SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Friday, May 29, 2015

8 IKHTIAR YANG BOLEH DIAMALKAN BAGI YANG SUKAR HAMIL

Assalammualaikum

Saya ingin berkongsi tentang ikhtiar yang boleh dilakukan bagi yang sukar hamil. Kesemuanya telah saya lakukan dan berharap dengan perkongsian ini mudah-mudahan mereka yang berada di luar sana boleh juga mencubanya kan...Manalah tau jika salah satunya boleh menjadi asbab untuk mendapat zuriat yang ditunggu-tunggu. Saya senaraikan di bawah mengikut topik agar mudah untuk dibaca dan dijadikan panduan ye. Semoga bermanfaat..:))


1) PEMERIKSAAN KESIHATAN SELEPAS SETAHUN BERKAHWIN

 Adalah penting kepada pasangan yang berusaha untuk hamil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah tidak berjaya mendapat cahayamata selepas setahun berkahwin. Ini adalah kerana masalah sukar hamil menjadi satu isu ketika ini walaupun peratusannya tidaklah terlalu tinggi.Sebagai permulaan, seeloknya pasangan berjumpa dengan Pakar Sakit Puan (Gynealogy) di hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Antaranya seperti pemeriksaan terhadap tiub fallopio untuk   mengetahui samada tersumbat atau tidak dengan proses spt HSG atau lapsroscopy. 
    
Selain itu, di pihak suami boleh membuat ujian sperma (sperm test) untuk mengetahui kualiti sperma lelaki samada dalam keadaan normal atau kurang dari sepatutnya. 
Berbincanglah dengan doktor yang terbabit jika anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tetap atau bermasalah dalam hubungan suami isteri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.


2) PETUA ORANG TUA/ AMALAN TRADISIONAL

Jika menurut amalan masyarakat melayu, antara yang popular adalah seperti mengurut 
badan terutama di bahagian rahim , tetapi berhati-hati sebab rawatan seperti sengkak 
tidak digalakkan bagi yang belum pernah melahirkan anak. Antara petua yang pernah saya   buat ialah minum air akar kayu , makan jamu kacip fatimah
minum air rebusan pokok dokong anak dan makan ulam-ulaman untuk badan kekal sihat.


3) AMALAN PEMAKANAN SUNNAH

Ikhtiar yang ini pun boleh diamalkan .Antaranya seperti minum air susu yang dicampur dengan kurma untuk amalan sebelum waktu subur. Bole diblend bersama atau racik kurma menjadi bhg kecil dan dicampur dengan susu.
    
Selain itu boleh juga minum susu kambing untuk kedua suami isteri dan amalkan makan madu setiap hari .Seeloknya madu dimakan sebelum sarapan pagi atau boleh juga dibancuh dengan air suam. Jika untuk lelaki, boleh cuba telur ayam kampung ditelan mentah dicampur dengan sesudu madu(klu sanggup le)..hehe...

Pada yang pernah dengar boleh juga cuba minum air rebusan buah adam yg blh didapati dari Mekah dan juga mengamalkan habatusauda samada yang biji atau dalam bentuk kapsul Kesemuanya ini ada juga yang dijual online.


4) MAKANAN TAMBAHAN ATAU SUPPLEMEN

Dalam pasaran sekarang ada banyak supplemen yang dijual sebagai ikhtiar hamil.Antaranya seperti Shaklee, Qaseh Gold, Sendayu Tinggi , Jamu Mak Dara dan macam-macam lagi. Tetapi berhati hati dalam memilihnya terutama kandungan yang terdapat di dalamnya untuk mengelakkan sebarang masalah atau mudarat di kemudian hari. Carilah supplemen yang telah bertapak lama dan dipercayai.


5) MENJAGA BERAT BADAN TERUTAMA BAGI ISTERI

Sebagai persediaan untuk hamil,adalah penting untuk menjaga berat badan terutamanya BMI kita tidak mencapai tahap "GEMUK" atau "TERLEBIH BERAT". Ini adalah kerana berat badan mempengaruhi tahap kesuburan wanita, dan perlu difahami ye semakin meningkat usia maka tahap kesuburan wanita akan menurun. Oleh itu, pemakanan yang sihat adalah perlu dan elakkan makanan segera, berminyak atau berkolesterol tinggi jika anda berusaha untuk mendapat zuriat.


6) MEGETAHUI KIRAAN WAKTU SUBUR SETIAP BULAN

Sebagai wanita yang telah berkahwin,adalah penting untuk mengetahui bilakah waktu subur anda Ini adalah salah satu usaha untuk hamil secara semulajadi. Contohnya, jika pusingan haid anda di antara 25-28 hari,maka kiraan waktu subur adalah di hari 12-14 selepas haid anda.

Pada waktu subur inilah pasangan suami isteri digalakkan bersama kerana peluang untuk hamil adalah tinggi. Antara cara lain untuk mengenalpasti waktu subur ialah terdapat lendir mucus (serviks mucus) dan pada ketika itulah anda digalakkan untuk bersama.

Bagi kitaran haid yang tidak teratur, memang agak sukar tapi boleh diatasi dengan pengambilan ubatan atau supplemen yang berkaitan seperti EPO (Evening Primrose Oil) 
atau Clomid bagi mengatasi kitaran haid yang tidak teratur. Ia perlu mendapat nasihat dari
Doktor sakit puan untuk ubatan yang terkawal. 

Jika ragu-ragu untuk mencuba ubat-ubatan, boleh juga mencuba supplement natural yang boleh didapati di pasaran.


7) ISTIQOMAH DALAM BERSEDEKAH

Bersedekah memang digalakkan di dalam Islam. Ada pelbagai cara boleh dilalukan.Banyak kisah disebalik sedekah yang boleh dijadikan iktbar. Saya sentiasa meniatkan sedekah saya moga boleh menjadi asbab Allah makbulkan permintaan saya untuk hamil dan semestinya ia ikhlas.

JIka mempunyai rezeki lebih, carilah mana-mana anak yatim/ anak2 tahfiz dan tajalah pendidikan mereka mudah-mudahan doa mereka dimakbulkan Allah dan kita juga mendapat pahala yang berterusan kan..:)


8) DOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH

Akhir sekali,setelah berusaha sehabis baik, berserah dan berdoalah pada Allah. Jangan putus asa dan jemu untuk memohon kerana Allah Maha Mendengar rintihan hambanya. Mungkin apa yang kita mahu Allah tidak berikan, tetapi percayalah Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik lagi. Jangan terlalu bersedih atas ujian yang Allah beri kerana Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya.

Bagi yang berkemampuan, bolehlah berniat untuk menunaikan umrah dan berdoa bersungguh-sungguh di depan kaabah dan Raudhah. Mudahmudahan doa yang diminta akan dikabulkan Allah.

Mudah-mudahan tips yang diberikan dapat diamalkan dan mendapat manfaatnya. Semoga beroleh apa yang diminta dan hadapi semuanya dengan tenang dan sabar.

Jumpa lagi di lain entry...:))


   

No comments: