SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Thursday, November 25, 2010

Niat tidak menghalalkan cara...

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Jawapan :

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1)Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Aurat wanita apa sudah jadi?Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Apa sahaja hukum,klu buat baik tapi tak solat pon sama juga tak diterima..gitulah kehendaknya..niat tidak menghalalkan cara....

Sunday, November 14, 2010

Aidil Adha...



Salam
BIla tgk khabar haji 2010 di Astro Oasis,terbayang2 wajah kota Mekah dan Madinah..rasa nk pegi dan terbang kesana sekarang juga...rindu rasanya, harap ada rezki nk kesana lagi...mudah2an...

Bila tedgr topik IKIM berkenaan puasa ketika hari Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji,saya nk berkongsi kepada semua. Mungkin ada yg baru tahu mengenai puasa sunat ini dan juga 10 hari seblm hari Arafah adalah hari terbaik utk menambahkan ilmu ibadat kita,sama spt kita menunaikan 10 malam terakhir ramadhan...

Walaupon,hanya hari raya Qurban,pahala yg diberi oleh Allah kepada hamba2nya tidak terhitung,cuma terpulang kepada kita utk mengambil kesempatan tersebut atau tidak....

Bercakap tentang Qurban pula, ibadat qurban menjadi salah satu tuntutan kepada mereka yg berkemampuan.Tidak perlulah berkorban sehingga seekor lembu yg mencecah RM 2500 seekor jika tidak mampu,memadai jika berkemampuan mengambil sebahagian daripada lembu tersebut,sekitar RM 350-RM 380 sebahagian.Jika ada rezki lebih tahun hadapan,bolehlah ditambah bahagian tersebut....Mudah2an,dgn ibadat qurban,kita dimurahkan rezki Allah dan diluaskan lagi di muka bumi ini....

Salam Aidiladha buat semua, hayatilah ketaatan Nabi Ibrahim terhadap suruhan Allah dan ingatilah pengorbanan Siti Hajar dalam mencari air buat anaknya nabi Ismail...Smg kita tergolong dalam kalangan mereka yg beriman..amin....