sbb kawasan area Spg 4 ke Pedas tu kawasan angin lintang....berdasarkan kenyataan saksi,bas dipandu laju tapi lain pula kenyataan saksi yg terselamat....apa2pon,kena tggu laporan kotak hitam..

Takziah kpada keluarga mangsa yg terlibat,ada yg nak menghadiri konvokesyen,ada yg anak lelaki tunggal dan ada juga anak perempuan bongsu...semua dia telah ditentukan Allah swt...kita yg hidup perlu meneruskan kehidupan dan menerima qada dan ketentuan tuhan...mg mereka diberi kekuatan utk menghadapi dugaan Allah ini...

Al-fatihah....

Thursday, October 7, 2010

Rehat..

Salam
sudah agak lama tak upload blog ini,dah bersawang rasanya...mood utk mengemaskini pon asyik tertangguh,sibuk nk uruskan hal kedai yg akan dibuka,kerja yg ada dan bla..bla..bla...
apa2pon, akan dikemaskini dari semasa ke semasa...
sekrg menonton National Geography- Warzone in Afganistan...negara Islam yg baru sahaja bebas dari cengkaman Soviet,kini brdepan pula dgn Taliban...rakyat menjadi mangsa perang, ekonomi yg tidak membangun serta perang saudara yg tidak habis...

Nasib negara Islam,paling sedih melihat rakyatnya,yg terpksa bekerja keras utk mencari sesuap nasi,jika dibandingkan di Malaysia,kta jauh lebih beruntung dan sepatutnya besykur dgn nikmat Allah ini...

Moga2 semua umat Islam di dunia dibawah lindunganMu Ya ALlah....hanya engkau yg menentukan segala2Nya....

P/s : ter'emo' plak malam2 ni..hehe

Saturday, September 25, 2010

Kedai baru

Salam
Lately sibuk dgn keje di Melaka,plus uruskan pendaftaran kedai baru di Teluk Mas,dgn SSM,TNB,SAMB,MBMB,wiring,supplier,renovation ,bla..bla..bla...tu semua RM..RM..RM...heheh..nk wat cmna kan,buatlah sekadar mampu,pelan2,sikit2, dan seboleh2nya mmg takmo amik loan,guna saving yg ada ...

Insya'allah,nti opening saya jmput la semua geng2 kat melaka,kt forum dan juga yg kenal saya...mudah2an, kedai baru ni memberikan rezki yg lebih lagi...:))

Sunday, September 19, 2010

Al-Fatihah...

Salam
Pertama sekali kepada arwah Long Esah, yg saya pernah ceritakan sblm ini,telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu lepas,saya smpat tgk jenazah dimandikan dan dikapankan,sbb menda tu adalah fardu kifayah,jika ada ahli keluarga kita yg pergi selepas ini, sekurang2nya dapatlah kita menguruskannya....jenazah dikebumikan hari itu juga,selepas isyak..

Al-fatihah kedua buat M.rajoli,yg telah kembali kerahmatullah akibat sakit yg berpanjangan.Saya mengenali anak sulung arwah,Siti Zaleha ketika sama2 belajar di UUM,dan wataknya sama spt ayahnya,gembira dan suka buat lawak...takziah pada keluar allahyarham,mga ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

Sesungguhnya,kita yg hidup ni blm tentu ajal kita,tak semestinya mati ketika tua, dan akan tiba bila2 masa,tanpa kita ketahui,,Moga2 dgn mengingati kematian,kita seharusnya sedar akan kehidupan di dunia yg hanya sementara, berbanding di sana yg kekal abadi.Persiapkanlah amal ibadat kita,berbaik2 sesama manusia dan mohon ampun pada ALlah semoga dosa2 kita diampunkan dan diringankan dgn seringan2 penghisaban.....amin...

Monday, September 13, 2010

Hari raya..

Salam
Tahun ni turn raya di Cheras,salah satunya nk tgk anak buah baru,si Anisah dan keduanya mmg turn saya kali ni..hehe...

Cik abe dah pos saya ke KL hari Isnin, sbb kt umah takde orang,tinggal adik dan imi je,nk masak dan buat persediaan harap ibu je,sian pulak kan...cik abe smpat tido semalam,pagi selasa plan nk shopping barang dia,memula nk ke Sogo,astu Nazrul ajak gi MidValley,belikan baju dan seluar bos besau...hehe..astu,tanpa dirancang,terasa pulak nk try makan kat restoran Arab,gara2 teringat kat Restoran Yaman ,otw nk ke Madinah tu,mkn nasi mandi...subhanallah....sedapnya masih teringat2 skrg...Dari MdValley,kitaorg terus shoot ke Jalan Ampang,pegi Restoran Andalus, ptg tu apalagi tersangkut ler dgn trafic jem dkt sejam...pergghh...sesak gila KL ni,pening betul..sib baik restoran ni tak ramai orang...makanan ok,memasing pilih berlainan menu sbb nk tukar2 rasa kan,ada yg pilih mandi kambing,mandi ayam,ayam tanjin dan kush2 (moroco style),astu air jus buah mmg pekat dan sedap,tapi still takleh lawan kat Mekah nyelah..heheh...
Dah selesai makan,alhamdulillah..cik abe bersiap2 nk blk Melaka mlm tu gak,Nzrul pulak nk balik ke Klang...hukhukhuk....

Tahun ni tak blk Johor rasanya,sbb atuk stay kat Segamat then dok kt umah mak piah di Kluang..Cik abe blk malam raya,sbb dia sibuk memotong daging dan menjual skali..begitulah kehidupan setiap tahun,dan namanya tokey lembu, itulah yg dihadapnya....

Raya pertama,solat hariraya kt Hussein Onn, tahun ni pon tak cukup 4 beradik,sbb Nzrul beraya di Klang,sbb si Fid dalam pantang,nx year pon tak cukup gak,sbb saya turn di Melaka pulak..dah ada berkeluarga,mcm nilah kan...Pas solat raya,siap2 nk ke Klang,tgk ahli baru ,then lepak2 saya,astu blk dah letih..pas magrib baru start beraya umah si Nana dan ckgu Rahim....

Esok paginya,bertolak ke NS,kampung ayahanda dan suku sakatnya...ziarah lebih 6 umah,smapai muka pon dh ketat,makan ala kadar je..last skali pegi Serting Hulu,mmg jauh la...dpt plak makan nasi kul 3 petang lebih,lauk ayam masak lomak dgn ikan masin..humangg aiiii...terangkek..heheh...at the end,saya balik melaka terus,parents balik KL...gitulah senario raya kali ini...malamnya gi umah mak kjap,astu ziarah Long Esah (akak ipar mak mentua saya) yg uzur sgt dan Long Yah,pon dh makin uzur...sedihnya tgk keadaan keduanya,terutama Long Esah ni,makan pon susu je,berckp dan bergerak mmg tak blh sgt,tinggal tgn sebelah kanan je yg blh digerakkan...masa ziarah tu,terkelip2 matanya tgk kami,mgkin masih mengenali,cuma tak blh nk brcakap..
Mudah2an,saatnya menghadapi sakaratul maut dipermudahkan Allah swt...

Sehingga hari ini,masih blm smpat nk beraya umah ipar duai...hari ni dh masuk opis,ada order kapal mcm biasa..plan nk buat open hari 1 Malaysia, entah jadi entahkan tidak..bz sokmoooo....adoiii...sabr jelah..

Apa2pon,slmt berpuasa sunat Syawal dan qada...dahulukan yg wajib kemudian baru yg sunat...

Sunday, September 5, 2010

Welcome to the world...


Salam
Seronok dan xcited raya kali ni,bkn apa sbb dpt anak buah baru,cucu sulung bagi kedua2 keluarga,tambahan pulak bb girl,mmg jd kesayangan la nanti....Si comel ni namanya Anisah Humairah,lahir pada 2/9/2010 bersamaaan 23 Ramadhan 1431 Hijrah.Ikutkan tarikh due 11 Sept,tapi mgkin tak sbr2 nk melihat dunia,maka lahirlah puteri kesayangan ini....

Tahniah diucapkan kepada adik saya,MOhd Nazrul dan SIL,Raja Rafidah..Semoga dpt mendidik puterinya menjadi anak yg solehah dan berguna kepada keluarga. Nantikan maklong dan pklong raya nanti..heheheh....

Friday, September 3, 2010

Berbuka puasa..

Salam
Smlm saya bersilat kt dapur,khas utk menyediakan juadah berbuka yg akan datang dari geng forum -Amy,Zana,Imam dan tunangnya si Baiduri. Menu yg disediakan ialah tomyam putih, siakap sweet sour,asam pedas ikan merah dan mee goreng. Si Amy bawak roti JOhn Sinar (bini tokey) ,tauhu bakar dan air cendol. Suami saya beli air kelapa...PErghh,,dok bantai air batu smlm,astu makan pon sikit je..heheh...

Apa2pon,terima kasih atas kunjungan rakan2,moga silaturrahim antara kita akan berkekalan.Seronok skali skala berkumpul,tapi oleh kerana nk kejar solat terawih,so perjumpaan dan sesi sembang2 pon tamat cepat..apa2pon,moga2 kalian berpuashati dgn menu yg disediakan...BUat dak Imam, terimakasih la bagi upah masak tu,akak tak harap sgt pon...lebih pada niat sedekah,moga murah rezki ko nanti ye,dan cepat2 taweeeeeennnnn...

Pada semua,di penghujung sisa2 ramadhan yg tinggal beberapa hari je ni,moga2 kita pertingkatkan amal kita, cuba sedaya upaya melawan hawa nafsu malas utk mengerjakan ibadat terawih dan ibadat sunat,mudahkan utk bangun malam mengerjakan solat (saya pon cukup susah nk bangun) dan mudah2an niat kita dipermudahkan oleh Allah swt.

Kepada semua, salam LailatulQadar ....

Monday, August 30, 2010

Selamat Hari Merdeka ke 53...

Salam Merdeka..

Smg kita sntiasa bersyukur atas keamanan dan kesejahteraan yg dikecapi...smg kt bersama2 bersatupadu dalam apa jua keadaan,sikap memecahbelah akan memburukkan lagi keadaan.Jangan dijolok sarang tebuan dan jgn bermain dgn api...
Smg negara Malaysia akan aman damai,dijauhkan dari bencana dan dirahmati Allah dari segala bala walaupon pelbagai kehancuran yg dilakukan manusia akhir zaman ini...

Raihan - Lailatul Qadar

Thursday, August 26, 2010

Suami teraju ibadat...

Salam
Tajuk 'Semanis Kurma" mlm ni,agak menarik,dan tidak pula membicarakan ttg Nuzul Quran...

'Jgn lah mengajar anak supaya berjalan betul,andaikala si bapa@ibunya masih lagi berjalan senget...Itulah umpamanya senario zaman skrg,paling mudah dalam kehidupan seharian ialah ibadat solat....bkn main suruh anak solat magrib pas berbuka,tapi si ayahnya masih lagi mengadap tv @ melayan makanan,begitu juga menyuruh si anak berpuasa ,tapi si ayah pulak nauzubillah....siangnya makan tak hengat dunia...mcm mana nk membetulkan tu? Mungkin dia berfikir,jgnlah ikut perangai dia yg tak puasa tu,tapi tulah...kadang Allah tu bagi "cash" atas perbuatan yg dilakukan...

Suami teraju ibadat, yg menjadi ketua dalam segala hal,adil dan saksama,lembut tetapi tegas dlm mendidik,kadngkala beruntung dpt suami yg sentiasa mengingatkan isteri dan anak2 tentang perihal kebesaran Allah ,printah Allah,menjauhkan yg haram dan menjaga sumber nafkahnya utk diberi makan anak isteri...tetapi,jika dapt sebaliknya,jenuh pulak si isteri mengingatkan setiap masa tentang waktu solatnya,waktu ibadahnya,terawihnya,nafkahnya ,teguran pada anak2 dan bla..bla..bla......

Apa2pon,kedua2 pihak perlulah mempunyai persediaan ilmu dan bersedia utk menambah ilmu dari semasa ke semasa.Pada yg belum berkahwin,masa inilah kena byk belajar,tnya ustaz,berjinak2 dgn usrah@ ceramah agama,kerap ke masjid atau surau dan semoga hati itu sentiasa lembut utk menerima ilmu Allah....Sememangnya,ilmu Allah tu tersangatlah luas,fardu ain sahaja cukup luas,ibadat solat itu sndiri byk sangat yg perlu dipelajari,blm lagi solat jenazah,aqiqah,nikah kawin dan lain2....

Pada yg telah berkahwin tetapi belum mempunyai anak,byk juga yg perlu dipelajari dan akan dipelajari,dari segi menjaga tanggungjwb,aurat isteri dan nafkahnya,keperluan batin ,imam dalam solat dan mcm2 lagi....malah ada yg smpai bercerai akibat tidak sanggup lagi menegur suami yg "lagho" (lalai) dlm menunaikan tanggungjawab pada Allah...
Sungguh berat tanggungjawab suami ni,kalau isteri buat sesuatu yg tidak baik,maka automatik suami akan mendapat sahamnya,dan akan dikira dayus jika tidak mampu menegur perbuatan isteri yg melanggar syariat...

Pada yg dh mempunyai anak pula,cabaran lain timbul,dari mendidik anak,isteri,rumahtangga,nafkah dan tanggungjawab tak pernah abes sehinggalah menutup mata....Pertanyaan pertama dari Allah nanti ialah,mengapa kamu tidak menegur isteri@ anak2 kamu? Mana tanggungjawab dan amanah kamu? wah..time ni takleh buat apa dah,mengaku sajalah depan Allah dan bersedia menerima hukuman.....

Fuhhh!!klu disenaraikan ni,mau smpai esok pon tak habis..tapi,tulah realitinya....jika elok nakhodanya,insya'allah isteri dan anak2nya akan mengikut yg sebaiknya,tetapi jika sebaliknya ,hanya Allah yg Maha Mengetahui...

Pada yg ada,sama2lah kita sentiasa mencari ilmu,memperbaiki diri dan amalan dan semoga diberi kekuatan kepada Allah utk utk menghadapi sisa2 hidup di dunia sementara ini dan mengejar akhirat yg kekal di sana....

Tuesday, August 24, 2010

Sedih..

Salam
Dah raya smlm...hanya pada Allah saya mengadu,mana yg tau kenapa saya sedih,sure tau apa keinginan saya sblm ni...
moga2 dpt saya smbung kembali terawih,ramadan dah smapai ke pertengahan,dan berharap mg saya dpt beribadat di minggu akhirnya yg mana ada Lalatul Qadar tersimpan padanya..

Ya Allah,moga ada belas ehsanMu padaku,dan smg ko dpt memakbulkan permintaan ku ini....
Sesungguhnya,berilah aku kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujianMu ini...

Sunday, August 22, 2010

Jemputan umrah..

Salam
Dalam pada dok layan blog cikmatgebu,smbil tu layan juga rancangan Jemputan Umrah,Astro Oasis...Kisah mengenai adik Nazaril yg mengidap kanser dan telah kehilangan sebelah tangannya diberi peluang utk menunaikan umrah bersama ibu dan neneknya...sayu hati melihat insan ini,baru berumur 13 tahun,tapi kuat semangat utk beribadat dan diberi peluang oleh Allah utk menjejakkan kaki ke tanah suci,atas tajaan Tabung Haji.

BIla tgk rancangan ni,for sure teringt kembali knjungan umrah saya yg lepas,yg mana saya tak byk sgt bercerita melainkan ada yg bertnya sahaja,takut2 terkeluar perkara yg tidak elok tentang 2 tanah haram ini....

Bermula di Madinah,paling sebak bila berkunjung ke Gua Uhud,tpt nabi disembunyikan oleh 4 sahabatnya (4 khalifah) kerana tercedera ketika perang Uhud.Kaum Quraisy (juga blh diibaratkan Yahudi skrg) menyangka nabi telah mati,tetapi dia telah disembunyikan oleh sahabat2nya dan disembunyikan...

Kemudian,berkunjung pula ke kawasan BUkit Uhud dan perkuburan para syuhada iatu lebih kurang 70 orang yg terkorban termasuk Hamzah (yg juga digelar Singa Allah).Kisah Hamzah mgkin pernah diceritakan satu ketika dahulu,yg mana jantungnya telah dimakan oleh Hindon kerana ingin membalas dendam di atas kematian suaminya..Nauzubillah,apa jenis manusia ni kan...
Namun,para syuhada ini dijamin syurga oleh Allah...

Saya sebenarnya lebih suka di Mekah walaupon penuh dgn hiruk pikuk manusia yg tidak putus2 beribadat..Paling tak lupa ketika bertawaf di Kaabah,yg mana bersyukur diberi peluang oleh Allah utk menjejakkan kaki ke sana,walaupon dgn ibadat saya yg masih lagi kekurangan.....Ternyata,aura menunaikan umrah masih berbekas hingga hari ini,dan mudah2an beristiqamah hingga akhirnya...

Tapi,saya memang target utk ke tpt2 mustajab doa spt Multazam,HIjir Ismail dan Makan Nabi Ibrahim..Ternyata,doa saya dimakbulkan Allah,dipermudahkan utk memasuki tpt2 ini,dan semga hajat saya yg utama dpt dicapai...Ternyata,saya dpt memasuki Hijir Ismail dan dpt bersolat walaupon bersesak dgn jemaah lain...Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Mendengar doa hambanya...subhanallah....

Mmg betul kata orang,apa saja doa di tanah suci dimakbulkan Allah ketika itu juga,contohnya minta kesihatan yg baik,dan alhamdulilah saya sihat sepjg di sana,walaupon cuaca agak terik sbb saya terlalu risau dgn cuaca panas,sbb mudah sakit kepala...dan alhamdulillah berjalan lancar....syukur sgt2...

Ternyata,saya masih merindui 2 kota suci ini, dan mudah2kan diberi rezeki utk kesana lagi....

Kepada yg berpeluang,mohonlah agar dipanggil utk kesana,jika kurang mampu tapi berniat utk kesana, insya'allah rezki tu akan datang dgn tiba2 tanpa diduga...mudah2an doa kita dimakbulkan oleh Allah...

Keampunan dari Mu Ya Allah..

Salam
hampir 2 mggu kita berpuasa,sekejap je masa berlalu,menunjukkan masa di akhir zaman yg semakin singkat,dan meninggalkan kita...masa yg ada tidak akan diulang kembali,oleh itu manfaatkanlah sebaik mungkin usia yg ada dgn menyediakan bekalan utuk kesana..

Sempena bulan ramadhan yg mulia ini,yg mana telah dibuka pintu2 syurga dan ditutup pintu2 neraka kepada smua umat Muhammad.Sama2lah kita memohon keampunan pada dosa2 yg lepas,yg pada sedar atau tidak,yg terkasar bahasa tanpa sengaja,yg menyakiti orang ,mengumpat,mencaci,melakukan perkara yg dilarang,mahupun meninggalkan suruhan Allah sebelum ni,yg mana kita manusia kadangkala lalai dan alpa dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba ALlah...

Seharusnya,kita bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memohon ampun kepada Allah,sedangkan ada hamba2 yg lain yg sudah kembali ke rahmatullah tidak smpat utk memohon ampuan apatah lagi mendapt pahala berganda sempena ramadhan ini....mereka yg telah pergi sntiasa menunggu di Loh Mahfuz utk memohon kebenaran Allah pulang utk melihat pusara mereka,sedekah dan jariah mereka...Andai amalan mereka ketika hidup dipenuhi dgn kebaikan,maka diizinkan Allah kepada mereka ini dan pada mereka yg tidak dibenarkan,hanya menanti doa dan sedekah dari waris2 yg ditnggalkan berharap ada bekalan buat mereka....sebak saya ketika membaca satu tazkirah berkenaan roh ini di email....dgn itu,jgnlah lupa kita memohon ampun dan kerahmatan buat mereka yg telah pergi,dan disedekahkan Al-Fatihah moga mereka mendapat keampunan dari Allah..kita yg hidup ni haruslah memperingatkan diri sndri agar memperbaiki amalan ketika di duniia sbg persediaan di sana andaikata tiada waris yg akan mendoakan kita....

Di pertengahan ramadhan ini juga,saya berharap agar diberi kesihatan yg baik utk terus beribadat kepadaNya,diberikan kekuatan hati dan ketetapan iman supaya istiqamah dalam melakukan ibadat...moga ibadat2 sunat yg saya lakukan semasa mengerjakan umrah diteruskan kesinambungan slepas ini..jgnlah menjadi hamba Ramadhan tetapi menjadi hamba ALlah yg sebenar...

Semoga kita memperolehi syafaat dan keberkatan smpena ramadhan kali ni...Rasanya,saya lebih merasai kenikmatan ramadhan tahun ini,barangkali aura dari mengerjakan umrah masih berbekas di hati..sayu rasanya apabila mengenangkan diri ini yg masih belum smpurna iman dan amalnya...moga2 ALlah menerima taubat dan ibadat saya...amin...

Thursday, August 19, 2010

Puasa dan ceritanya...

Salam
utk puasa kali ini,saya berazam utk tidak menjadi pelahap(kasarnya bahasa)...hehe...maksudnya,tidak terlalu mengikut nafsu membeli itu dan ini,dan akhirnya disedekahkan pada tong sampah jua....sedangkan,ada umat Islam yg lain terutama di Pakistan bersusah payah utk mendpt makanan...

Alhamdulillah,berjaya juga menahan nafsu membeli ni,sbb sblm ni ada ke Taman Cempaka,beratus2 juadah yg tak pernah ada selain Ramadhan dijual kat situ...ada ayam goreng dara, Sata Spesel,briyani apatah dn mcm2 lagi...siap duit jelah..tapi saya cuma terliur nasi kerabu je,sbb tgk lauk dan sayur2 fresh,dan ada ikan grg tepung plus daging bakar...then,jmpa pengedil (fav saya) beli utk RM2 bawak ke umah mentua..hehee....

Menu tahun ni,pelbagai rasanya, tapi main dish kat umah mentua sudah tentunya asam pedas/asam rebus/asam tetel....tu kegemaran suami saya dan anak2nya....klu nk mkn lain,so kena masak sndri,atau beli side dish lain....tekak masing2 kan...

PUasa kali ini juga mendidik saya supaya tak terlalu menyopping (suka hati je word ni) heheh....ari tu balik KL,plan nk ke SOGO tak jadi,sbb mengenangkan jem dan letih nk menempuhnya bila masuk area Jln TAR tu...last2 cuma pegi JJ area umah je...berbaloi juga membeli,sbb tgh sale dan beli apa yg patut je....dh malas nk membeli,sbb lemari dan penuh...

Apa2pon,puasa memberikan kita ruang utk memperbaiki diri,baik dari segi kawalan hawa nafsu,mengurangkan makan,menambahkan ibadat2 sunat dan menggalakkan kita bersedekah....moga amalan2 ini diteruskan pada bulan2 selepasnya,dan moga2 ibadat kita diterima oleh Allah swt....

Monday, August 16, 2010

Ramadan dan puasa




Salam
Sudah hampir seminggu kta menunaikan ibadat puasa ini,yg menjadi kewajipan bagi seluruh umah Islam di dunia.Ramadhan yg datang hanya setahun sekali ditunggu2 bagi orang2 yg beriman bersungguh2 kepadaNya,utk merebut pahala berganda disamping pahala bagi mingguan yg dikurniakan oleh Allah,iaitu kerahmatan,pengampunan dosa dan pembebasan dari api neraka.

Namun,sejak akhir2 ini,saya agak kesal dgn sikap manusia pada akhir zaman ini,yg memandang ramadhan sbg satu beban,seksaan malah memperlekehkan kesucian bulan ini dgn tidak berpuasa,melakukan pelbagai perkara yg ditentang dan dilarang agama.

Kedai makan dan mereka yg berniaga awal ada sebahagiaannya dibuka sejak pagi,dan turut bersubahat menjual makanan kepada mereka yg tidak berpuasa,seperti yg berlaku di sebuah kedai mkn di Pantai Dalam,Kuala LUmpur...nauzubillah....

Udah le yg tak puasa tu mmg dah sah2 berdosa,yg menjual tu berganda2 dosa sbb bersubahat dan sama2 menggalakkan orang tak puasa....Patutnya,Mesia ni buat undang2 ,semua premis perniagaan Islam kena beroperasi jam 5@6 ptg sahaja,begitu juga yg berniaga...sekurang2nya menyekat golongan yg tidak berpuasa ni...

Ada satu tazkirah ustaz baru ni,hukuman bagi orang yg tak berpuasa salah satunya,tangkap dan masukkan dalm jel,biarkan dia tanpa makanan seharian ,dan cuma dilepaskan ketika waktu berbuka sahaja,sekurang2nya dia tau makna kelaparan yg sebenar....

MOga2 kita dikuatkan iman utk menghadapi sebarang dugaan,dan berdoa semoga hamba2 Allah ini diberikan hidayah utk berpuasa dan bertaubat di atas kesalahannya..Ingatlah,azab Allah itu amatlah berat..

Monday, August 9, 2010

Ramadhan...



Assalammualaikum

Ramadhan datang lagi, alhamdulillah masih diberi kesempatan dan umur utk menikmati ramadhan kali ini..mg2 aura dari umrah masih lagi berbekas dalm diri terutama dalam soal melaksanakan ibadat sunat dan wajib....insya'allah....

Ramadhan kali ini seperti biasa, sama seperti tahun2 sebelumnya, dan berdoa juga moga2 saya dpt berterawih penuh dan permintaan saya dimakbulkan Allah...hehehehe..

Kepada semua rakan blogger, selamat menyambut ramadhan al-mubarak,sama2lah kita mengumpul pahala,mengurangkan aktiviti yg tidak berfaedah dan hadapi bulan yg mulia ini dgn penuh syukur dan tawaduk...jika kita rasa kurang makan,makanan tak sedap,tak cukup igtlah bahawa masih ada lagi saudara kita di luar sana yg kesusahan,ditimpa bencana dan dizalimi...moga2 kita digolongkan dalam golongan yg bersyukur...

Sunday, August 1, 2010

JOm kesana...

Raudah,salah satu taman syurga di Masjid Nabawi..tpt mustajac doa,antara makam nabi dan mihrab...




Habis sahaja solat jenazah,para jemaah kembali meneruskan tawaf..ramainya umat manusia...




waktu subuh,time ni rasanya kul 2.45pagi..cantik dan hening....



Lepas tawaf sunat...



SUBHANALLAH...BAITULLAH DI MASJIDIL HARAM...
Walaupon suhu mencecah 41 C,semua tetamu Allah tetap sabar melaksanakan ibadat tawaf.

Friday, July 30, 2010

Umrah...

MASJIDIL HARAM DI WAKTU MALAM..INDAH BERCAHAYA...



BAITULLAH...KIBLAT SELURUH UMAT ISLAM...



*P/S: IKHSAN FOTO EN HUSSAIN TAHIR (FORUMCARI.COM)
* X SMPAT NK UPLOAD GMBAR LAGI,ADA BYK .....


Syukur pada Allah SWT diatas kurniaan rezki dan limpah kurnianya dapatlah saya dan suami menjejakkan kaki utk menunaikan umrah pada 13-26 Julai baru ni..Alhamdulillah,kami selamat dan sihat sepnjg disana dan semua dipermudahkan Allah baik dari segi urusan di airport,hotel,mutawiff dan juga urusan pulang..alhamdulillah...maha suci Allah...

Saya dpt menjalani ibadat dgn tenang,dan alhamdulillah,dapt buat umrah 4x (syukur) dan akhir skali ziarah wida walaupon period datang last day nk balik..syukur,dpt buat yg rukun,dan berpeluang masuk ke Raudah dan tpt2 yg mustajab spt multazam,makan nabi ibrahim dan Hijir Ismail...

Sesungguhnya,tiada kata yg dpt diucapkan ketika berada di tanah suci,terutama apabila berdoa di depan Kaabah,depan Multazam,terasa diri ini byk sagt dosa,kekurangan dan sebagainya,namun Allah tetap memberi peluang kepada semua tetamunya utk memohon ampun di atas kesilapan yg lalu..Janganlah berasa takut utk menjejakkan kaki ke sana,kerana setiap hamba Allah itu tidak lepas dari melakukan kesilapan,hanya Allah yg maha pengampun lagi maha mengasihani...amin...

hampir 9 hari di makkah,saya berpeluang setiap hari berulang alik dari hotel ke masjidil haram,buat tawaf sunat,lepak2 di tangga sambil melihat kaabah (kalau lihat sahaja pon dapat 20 rahmat Allah)...minum air zamzam yg sejuk dan menyegarkan...melihat saudara Islam dari negara lain,cuba berbual dgn mereka walaupon mcm ayam dan itik,sesungguhnya manusia itu sama selagi ia bergelar hamba Allah...sya juga rasa bersyukur dgn rezki yg dilimpahkan olehNya,berbanding ada jemaah yg hanya tidur di masjid,jemaah yg kurang anggota fizikal bersungguh2 melaksanakan ibadat saie yg lebih kurang 7 km,sedangkan saya yg sihat agak mengeluh sbb sakit tumit kaki...bila terdetik begitu,cepat2lah istgfar pada Allah,moga diampunkan segala keluhkesah atau apa saje ,sebab kepenatan atau cuaca yg agak panas...

Alhamdulillah,walaupon cuaca di Mekah mencecah 42'C,saya slmt dan mampu melaksanakan ibadat walaupon agak terik...kita byk2kan tawakal pada Allah,dan cuaca yg panas ini biarlah menjadi dugaan pada kita,dan moga tidak mendatangkan penyakit buat kita...

Syukur pada Allah juga, sepanjg disana,saya sihat walafiat,cuma perut yg meragam sbb timing makan bertukar dari waktu M'sia ke wktu Mekah,waktu mkn tak sama,plus mkn macam2 kat mekah,dgn jualan kedai2 yg sedap,jus mangga yg fresh,kebab,nasi arab,aduhaii......masya'allah....

Balik dari sana baru sana dpt batuk2 dan selsema,yg mana hanya dugaan yg sedikit dari ALlah....sesungguhnya,saya berharap dpt pergi lagi,insya'allah di musim dingin nanti bersama ibu dan ayah..moga2 murah rezki saya selepas ini...

Bagi yg ingin kesana terutama perempuan,ada doa khusus utk melambatkan haid,cuba elakkan makan pil takut kesan sampingan.Pada Allah jua lah kita memohon dan padaNya jua lah yg menentukan segala2nya...amin yar'rabbal'alamin.....

Saturday, July 3, 2010

PROMOTE

HARGA ISTIMEWA FOOT TOXIC :

RM 10 - 4PCS SAHAJA...POS PERCUMA !!!!!!!!!!!!

MORE AT -namidashoppe.blogspot.com

sms/call : 016-646 2121 for order...

T/KASIH

Monday, June 28, 2010

Sabar..

Salam
Masih menunggu jawapan ttg visa,oleh kerana dh delay,so tk dpt pegi nx week..walaupon hati dah berkobar2....last2 tawakal pada Allah jelah,andai ada rezki kesana,permudahkanlah hambaMu ini..ringankanlah dugaan yg diberi...sesungguhnya telah byk dugaan yg Engkau turunkan,dan berharap yg satu ini dimudahkan.....amin...

Sunday, June 20, 2010

Dugaan...

Assalammualaikum...

Smlm dpt berita,ada masalah visa...aduhai..apakah dugaan kali ini Ya Allah?
Saya mmg berharap dpt pergi,tapi tulah..harap masalah tu dpt diselesaikan dan semuanya berjalan lancar...tapi,jika masalah ini tak dpt diatasi,saya redha...mgkin ujian tuhan yg tak seberapa ni utk menduga hamba2nya...tapi,saya amat berharap dpt pergi juga...kalau tak,pegi newzealand jelah membawa hati yg lara..ahaksss....

Ya Allah,mudahkanlah urusan hambaMu ini,moga2 hambaMu ini diberi peluang utk ke sana,berilah kesihatan yg baik agar dapt menjejakkan kaki kesana...moga2 kedua ibubapaku juga diberi kesihatan dan kekuatan utk kesana...kepadaMu jualah aku memohon....AMIN...

Tuesday, June 15, 2010

Cepat je...

Salam
Cepat je apa tu? hehe..suspen je...sejak dua menjak ni,cepat je nk marah..silap sket je,sure naik hangin,silap sikit je,sure 3 juta perkataan keluar...apasal ek? adakah hatiku ini telah diselaputi rasa negatif yg byk berbnding positifnya? Astagfirullah,makin nk berangkat ni,ada je tak kena...berilah kesabaran pada hambaMu ini Ya Allah....sesungguhnya hambaMu ini mmg amat hina,jahil,rendah diri melakukan byk kesilapan....moga2 diampunkan dosa2ku ...

Sunday, June 6, 2010

Wedding sanisah..



Salam
Berkahwin juga kawanku seorg ini,setelah putus cinta byk kali,dipermainkan,ditipu dan mcm2 la...akhirnya,jodoh ketemu juga di Sarawak dgn seorang tentera,yg lebih muda dan yg penting dapat menerimamu seadanya,tanpa mengira paras rupa dan umur...

Ralat juga smlm tak dpt nk jmpa geng2 F6 yg lain spt Aida,Fajar dan Madi Kambing(ni trademark dia)..sbb nk balik awal...takde rezki nampaknya,smpat jumpa Mimah je...

Apa2pon buat Anis,semoga kekal bahagia hingga anak cucu,dan semoga kalian berbahagia dan dikurniakan cahayamata yg comel...amin...

Saturday, June 5, 2010

Balik KL..

Salam
Kali ni balik pon sorang,cik abe anto kat cheras,astu dia blik melaka...terpksa bagi 2 sbb ada kawin sepupunya,dan saya pegi wed kawn baik saya-Sanisah...Even rasa mcm bersalah juga,tapi sbb si anis ni lepas ni dh dok serawak,keje sana so nilah rasanya dpt jmpa dia..entah bila la dpt jmpa lagi...

NX week pulak wed anak akak ipar saya,so yg ni kena pegilah..no xcuse...sbb buat 2 anak sekali,clash dgn kawan saya si Bob ,tak dpt hadir juga..hadoiiii....semua nk buat time cuti sekolah,so cmnilah jadinya...

To my fren, Sanisah dan Mizi,selamat menempuh alam rumahtangga..semoga kalian kekal hingga hujung nyawa...amin....

Upload pic later..

Tuesday, June 1, 2010

MAVI MARMARA



Salam
Sedap nama kan, seharum semangat aktivis muslim dan non-muslim yg menyertai misi keamanan ke Gaza...Sejak akhir2 ni,saya mmg concern hal2 Palestine, dan kalau berpeluang nk juga join konvoi kesana ,kerana niat ingin membantu saudara seIslam dan menyelami perasaan dan nasib mereka di bawah jajajan rejim Zionis..

Peristiwa Israel menawan kapal ini ibarat lanun bersenjata yg takut kepada bayang2 sendiri, memberi alasan bahawa tindakan menembak dgn peluru hidup sbg mempertahankan diri dari serangan aktivis yg hanya bersenjatakan belantan dan kayu bagi mempertahankan kapal dari dirampas...Lagi satu fakta, ia berlaku di perairan antarabangsa,bukti kebiadaban Yahudi ini dan sanggup mereka2 cerita agar tindakan mereka adalah betul,benar dan patutlah digelar bangsa pembohong.

Yg geram tu,negara2 Arab yg lain dahlah takde membantu ..harapkan Turki dan negara bkn Islam yg sanggup menghtr bantuan beribu2 kilometer sedangkan negara Arab berhampiran sekadar menutup mata? berpeluk tubuh? tak masuk campur? mmg takde rasa simpati,sbb dilihat dari kalangan aktivis yg menyertai,tiada satupon dari negara Arab melainkan Turki dan sebilgan yg lain...

Ya Allah! Aku memohon kepadaMu agar mendengar rintihan dan keluhan hamba2Mu ini,selamatkanlah misi ini,dan juga mereka yg terlibat bersamanya, semoga mereka di bawah lindunganMu Ya Allah, smg mereka yg terkorban dijanjikan syurgaMu yg Allah,dan semoga kemenangan akan berpihak kepada umat Islam Palestine, Ya Allah...

Friday, May 28, 2010

Bunga Kelana Tiga vs MV Waily



Kelihatan kerosakan yang dialami oleh kapal tangki MT Bunga Kenanga 3 setelah berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut pukal MV Waily di Selat Singapura kira-kira 13 km ke tenggara Changi East di Johor Baru, pagi semalam. Kejadian itu menyebabkan 2,000 tan metrik minyak tumpah setelah berlaku koyakan sepanjang 10 meter pada MT Bunga Kenanga manakala MV Waily hanya mengalami kerosakan kecil. - Foto BERNAMA

Salam ....
Hampir terlupa atas catatan yg satu ni, salah seorg pelanggan saya ,MT BUNGA KELANA 3 yg dijadualkan tiba ke MElaka dari Kertih,didapati terlibat dgn perlanggaran dgn kapal pengangkut MV WAILY ...takziah diucapkan,dan alhamdulillah krew semua selamat...

Kesan tumpahan minyak itu menyebabkan pntai2 di Singapura terpaksa ditutup dan kerja2 pembersihan terpaksa dijalankan dengan giat kerana ia melibatkan hidupan akuatik dan marin..

Berkhidmat sbg ship chandler, tentunya sekali apa2 jua berlaku kpd kapal2 yg belayar sudah tentunya memberi kesan. Hubungan yg baik dgn Master dn krew juga blh terasa,sbb saya dah berkhidmat menghantar barg2 provision dan dagangan ke kapal2 MISC ni sejak 14 tahun dulu...dari Bunga kelana 1 sehingga BUnga kelana 9, Bunga Kasturi VLCC yg gedabak tu, dan pada tahun lepas berpeluang untuk menghantar ke kapal2 kontena MISC yg berlabuh di lay-up Kuala Linggi yg kesemuanya bunga2 namanya- DELIMA,KENARI,SEROJA,BIDARA,MAS 6 dan MAS 11 dan lupa dah lagi..mostly ramai dh belayar ....

Harap ada ganti bagi BK3 ni, bagi membawa muatan minyak mentah seperti biasa ke Petronas Sg Udang, MElaka.



MT FORMOSA PRODUCT YG TERBAKAR DI PORT DICKSON


Satu ketika dulu,di perairan Port Dickson...











Bunga Kelana Tiga

Wednesday, May 26, 2010

Fasa baru

Salam
Berusaha untuk ke arah yg lebih baik,mana yg kurang ditambah,mana yang ada diperbaiki dan semoga segala2nya dipermudahkan oleh Allah...

Nak kata baik tu,idak le...biasa2 je...kadang2 ada juga yg kurangnya..hehe...takpelah,perjalanan menuju keredhaan Allah bukanlah mudah,byk cabaran yg perlu dilalui,melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan..

Moga usaha saya ke arah itu dipermudahkan...amin...

Monday, May 24, 2010

Bill again...

Salam
Smlm tgk smbungan Bil and Liana kat Chanel E!
So,the failed in IUI ,and the nk proceed ke IVF...
Mmg dgr injection hari2 tu gerun,tapi oleh kerana sbb zuriat,kena cubalah kan..even kadang2 menyakitkan dan menyeksakan..tambah menyesakkan dan menyedihkan jika percubaan tu gagal...tapi,yg penting kita dh usaha,selebihnya kuasa ALLAH...

Plan to continue treatment lepas balik dari tanah suci nanti...moga ada hikmah disebalik semua ini....amin...

Wednesday, May 19, 2010

NAMIDASHOPPE

Salam
Dijemput semua ke kedai online saya,namidashoppe.blogspot.com
Pelbagai barangan akan dijual,dan ditambah dari semasa ke semasa...

Sama2lah kita menyokong ye....

Diskaun bagi 10 pembeli pertama!! Siapa cepat dia dapt...

Tuesday, May 18, 2010

Giuliana and Bill Rancic...




Salam
Actually tatau la tetiba saya terbukak channel E!,reality story for above couple,mmg sweet,famous,caring,loving and responsible on each other...actually,Bill Rancic adalah seorg peserta episod pertama "The Apprentice" dan berjaya menjadi salah seorg staff Donald Trump,manakala Giuliana kalau tak silap ,asal Itali,dan host bagi channel E!,so they meet and get married...so sweett...

Episod skrg ni berkenaan usaha pasangan ini utk mendpt anak, dan menggunakan kaedah IUI..(seems like my experienced before)..dan mereka terus berusaha dan mencuba sehigga berjaya...dan apabila tidak berhasil,sudah tentu emosi akan menguasai diri kan...(same to me before),tapi walau apapon,kita tidak seharusnya berputus asa...dan juga mereka berdua ni...saling bergantung dan menyokong antra satu sama lain,tidak menyalahkan pasangan masing2 atas kegagalan proses tersebut dan nampak happy (walau dlm hati siapa tahu kan)....

So,i enjoyed the series, and waiting for the nx episode on Monday, the IUI result either Giuliana pregnant or not....sama2lah kita menontonnya....

Sunday, May 16, 2010

Selamat hari Guru...

Selamat hari guru buat semua pendidik di malaysia dan dimana jua...

Jasa kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat,mengajar tanpa jemu,melayan karenah anak murid yg pelbagai,sabar dalam menghadapi beban tugas yg semakin mencabar,sabar dalam mendidik anak bangsa yang kadangkala mencabar iman dan amarah kita...

Kenangan mengajar di sekolah berprestij MHS byk meninggalkan seribu kemanisan,even ada juga sedikit kepahitan atas sikap sebilangan murid yg berbangsa Melayu ,yg masih tidak mengenal erti hidup,tidak berterimakasih atas apa yg diberi...namun, tugas sebagai pendidik sememangnya memerlukan komitmen, keikhlasan,kesabaran,ketekunan dan keprihatinan yg tinggi kepda murid2nya...

Guru akan merasa gembira diaatas kejayaan anak2muridnya, dan tidaklah mengharapkan sebarang balasan selain ckup dengan bertegursapa ketika bertemu di luar sekolah atau memanggil nama cikgu, pon dah dikira cukup baik...

Apa2pon,kepada bekas2 anak murid yg masih mengingati diri ini, terima kasih atas ingatan kalian,moga anda semua berjaya menjadi insan berguna..ingatlah,marah ckgu tandanya bersebab,sebagai peringatan agar menjadi insan cemerlang....

KENANGAN BERSAMA KELAS RANCANGAN KHAS 1 TETA..NAKAL,BAKAR DARAH SEMUA ADA,TAPI MASIH ADA YG MENINGATI DIRI INI...TERIMA KASIH BUAT FARHAN,RIDZUAN,DAN AMIN LONG..

Thursday, May 13, 2010

Sami Yusuf - Al-Mu'allim....(with lyrics)

Facebook

Salam
Rasanya,ramai rakyat mesia ni ada acc FB,sbb dikala ini demam FB dah merebak ke serata alam,terutama kat opis,smapai kena block sbb main game FV dn mcm2 la...hheehehe..

Walau dikatakan ownernya adalah **hud**,dan byk game2 yg melalaikan,kita amik mana yg baik..sperti mencari kawan2 lama, mengeratkan silaturrahim kembali dan juga berpeluang jadi member ustaz2 mcm ustaz zaharudin,tokey kain en saat,grup2 masa belajar dan lain2...

Tak sangka juga,bekas kawan2,junior senior masa sekolah dah mencecah hampir 400 orang...dah mostly bergerak aktif...plan nk buat gath x-SMP bulan doblas ni batch 93,94 dan 95..sure meriah,dan harap2 menjadi la...syokknya....

Gmbr ni mmg nostalgia,masa time sekolah mmg skema,time ni form 5...mostly dah kawin rasanya...hehe...igt balik zman sekolah dulu..kurus keding,skrg ni dh kembang.haha...



Ni pulak masa kelas 5A3, SMP Cheras...

Monday, May 10, 2010

Sedekah...

Salam
Terbaca salah satu topik di tread usahawan,forum.cari,berkenaan ttg sedekah..
Ditujukan khas kepada usahawan,yelah..sbb yg biz sndiri ni selalunya rezkinya lebih sedikit,maka yg lebihan itu boleh disedekahkan tak kira dalam apa jua bentuk..

Bagi yg berkemampuan,boleh dalam bentuk wang tunai,bagi yg kurang boleh disedekahkan dalam bentuk makanan, buku2,pakaian yg tidak digunakan dan sumbagan tenaga..
kadang2 walaupon sumbangan kita yg seringgit itu kepada org buta,tabung masjid blh menjadikan ia satu hadiah yg besar dari Allah tanpa kita sedari...yg penting kena ikhlas....

Petua menolak bala dan dimurahkan REZEKI
IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah.

Kata Ibnu al-Qayyim lagi: “Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan.” Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.

Tangguh..

Salam
Dapt tarikh terbaru,shud be nx mth,tapi kena xtend on Julai..Alahai,hati dah berkobar2,tapi takpe...ada masa utk buat persediaan...apa2pon ,yg bestnya dpat hadiah besday dgn menyambutnya di sanaaaa......tunggu kedatangan kami ya Allah....

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...



Assalammualaikum

Entry ini ditujukan khas kepada Pn.Jamaliah yg kini berada nuunnnn jauh di Cheras.
Sesungguhnya pengorbanan membesarkan kami 4 beradik amatlah dihargai,dan paling terkenang ketika belajar di UUM dulu,2 bln pertama nangis berlagu sbb tak pernah berpisah,dah ler tercmpak jauh di Kedah (padahal pilihan pertama tu),astu nk balik pon cuma cuti smster je...bila loan dh kering,so tpt mengadu adalah ibu saya,even kadang2 saya takmo mintak,tapi dia bagi juga...mmg sedey masa tu,tak sesenang sekarang...alhamdulillah,dgn doa darinya juga saya menjadi insan yg berjaya...

Dgn sisa2 hidup yg ada,diharap saya dapt berbakti kepadanya sehingga dia menutup mata.Kasihilah ibu kita smapai hujung nywa dan jgn lupa berdoa setiap solat,mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita...

Urusan ibubapa adalah lebih penting daripada urusan beribadah, lebih-lebih lagi jika ibadah yang sedang dilaksanakan hukumnya adalah sunat. Jika ia adalah ibadah wajib, maka hendaklah diperhatikan sama ada ia boleh ditangguh atau diringkaskan ibadah tersebut.

Jgn membelakangkan hati dan perasaan ibu,hanya kerana menurut hawa nafsu...jgn sesekali menyakiti hati ibu dengan membuat perkara2 yg boleh menjatuhkan maruahnya..

Utk hari ibu kali ini,tak dpt rasanya nk makan2 ,cuma sempatlah melayangkan sejambak ros dari jauh...luv u mum,always and forever....

Thursday, May 6, 2010

Kepentingan menjaga solat..

Salam
Actually,saya ada posting di FB tentang kata2 seorg penguasa Yahudi yg dipetik dari majalah Solusi (lupa versi berapa),menyatakan tentang "Aku tidak sekali2 takut kepada orang Islam melainkan akan mula bimbang jika umatnya ketika solat subuh bersamaan dengan solat jumaat"....sungguh terkesan bila saya baca ayat tu,dan ada kebenarannya tentang kata2 tersebut..

Jangan kata solat subuh berjemaah,kadang solat maghrib pon berapa ketul je....kalau ikutkan hukum tak silap saya,selagi azan tu blh didengar,maka wajiblah yg lelakinya utk solat berjemaah di masjid.

Tajuk atas ni saya dapat lihat tentang sikap org Islam sejak akhir2 ni, yg baru tadi saya berkunjung ke sebuah pasar malam,pegi pon dh kul 6 lebih,cik abe nk htr t-shrt so saya ikut skali..tmbahan saya pon 'cuti",takde kisah nk kejar maghrib ke,tetiba bila azan berkumandang,rasanya hampir kesemua peniaga pasar mlm tersebut tak pegi solat...sabar jelah...padahal,surau tu mmg ada dalam kawasan pasar mlm tu,tapi mcm tak rasa bersalah pulak,baik lelaki dan perempuan.Dan kalau ikut hukum juga,kita diharamkan membeli barang bkn saje dari org bkn Islam (jika ada peniaga Islam),tetapi juga dilarang membeli dari penjual yg menyerupai wanita, bertattoo mahupun yg tidak bersolat...

Ish..ish...teruk betul etika peniaga Islam skrg..mencari rezeki halal tapi tak diredhai Allah pon tak guna juga kan,penat2 meniaga tapi dapat cmtu jugaklah sbb solat pon tak jaga,camna nak maju?

Entry ini bukan sahaja pada peniaga,tapi juga pada diri sendiri,supaya jgn sekali2 alpa dan leka dalam melaksanakan solat,terutama di akhir2 zaman ni...jauhkanlah kami dari sgala malapetaka ya Allah....

Monday, May 3, 2010

Gath geng oked labor day..

Salam
Baru ni balik KL, umah ada buat kenduri sket,dan tanpa plan,ajak geng2 oked dtg umah sabtunya (laborday),smbil makan2 dan nk ke Serdang pastu...

Yg dapat datang cuma shda, kak sofiera,kejariah dan rough...terima kasih semua sudi datang, dan siap bawak ole2 roses dan orked lagi..terima kasih juga atas juadah yg dibawa spt muffin,macaroni bakar dan kak sofiera siap beli kepok lekor depan umah..sabau jelah...apa2pon,gath mmg meriah,diserikan dgn ahli keluarga dan sesi bergmbr...

MENU MASA GATH...

*Nasi putih*asam pedas tetel*kerabu mangga*urap pegaga*macaroni bakar*muffin*ayam masak osyter*kepok lekor*air oren*kek marble*....nyumm..nyummmm

Monday, April 26, 2010

Golden elf



Salam
(pinjam gmbr dari internet)..

NI ler Golden Elf yg mau dirembat oleh penyamun takde otak,letak kat luar pagar je,time ni tgh berbunga cantik...so,adalah malaun tu bekenan,nk dipetiknya bunga ni.dah ler nk bebunga pon susah,dah bebunga suka2 hati je nak amik...sib baik jiran saya yg baik hati,tegur orang tu dan warning dia...kalau tak,dh selamat oked ni...so,pasu ni dah letak kat dalam,takut ilang lagi...hehe....

Friday, April 23, 2010

T-shirt dan jersi...

Salam
Sape nk berminat nk jual t-shirt cotton branded,blh dapatkan terus dari saya...harga spesel utk orang melaka...


Jersi,kain sama dgn kat kedai2..



T-shirt cotton...murah2.....mai ler order...



jersi putih.


Salam
Sape nk berminat nk jual t-shirt cotton branded,blh dapatkan terus dari saya...harga spesel utk orang melaka...

Monday, April 19, 2010

LIfe..

salam
Penattt..still kat ofis time ni..settle down another vessel..

rasa nk bercuti jauh2 ke tpt2 peranginan,ala2 jakuzi dlm bilik kat PD tu..tapi,kesibukan mengatasi segalanya...tmbahan plak ada staff baru nk gnti yg lama akan further study..nk ajar lagi,nk control lagi,nk tengok2kan lagi...

last week,smpat blk KL,tgk ibu dan conditionnya...alhamdulillah,even tdo semalam tapi penat sbb berkejar melaka-kl-melaka....sabar jelah kan...

Dalam pada tu,smpat jmpa kawan FB saya, Mr Wildan..rasanya sorang financial speaker,dan saya tertarik nk cuba OD utk ASB..eheh..tapi,kena masuk kelas dia baru leh buat mende ni...investment in future..jmpa dia actually tak sengaja nk cuba jual T-shirt,branded murah...rembat la dlm 50 helai...cuba2 la nk meniaga..hehe..skali,hsband saya jual kt member dia budak pasar mlm ayer molek,terus dia rembat 50 helai tu..haha...rezki,even tak jual mahal2,yg penting takyah pening paler nk abeskan nanti..hehe...katanya,nk amik dlm 2000 helai utk stok raya...mm...bagus gak tu..

till then,nk blk dah..penat....

Tuesday, April 13, 2010

Pencuri

Salam
Tadi dpt panggilan telefon dari adik :

Adik : Long, umah kena masuk pencuri,ada darah kat kapet (time ni saya dah berderau)
Saya : Hah! biar betul, ibu mana ?(sbb dia je sorang kat umah)
Adik : Masih kat BP Kajang, blm settle,tak tau cite lagi,tgh tggu ayah balik
Saya : Oklah,apa2hal bgtau..(dalam hati Allah sahaja yg tau,sape yg cedera agaknya).
Th

Then, saya call nazrul (adik no2) kat Sarawak nun,bgtau dia,tekejut beruk gak la..Kawsan Cheras/KL skrg ni mmg stail penyamun masuk umah time siang,time ada orang pon dia masuk gak...berani sungguh!!

Saya cuba call ayah/ibu tapi tak dpt..so,kena tenang2kan fikiran,fikir yg baik2 je walau dalam hati Allah je yg tau...

Tak lama lepas tu,Nzrul call balik,dia dpt cite dari ayah,katanya hari ni plak ibu tak kunci pagar dan grill (nak jadi sbab la ni),ada sorang budak umur 20an,org melayu,tnya tentang ayah saya, forsure la ibu saya ckp takde,dia pon tak terpkir mgkin dia knal ayah saya,astu dia nak air sikit sbb haus...dalam pada ibu nk amik air kat dalam,time tu hati ibu saya tergerak,dia capai gunting baju,tetiba budak tu dah ada kat belakgn,dh siap pegang pisau...subhanallah...saya takut dia tikam ke,kelar je ...time bergelut2 tu yg ibu saya sempat tikam dia kat badan,kat bahu,astu dia menjerit,jiran2 pon dengar(kebetulan ada jiran sebelah ada kat umah),budak tu lari keluar,dengan darah menitis kat kapet umah...

Ish..ish..saya dgr cite pon ngeri la,sbb dia dh pegang pisau tu, takut dirodok je..camnalah ibu saya tu blh berani tikam dia...nasib baik takde apa2....sure dia terkejut tu..esok rasanya nk balk KL kejap tgk dia mcm mana...

Ya Allah,kalau nk ambil nyawa hambaMU,biarlah dlam keadaaan yg baik...takut betul dgn dunia akhir zaman ni....

Monday, April 12, 2010

Kaya!!



SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca

dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

haa...apalagi,jomlah buat duit dgn berblogginggg..heheh....

Thursday, April 8, 2010

Bisnes..

Salam
lambtnya nk dpt kunci kedai ni...tak sbr nk masukkan coldroom dan segala barang2...hehe...apa2pon,alhamdulillah,dengan kemurahan reZki dari Allah,dan hidup berjimat cermat,akhirnya dapatlah membeli sebuah kedai@aset sepnjg berbisnes ni...utk bekalan masa depan ...

Keduanya, ajakkan share partner dari SIL utk share sewa kedai dia kat Permatang Pasir..setakat jual mende tecit2 je, stationary,mybe fotostat, T-shirt Muslimah dan produk tmbahan lain...saje nk cari income lebih...

Ketiga,mcm nk jual sengkuang kuah merah then letak kacang atas tu..perghh...ni makanan zaman sek rendah saya dulu,mmg favourite..igtkan tak wujud lagi,ghupernya mende ni laris kat Taman Tasik Permaisuri,Cheras...so,saya plan nk cuba jual di melaka...apa2pon,wish me luck ok...

Till then,masih bz dgn kapal ..dan kapal..dan kapal..dan kapal...rezki Allah sentiasa ada..alhamdulillah....

Saturday, April 3, 2010

Perhatian!!

Salam

Just nk share info (walaupun ada yg mempertikaikan kajian prof ni),amiklah pengajaran,benda yg terang2 dah jatuh hukum haram,dan jika sahih la rokok yg ada kt mesia ni ada mende ni,sure rasanya korang berenti kot,termasuk cik abe den yg degil tu..haha...apa2pon,takde pekdahnya merokok ni, buang duit lagi ada,kasi sedekah itu duit lagi bagus,atau buat makan2 utk orang ramai..hhehe....

Wednesday, March 31, 2010

Syampoo Noni Black Hair Magic

Salam
Kepada kengkawan semua,nk prmote la tentang syampoo berubat ni,boleh menghitamkan rambut,mengurangkan kelemumur, rambut botak ,rambut gatal,kepala berkuping2 boleh cuba shampooo ni...

Tak mahal,cuma RM 15 sepeket,kalau nk pakai selalu ada special price...nk cuba,test sepeket dulu ok...

Guna senang aje,lembabkan rambut, then lumur ke kulit kepala selama 7 minit,then biarkan 10minit sehigga meresap ke ubun2..kalau yg botak,akan mengalami gatal2 sedikit,kesan dari rambut yg nk tumbuh...

Kandungan herba semulajadi shampoo...










Last weekend

Salam
Dapat juga berlama2an di umah cheras,slalu balik dpt tido smlm je sbb bz bebeno...oleh kerana cik abe tak ikut,so panjanglah langkah saya..hehehe....
Perjalanan ke KL bersama puan zana AKA cocobutter,bersama U-ul dan maknya...smpai cheras dlm kul 4 lebih...then,petang tu jugak dlm kul 6.30 pegi PWTC utk book fair..tak puas jalan ,sbb tutup kul 9malam..awal bebeno,padahal hari minggu..
Smpat la merembat 7 novel (especially norhayati ibrahim dan Ramlee Awg Murshid), magazine,buku2 Telaga Biru dan apalagi tah...

contoh2 novel (kredit to cmf-forum oked)



Esoknya,konon nk ajak shda teman di Serdang, tapi member buat gathering utk ahli2 forum.cari (khas utk kelab gardening-Orked)..semua penggemar oked berkumpul kat umahnya smbil makan2,exchange gift dan ada cabutan bertuah...saya dpt pokok hoye..heheh...thanks to kak sofiera....

Gath di umah shida sblm berhoye2 kat Bkt Changgang..



Rombongan cik kiah ke Far East dan Cheah nurseri di Bkt Changgang..besar gile kawasan ni...mostly xport keluar negara...




Oked butterfly..tak pandai nk bela,asyik kojol je..



Himpunan vanda dan mokara...semua RM15 sepasu.berbaloi2...



Cantik kan..tak mampu beli,sbb rasanya mahal..



(all photo credit to forumer at gardening club-cari.com)

Thursday, March 25, 2010

cerita ceriti...

salam
wahh..sejak layan FB ni,blog dh lama tak update la...cian kat dier..hehe...
ada beberapa ceriti sepanjang mac ni, most probably about my daily life,people around me, friends ,work dan bla2...

Mggu pertama Mac
mcam biasa,orked robert delight berbunga..perghh...kagum dgn ciptaan tuhan..smangat nk beli oked baru berkobar2 lagi...

Mggu kedua
Pegi berubat dgn anak murid Harun Din, igtkan dekat ghupernya smpai ke Sg PEtai nun,Alor Gajah..smapai sana pon dah seploh lebih,balik umah dah dekat kul 12....kt mencuba, Allah jua yang menentukan...

Mggu ke3
Bz dgn kapal, kapal yg belayar,kapal rosak,nk kejau utang makan kapal tak bayau dan semua about kapal...blk JB kejap amik atuk,astu org KL datang amik atuk..hehe..cam keling pon ada...
Dpt gak tawaf JJ tu, smbil melepas geram mkn kenny rogers,(slalu dtg lmbt,then ayam dah abes)..

Mggu 4..
Gather dgn Malim,(insya'allah) plus pn Qaseh kat DP...saje borak2 smbil mendengar msalah dia..kepada incik Malim, byk2 sabar ok...
Geram dgn sekor umat ni bawak mulut jaja cerite saya kat org lain, dia gila ke hapa atau tensen agaknya....tak kaya macam saya (ni kes geram dh ni,bkn berlagak ok,kes manusia tak puashati ni)...taulah nanti,Allah sempitkan lagi rezeki tu...suka mengadu domba hal orang lain,takde keje agaknya..

Plan nk turun KL pegi pestabuku esok,kalau jadi dgn Mdm COco naik ket, astu smbil berhoye2 sbb hsband tak ikut...kwang..kwang...kwang...heheh....(jgn smpai lupa diri occayyy!!)
Settlekan hutang2 supplier,mggu depan bermulalah bulan baru -----> APRIL FOOL...

OKlah,got to go..nti smbung lagi.daaaaaa......

Monday, March 1, 2010

Seminar

Salam
Ahad baru ni berkesempatan pegi satu seminar kendalian seorg motovator, Dr. A** O**...kalau pandai,sure tahu..hehe..takmo bagi full name..ada cite..
So,pegi just nk tau potensi diri,ttg diri dan potensi dalam biz..tapi,lepas pegi kursus ni,saya selak2 la page berkaitan dgn hal ni, ghupernya ada story disebaliknya, dan amat terkejut dgn cerita2 dari bekas2 peserta yg penah pegi seminar ni..saya malas nk copypaste,takut menjatuhkan reputasi orang,tapi kalau nk tau blh msg saya lebih lanjutt...adiosss...amigos...

Monday, February 22, 2010

Sawangnya...

Salam
Dah lama ghupernya tak update blog ni, asyik dok layan FB je..hehe...
Weekend baru ni my parents dtg melaka, smbil tengok lmbu,ayam itik dan jalan2 gi Muar.Dh lama betul tak kesana, so plan hari sbtu baru ni mkn kat bas stand Bentayan, Muar smbil layan mee bandung ,bubur campur,kuetiaw,satay dan nasi lemak lauk sotong...setappp...mee bandung muo ni mmg sedap la, tak sama dgn tpt lain...astu,lepak kat tmn bunga dok tgk org main layang2 malam2...best juga,berangin je kat kuala sg muar tu,plus dok tgk orang lalu lalang..hehe...

Weekend plak,bz dgn kapal,prepare barang itu ini dan my mum yg tulun kemaskan umah..makacih le bebanyk..lov u laaa..lenkali leh dtang selalu..hehe...

till then,nk upload gmbo orked yg bebunga pon tak smpat..bz sokmooo.....

Thursday, February 11, 2010

Valentine Day..

Salam
Dipetik dari blog http://alfalahusj9.blogspot.com/search/label/TEKS%20KHUTBAH:

Renungan buat semua umat Islam...marilah kita sama2 mengambil serius perkara ini...

Selasa, Februari 10, 2009
TEKS KHUTBAH : VALENTINE'S DAY BERCANGGAH DENGAN ISLAM

إن الحمد لله ، نحمده ونستعينه ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا ، من يهده الله فلا مضل له . ومن يضلله فلا هادي له . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن سيدنا محمداً عبده ورسوله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ ومن تبعه ووالاه .
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.
Wahai kaum Muslimin sekelian !
Adalah menjadi tabiat semula jadi manusia suka dikasihi dan mengasihi antara satu sama lain. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menyeru umatnya agar saling berkasih sayang sesama Islam, sebagaimana hadis Baginda, لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
maksudnya:"Dari Annas Radiallahuanhu, dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Dalam hal ini, biarlah kasih sayang kita orang-orang Islam dilakukan mengikut garis pandu yang telah disyariatkan dan bukan terikut-ikut atau meniru dengan cara yang diamalkan oleh orang-orang bukan beragama Islam. Sebagai contoh, salah satu acara keagamaan bukan islam yang telah menjadi ikutan segelintir umat Islam terutamanya golongan remaja ialah merayakan 'valentine's day' atau hari kekasih pada setiap 14 Februari. Apa yang lebih mendukacitakan, orang kita terikut-ikut merayakan hari kekasih ini tanpa menyelidiki asal usul perayaan ini diadakan, adakah ia dibolehkan oleh Islam atau tidak.

mengikut-ikut secara membuta tuli , atau tanpa mengetahui asal-usulnya adalah satu bencana yang boleh membinasakan dan menyesatkan umat islam. firman Allah :

“dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya.”

Malah jika panduan atau ukuran sesuatu amalan kita , hanyalah berpandu kepada ; ramai orang yang melakukan atau majority orang yang melaksanakan, maka kita pun mengikuti perbuatan mereka tanpa mengetahui secara ilmiah apakah benar atau pun tidak , boleh atau pun tidak , halal atau pun tidak ; maka tindakan tersebut akan membawa kita ke lembah kesesatan dan kebinasaan, firman Allah Taala :
“dan jika Engkau (hanya) menurut (perbuatan) kebanyakan orang Yang ada di muka bumi ini (tanpa mempunyai ilmu tentangnya) , nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka ikut2 itu (orang2 Kuffar) melainkan hanyalah sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta semata-mata.”

Wahai kaum Muslimin sekelian !

Apakah anda telah mengetahui tentang asal-usul sambutan valentine’s day itu ?
Terdapat beberapa definisi yang terdapat di dalam buku-buku enseklopedia America dab Britain untuk menjelaskan tentang hari valentine ini.

Pertama: Encyclopedia Americana, volume 27, halaman 860
A day on which lovers traditionally exchange affectionate messages and gift. It is ovserved on February 14, the date on which Saint Valentine was matyred. (The)
“Sebuah hari dimana orang-orang yang sedang dilanda cinta secara tradisi saling mengirimkan pesanan-pesanan cinta dan hadiah-hadiah. Hari itu diperingati pada tanggal 14 Februari, suatu hari di mana St. Valentine mengalami martir (dihukum bunuh sebagai pejuang agama kristian- atau di dalam Islam disebut sebagai mati shahid).”

Kedua: Encyclopedia Americana, volume 13, hal. 464
The date on the modern celebration, February 14, is believed to derive in the execution of a Christian martyr, St. Valentine, on February 14, 270.
“Tanggal 14 Februari adalah perayaan modern yang diyakini berasal dari hari dihukum matinya seorang martir Kristen yaitu St. Valentine pada tanggal 14 Februari 270 M.”

Ketiga: (Everyman’s Encyclopedia, volume 12, hal 388).
Valentine, St. priest and physician of Rome who suffered martydorn probably during the persecution under Claudius II in 269. his feast is on 14 Feb. The custom of sending valentines probably had its origin in a heathen practice connected with the worship of Juno Februalis at the Lupercalia(*) or perhaps in the mediaval belief the birds commenced to mate onf 14 Feb.
“St. Valentine adalah seorang pendeta dan tabib dari Roma yang (dianggap) martir (korban) sewaktu kaisar Claudius II pada tahun 269 M. Peringatan tersebut pada tanggal 14 Febuari. Kebiasaan dengan mengirim ucapan valentine-valentine berasal dari upacara penyembahan berhala yang dikaitkan dengan peribadatan Juno Februarlis di goa Lupercal,”

(*) Lupercalia merupakan upacara keagamaan (ritual) yang dilakukan oleh orang-orang Romawi kuno yang dilaksanakan setiap tahun untuk menyembah dewa Lupercus, yang mana mereka dianggap sebagai dewa kesuburan, dewa padang rumput dan pelindung ternak. upacara ini dilaksanakan pada setiap 15 Februari . Tetapi pada tahun 496 M, setelah Kaisar Romawi menganut kristian , Paus Gelasius I mengubah tarikh perayaan ini, yang berasal dari upacara ritual lupercalia (di dalam agama romawi) ke tarikh 14 Februari. mengambil sempena hari kematian orang yang sangat dikasihi oleh penganut kristian iaitu st Valentine.

Keempat : (Encyclopedia Briatannica, volume 14, hal. 949).
The St. Valentine who is spoken of as the apostle of Rhaetia, and venerated in passau as its first bishop.
“St. Valentine yang disebutkan itu adalah seorang utusan dari Rhaetia dan dimuliakan di Passau sebagai uskup yang pertama.”

Sidang hadirin yang dirahmati Allah

Kesimpulan dari keempat-empat definisi tersebut adalah Valentine’s day dirayakan untuk mengenang , memuja atau mendewakan st. Valentine yang dianggap mati suci sebagai pahlawan (atau seolah-olah istilah mati shahid di dalam agama islam).

Dia dihukum bunuh, pada tanggal 14 Februari 269 M (sumber lain menyebutkan 270 M) ketika pemerintahan raja Rom Claudius II , kerana giat menyebarkan agama Kristian Darum di kalangan Masyarakat Rom. Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjarakan orang-orang Kristian termasuklah Valentine kerana beliau seorang penyebar agama Kristian.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama Kristian tersebut di kalangan banduan-banduan penjara, di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara serta sanggup berkorban dan mati demi kasih sayang terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Kegiatan ini telah diketahui oleh raja Rom menyebabkan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada tanggal 14 Februari.
Bagi penganut Kristian, valentine adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Maka itulah punca orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan tadi, adalah jelas menunjukkan bahawa istilah hari kekasih atau valentine's day bukanlah perayaan yang disyariatkan di dalam agama Islam. Oleh yang demikian orang-orang Islam adalah dilarang untuk menyambut dan merayakannya. kerana hari itu adalah asal-usulnya hari mengenang kematian paderi itu yang amat menyayangi agama mereka. Seterusnya dilabel kan sebagai hari kasih sayang . atau sebenarnya kasih sayang itu adalah terhadap st Valentine.

Wahai kaum muslimin rahimakumllah !

Sememangnya agama Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam, untuk sepanjang masa bukan hanya ditetapkan dalam masa atau hari yang tertentu sahaja. Berkasih sayang dalam Islam bukanlah dengan bergaul bebas lelaki perempuan tanpa sempadan dan melanggar hukum syarak, apatah lagi sehingga membawa kepada berlakunya maksiat dan kemungkaran seperti zina.

Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong, bahkan Islam agama yang menjaga dan memelihara kehidupan umatnya supaya lebih sempurna dan harmoni. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya…. Firman Allah di dalam Surah Aali Imran ayat 31:

Maksudnya : "Katakanlah jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah SAW), nescaya Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Adalah Haram malah boleh membahayakan Aqidah Islam , jika kita mengikuti ajaran atau amalan agama-agama lain , atau memuja-muja dan menyanjung-nyanjung tokoh-tokoh keagamaan mereka, atau membesar-besarkan hari keagamaan mereka atau lambang-lambang keagamaan mereka dan seumpamanya.

Perbuatan begini seolah-olah menganggap agama islam masih tidak sempurna sehinggakan perlu ditambahbaik oleh amalan-amalan dari agama lain.
· Firman Allah di dalam Surah al-Maaidah ayat 3:

Maksudnya : “pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.”

· Firman Allah di dalam Surah Aali Imran ayat 85:
Maksudnya : “dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.”

· Sabda Nabi SAW : من تشبه بقوم فهو منهم
Maksudnya “Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama mereka) maka dia (dianggap) termasuk kaum (agama mereka) itu”.

Para Hadirin yang dirahmati Allah Taala !

Sudah jelas kepada kita! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima acara keagamaan atau kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan berdalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengalu-alukan dan memuja-muja Valentine’s Day ? Bermula dari saat ini , hendaklah kita sedar dan kembali ke pangkal jalan yang sebenarnya, agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim (Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi). Kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan penyelamat di kala manusia gagal dengan sistem-sistem dan teori-teori ciptaan manusia sendiri.
Istiqomah lah , yakni berpegang teguhlah kepada Agama Allah . Tinggalkanlah pegangan-pegangan agama yang terpesong lagi sesat :

· Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 256:

Maksudnya : “Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang mengingkari (tidak mempercayai) Taghut , dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya dia (sebenarnya) telah berpegang teguh kepada simpulan tali (Agama Allah) Yang sangat teguh lagi tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”

· Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 145 :

“Demi sesungguhnya! kalau Engkau masih mahu menurut kehendak hawa nafsu mereka (orang kafir) setelah datang kepadamu ilmu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), Sesungguhnya dengan (perbuatan kamu yang mengikut-ikut acara mereka itu), Sesungguhnya engkau adalah dari golongan orang-orang Yang zalim”

Tidak hairan lah kita , mengapa perayaan dan sambutan yang dianjurkan oleh puak puak Yahudi Laknatullah dan adat-adat resam agama lain, suka dan mudah diikuti oleh umat islam walaupun boleh meruntuhkan iman dan agama kita. Sebut apa sahaja perayaan yang ditajai mereka. Pastinya mendapat respon yang baik di kalangan umat islam yang jahil tentang agama nya . Pesta menyambut tahun baru masihi , sambutan April fool , Pesta rock Woodstock , Pesta Seks , pesta Prom dikalangan remaja sekolahan dan bermacam macam pesta lagi. Semuanya menjurus kepada perkara maksiat, kebinasaan malah menghancurkan aqidah islam , merosakkan krediabiliti bangsa ketimuran dan akan merosakkan keutuhan sesebuah negara . Namun pesta seumpama inilah yang menjadi ikutan dan kegilaan anak anak muda kita di zaman ini. renunglah sabda Nabi SAW :

لتتبعن سنن من كان قبلكم ، شبرا بشبر، وذراعا بذراع، حتى لو دخلوا جحر ضب لتبعتموهم قالوا: يا رسول الله: اليهود والنصارى؟؟!! قال: ( فمن؟)...أخرجه البخاري

Maksudnya : “Pasti kamu akan mengikut acara-acara orang-orang yang terdahulu dari kamu , sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta , sehinggakan sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu akan tertarik mengikut mereka itu . Para Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah (yang engkau maksudkan itu) adakah Yahudi dan Nasara . Baginda bersabda : maka siapa lagi (kalau bukan mereka itu)”

· Firman Allah Taala di dalam Surah al-Baqarah ayat 120 :

“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau sanggup menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam) itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan (yang benar) kepadamu , maka Engkau tidak akan dapat bantuan dan pertolongan sedikit pun daripada Allah SWT”