SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Thursday, June 25, 2009

Karnival MHS

Salam
This week mmg bz dgn pelbagai program.One of the biggest programme is Karnival MHS yg akan diadakan pada Jumaat,sabtu dan Ahad ni...So,my part bahagian disiplin dan keselamatan pelajar sepjg perkhemahan berlangsung. Thanks God, tak perlu tido kat sekolah,cuma kena shift smpai pukul 11 sahaja..then bule balik umah.....

So,keje2 update blog ni pon agak slow, sbb keje byk plus wifi kat sekolah pon cam poyo jer...soooo slooowwwww....membuatkan makcik malas nk update blog...

till then,nti saya upload gmbo sepanjg karnival...see on nx entry..

Thursday, June 18, 2009

Orkid baru

Salam
nak tayang le satu oked mahal ni..hehe...sbb dh lama tak beli oked mahal...ketiga2 ni beli kat Port Dickson,ontheway balik tu nampak satu nurseri kecik,so apalagi..makcik pon singgah ler...hehe...rega kat situ bule tahan, dendro biasa pon baru RM 8,vanda pon range RM8-15,tapi tak berapa menarik sgt..cattleya dia pon murah, RM 25-RM30 jer...yg bawah ni agak mahal la bagi saya, sbb terbang RM50...otai2oked sekalian, rasa rega oked kat bawah ni berbaloi ke tak? suka sgt bila dah kembang....

APA NAMA DIA EK? MCM JENIS2 LADY DANCE KAN..REGA RM50..



CLOSE UP BUNGA....



CATT PUTIH+PINK..NAMA TATAU..DAH NAK LAYU...RM25...



DENDRO CURLY,TAPI LAIN SKET KAN...RM8 JER...




yang ni saje nk tunjuk dendro apphylum,yg rajin berbunga sbb yg lain mogok takmo munger..sedey betull....ni close up nye...

Wednesday, June 17, 2009

Aktivit sekolah...

Salam
Hadoiiii penattnyaaaaaaa MHS ni...
lepas satu,satu kena buat...seronok sbb sekolah dapt masuk peringkat kebangsaan utk sudut anti-dadah (ePPDA),alhamdulillah..tapi tulah keje makin tmbah ler sbb dh wakil melaka, so nk bagi menang jugak..plus library pon wakil state peringkat sekolah harian..nx week dah start karnival MHS selama 3 hari plus perkhemahan perdana kat sekolah..ada ke saya kena bahagian Disiplin, hadoiii..for sure la kena stay kt sekolah ni nanti, mintak2 dpt balik umah...

Till then,nti update later..baru lepas sesak napas key in markah budak2 ni...phewww...selesai satu kerja...

Saturday, June 13, 2009

Malacca River Cruise

Salam
Masa nzrul dan fid datang ke Melaka baru ni, so saya pon ajak la gi naik river cruise yg malam nye...lepas makan kat windmill,so kitaorg pon pegi la ke jeti kat bdr hilir tu...River cruise ni kalau waktu malam smpai 11.30, so time cuti skolah ni mmg kena tggu turn la,agak lama juga menunggu, sbb org tersangatlah ramai..kalau di stesen taman herba takdelah ramai sgt...tapi,dh beli tiket so tunggu jelah..cik abe yg org melaka pon tak penah naik,masa ni ler nk naik..kalau nzrul tak dtg,idak ler dia heran nk naik mende2 ni...so,mmg cntik dah sungai melaka,berwarna warni dan bersih..paling cntik area kg morten la sbb umah tepi sungai sumer ada spotlight... enjoyy....











Wednesday, June 10, 2009

Kenduri cheras..

Salam
skrg berada di umah Cheras, saje balik since sume adik beradikku yg 4 itu ada di rumah..Nzrul dan FId akan blk Sarawak nx week, saya balik Melaka hari ni.Knduri telah selesai malam tadi..saje buat tahlil dan sedikit makan2 ..penat gak smpai sakit pinggang,anyway, bila bergather2 ni mmg seronok....

My old friend, Mizi dan Fuad pon datang skali...Si Din je tak dpt dtg,mybe ada kelas kot..dpt la bersembang jap dgn depa dua ni..si Mizi pon dah makin charming..haha..poyo jer (kalau u baca ni sure kembang).nampak imej korporat plus businessman tu terserlah la...heheh...anyway,thanx for coming ya...

Smlm juga saya berabis gak la beli katil Divan utk adik, beli sofa bed satu then beli peti ais utk umah..peti ais yg ada dh byk sgt berjasa, sejak umur saya 10 thn, peti ais National ni tak pernah buat hal..cuma lately,dh nampak tanda2 keuzurannya, tapi still boleh guna...saje nk bagi hadiah kat org tua kan,sesekali menggembirakan hati mereka...so,nk kata kopak tu, ada la sket....tapi puashati sbb dpt produk yg agak murah especially Divan set dan sofa bed tu...kiranya value for money....

Till then,nti update later...balik melaka masuk opis then buat keje macam biasa...nx week dah sekolah...adussss...becinta nk bangun pagi neeehhhhh......

Sunday, June 7, 2009

Wedding...

Saje nk share, dpt biras baru,plus anak sedara baru (cmna nk ckp,anak buah abg,pangkat kita apatah)..so,wedding pada 31/5/2009, wedding buat skali antara adik ipar -Mohd Ali dan pasangannya,Kusmawati dan anak buah abg (anak kak enab) Huzaifah dan pasangannya, Azwin...Semoga berkekalan hingga akhir hayat...

Pengantin berarak masuk...serba hijau..




Pelamin yang simple,buat amik gmbr jer...



Ali dan Kusmawati..

Corus Paradise dan kebun...

Salam...
Petang tadi,dari opis tetiba nk jenguk kebun abang...katanya durian dh start gugur,so buah pada tahun ni alhamdulillah byk juga, even buah memula tu tak berapa jadi sbb cuaca panas kan...so,dapat la merasa sebiji..mostly,pokok durian kat kebun ni ditanam oleh arwah pak mentua,yg kebanyakkannya jenis durian kucing tidur..isinya toksah citer la,mmg sedapppp...pergh...saya takleh nk mkn banyak,kang demam lagi.hehe...tapi,cuti sekolah ni bedal jelah...

Kebun yg semakin bersih...best plak..plan nk buat umah kat sini in future...




Merayau satu kebun dapatlah sebiji...jadilah kan..adalah dpt 4 ulas..takpe,esok datang lagi...




Durian kat atas pokok byk lagi....kali ni selamat sket sbb ada pekerja stay kat kebun,kalau tak dikerjakan cik monyet2 tu mmg tak merasa ...




Cuti2 kat PD..frust sbb plan nk ke Thistle (formerly known as Guoman)..Sape yg blom penah pegi,cubalah stay one night kat sini,mmg best...servis,bilik,peaceful,dinner,breakfast sumer best..Thistle akan dibuka secara rasmi pada 4hb June,saya ke PD pada 2Hb,rasa tak smpat nk tggu,so kitaorg melencong ke Corus Paradise..

Membelakangi entrance...lenguh turun naik tangga nk gi reception...dpt bilik tkt 4.
Seaview cost about RM288 hari biasa..weekend naik RM300..



Cik abe posing kat lobi,sementara tggu bilik..



Hotel lagun..



Pagi di Corus..nk mandi pon air surut...

Friday, June 5, 2009

Cuti Agong

Salam
Sempena cuti Agong hari ni (6/6/09),plan nk balik KL sempena wed Shamimi terpksa cancel sbb ada job...so,mybe nx week la kot baru balik KL...ibu kata nk buat kenduri skali sbb nazrul dan fid pon ada smpai 21/6 ni sblm balik sarawak..Then, this school holiday, memenuhi undangan kahwin dari last week until 21/6 ni..tadi,berkunjung ke umah Amy, salah seorang rakan MDC....sedap lauknya especially ayam goreng dan rojak...nasi pon sedap,pendekata semua setapppp...makacih la tuan umah yer....

Then, terus pegi ofis even ada satu lagi jmputan kat Bukit Piatu..tapi cik abe kata nk balik opis,perut pon dh kenyang....nk siapkan barang utk kapal MT Danum petang nanti...

Suddenly, i've received and email and terus call mamat ni, or formerly known pakwe tak jadi..keh..keh..keh...(to helmi, aku mmg tekejut dpt ctc ko balik)....Actually, kawan baik time sekolah dulu la, bekepit sgt tu idak ler,sbb lepas SRP masuk vokasional rasanya (betul ke helmi,aku igt2 lupa la)...now,he will become an officer of MISC, sailing all over the world,and gud news, already married and have happy famili...will get 2nd child soon, congrats tu him....hope to see him one day b4 he going to sail....(helmi,kalau ko baca, pls komen ok)

Sejak join FB, mmg ramai la dtpt ctc kawan2 lama, especially kawan sekolah dan kawan masa universiti dulu...dunia siber pon ada baiknya nye tak, mengeratkan kembali silaturrahim yg terputus bertahun2....till then, will update later...

Thursday, June 4, 2009

Doa pendinding dari syaitan

Salam
Diambil dari web forum cari,kredit to Ilahkhatibrani,ni doa yg baik diamalkan kepada sesiapa yg terganggu akibat dari jin/syaitan..moga2 kita dijauhkan...Dibaca selepas solat...

DOA HAIKAL
1) Haikal Awal : Ayat Kursi
2) Haikal Kedua : Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra¡¯
3) Haikal Ketiga : Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat : Ayat 81-85 Surah Al-Isra¡¯
5) Haikal Kelima : Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam : Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh -:Ayat 51-52 Surah Al-Qalam


Di sini ilah sertakan kebaikan ayat haikal jika diamalkan...(kredit diberikan kepada Delia sebab ilah amik kat websitebeliau )

Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman.Ujarnya.."Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya:

Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal..(bukannye pakai tangkal..maksudnye di sini..doa ni ditulis semula di atas kertas dan dibawa ke mana mana) nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.

Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat..nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 000 kali khatam Qur'an dan 70 000 mati syahid dan 70 000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 000 masjid dan seperti memerdekakan 70 000 hamba dan seperti menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70 000 orang hafiz qur'an dan beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan pahala 70 000 'alim dan 70 000 'abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 orang yang berakal dan 70 000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, 'IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW.Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah."

Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri baghdad.Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia..tiada luka.Diselamkan ia di dalam air..tiada lemas.Kemudian dibakar ia akan dia..itupun tiada terbakar.Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim "apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?" Maka sahut pencuri itu "ada di kepala hamba fadhilat doa haikal.Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba."

Maka apabila didengarnye oleh hakim akan kata kata pencuri itu..lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannye sekelian hal pencuri itu.Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya.

Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak..sekadar diambil ringkasnye sahaja di sini.Sesungguhnya tiadalah syak lagi.Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i'tikad.

Wednesday, June 3, 2009

Corus Paradise...

Salam
Baru je balik dari Corus, PD smlm...tak berapa best even room rate for weekdays RM288.Actually me and hsband nk lepak kat Guoman, tapi sejak dah upgrade ke 5 star,so time kitaorg pegi,Guoman dah change to Thistle...tgk kat internet price room pon
RM342 per weekday,tapi mmg puashati...dh jatuh chenta kat tpt ni..so peaceful dan accomodation mmg bagus,baik dari segi bilik,service dan everything,bak kata orang value for money la....

Plan nk ke Pulau Sibu extend end of this year,atau gi Serawak tpt sis in law..tgk dulu cmna...plan nk jalan jauh tu mmg ada,cuma masa cik abe tu susah sket nk adjust,al-maklumlah keje servis ke kapal ni mmg takleh plan..silap2 raya pon keje...

TIll then, nti upload kemudian...

Monday, June 1, 2009

Selesai....

Salam
Sejak jumaat lepas sekolah baru ni,terus gi umah mentua, tulun utk kerja kawin adik ipar , Ali dan ank buah abang, si Huzaifah...alhamdulillah,segalanya berjalan lancar,cuma lauk tu agak berlebih la sbb clash dgn org sekitar kg plus knduri on that day je ada 10 umah...so,org pon tak mkn byk sgt la kan..ada membazir sket pon yer...al-maklumlah,dah pengabis....

Saya cuma dok dapur je,buat lauk pengantin, last2 kroni2 gak yg bedal sbb lauk pengantin terlalu byk..heheh....especially ikan sweet sour je ada 6 ekoq..lebih tu masuk perut orang dapur ler....

Smpai semalam dok lepak umah mentua, tp tak smpat amik gmbr dgn famili sbb ibu dan imi dtg...ahad tu blk umah kejap,astu pas maghrib dtg balik utk makan malam..mmg tak masak pon,lauk pon ada berlebih..so makan jelah apa yg ada...

Plan mcm nk ke Cameron Highland,tapi tatau la cmna....nk ke PD sehari semalam jelah stay kat sana..kalau dpt lepak 2/3 hari mmg best...eeee...dlm kepala ni mcm nk ke Gany/Klantan ,tapi bos besau malas betul nk drive long distance ni....xpelah, mana2 pegi pon sama..janji bule restkan diri....