SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Wednesday, December 30, 2009

2010...



Salam
Menjelang tahun baru 2010, akan berlaku gerhana matahari@bulan(saya igt2lupa) dan digalakkan solat sunat gerhana 2 rakaat.

Tahun baru juga menunjukkan umur kita semakin meningkat, dan sama2lah kita bermuhasabah diri adakah ibadat kita makin bertambah atau masih di takuk lama, atau lebih teruk lagi...

Di tahun baru ini,sama2lah kita berdoa agar dimurahkan rezeki,disihatkan tubuh badan supaya dpt beribadah padaNya, dipermudahkan dalam segala urusan, diberkati dalam soal rezeki, dijauhkan dari bala bencana dan pelbagai lagi terutama dalam zaman umat akhir zaman ini...

So,seperti biasa, sambutan tahun baru akan dipenuhi dgn pelbagai aktiviti,terutama konsert2 yg melalaikan, dan akan terselit sekali makhluk bertanduk yg akan mengajak manusia ke jalan yg menyesatkan...kepada yang ada ni, sama2lah kita berdoa agar umat Muhammad dijauhkan dari bala Allah, terutama akibat dari aktiviti maksiat yg semakin menjadi2 ...nauzubillah....

Adalah lebih baik kt manfaatkan tahun baru ini dgn solat sunat dan tahajud (jika mampu)..moga2 Allah memberikan kita syafaat dan dimaafkan ketika dihisab nanti..

* Sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.....

Monday, December 28, 2009

RADIX FRIED CHICKEN..

Salam

24hb ari tu (kalau tak silap) launching RFC (Radix Fried Chicken) kat Mydin Mall,MITC...saya mmg tunggu je sbb makan ayam organik tapi sedap..(mam,ko jgn jeles arrr) heheh...

Tapi,katanya pas launching tak bukak balik sbb ada probs dgn saluran paip dia..mybe awal thn depan kott...ni saya tepek sebahagian rega dan katalog..kasi leleh sket yee...(credit to cari.com)


Antara menu2nya...







Thursday, December 24, 2009

Rewang di johor..

Salam
Bertolak dari Melaka malm tadi,kul 10 tanpa my hunny bunny..lepak minum kat Pagoh,then smpai Benut kul 12 tgh mlm...

Jumaat (25 Disember 2009)
Balik kali ni, utk menghadiri wedding anak sulung mak sedara saya,yg penah jaga saya time kecik2 dulu... cicit sulung nenek saya, nikahnya dah buat mggu lepas, sbb suaminya askar,kena pergi kursus,so dinikahkan dulu...Ketika ini saudara mara,sepupu sepapat dan kroni sibuk pasang balai,masak,ada yg start memotong bawang ,ada gak yg jadi mandur,ada yang kehulu kehilir takde keje (ada keje malas nk buat) dan ada gak yg asyik makan je...hehe..biasalah, time kenduri ni mcm2 ragam la kan..tu belom lagi time kenduri,yg sibuk tgk pelamin orang, baju orang,barang kemas orang, gift apa dia bagi, dan macam2 lagi...saya suka tgk gelagat org time kenduri ni, sbb ramai yg pandai berckp dari yg buat keje...

So,malam ni berinai,igt nk tumpang skali..ahaksss..tapi,cik abe takde la pulak,esok dia baru datang...so,nti disambung kemudian....

Daaaaa.....

Tuesday, December 22, 2009

Tazkirah hari ini..

Salam
Selalu dok posting mende mengarut je kan,sesekali kena selitkan juga tazkirah sebagai peringatan kita semua..semoga tahun baru hijrah ni,menambahbaikkan amalan kita...amin..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu'
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain..

Monday, December 21, 2009

Sape nak kurus..

Salam
Melawat ke salah sorang blogger tadi,dok citer pasal nk kurus,buat Imam yang tersayang,ni akak bagi petua ko nak kurus...ko jgn tak buat,akak nk tgk ko sgn off nanti ko kurus cam dak S_Malim..



NI salah satu paling senang..

Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.
Selain itu, amalkan juga memakan satu biji tomato yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum. Makan setiap hari kerana buah tomato juga mencantikkan kulit dan juga sebagai agen menghapus lemak..(imam,ko makan tomato hari2,gerenti kulit ko licin macam telur ayam)..hahah..

Pemakanan yang betul adalah lebih berkesan dan efektif daripada pill mengurangkan berat badan! Ini disebabkan apa yang anda makanlah yang sebenarnya membuatkan berat badan anda naik atau turun.Tetai pemakanan yang sihat sahaja tidak semestinay akan menurunkan berat badan anda, anda perlulah makan pada masa yang betul dan tepat!
Contohnya anda tidak perlu mengurangkan pemakanan anda, anda boleh makan lebih daripada 3 kali sehari dan menurunkan berat badan anda.

Masalah gemuk dan badan berlemak memang merunsingkan. Ada cara untuk mengatasinya. Buah pinang muda yang lembut dibelah dua lalu dicuci sebersih-bersihnya. Masak air dalam belanga. Rebus pinang muda hingga mendidih. Biarkan air rebusan pinang muda sejuk sebelum meminum airnya. Kesannya anda rasa lebih mudah membuang air besar dan semua lemak di dalam perut akan keluar melaluinya. Selamat mencuba.

Senaman ~ Tips kurus paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan
badan.

Kawal emosi ~ Satu lagi tips kurus yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan diet kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. Diet kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……

Menantu yang luarbiasa..

Salam
Saje copypaste citer2 lucu dari blog member..jgn ler jadi mcm mamat ni yer..


Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...


MERTUA VS MENANTU...
Alkisah ada seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

Dia lalu memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu bermotor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu dan terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, dan sehelai kertas bertulis “Dari ibu mertuamu”.

Giliran menantu kedua pula yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh dan terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian dan dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu kedua melihat terparkir Toyota Alphard, disertai sehelai kertas tercatat tulisan, “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ketiga diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Seraya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

Sunday, December 20, 2009

Lepak at Jaybee..

Salam
without proper planning,dlm kul 10pagi terus shoot ke Johor.Before that,mmg ada plan nk ke umah Tok Jiman kat JB,tapi semua nk kena tggu schedule kapal dh clear,baru leh jalan2.So,dikesempatan yg ada,nx week ada sebiji lagi nk htr ke Linggi, kami terus ke majlis walimah anak Tuk Jiman kat JB,then tido smlm kat umah Mak usu smbil rehat2kan badan...tak juga rehatnya, malam tu jenjalan gi Angsana dan Danga Bay..hehe,takde koje astu sakit kaki...apa2pon,dpt la release kan sket diri dan kepenatan bekerja tak berhenti utk bln December penutup 2009...

Pas zohor,dan makan kenyang dan solat semua,kami bertolak balik ke Melaka...nx week balik Johor lagi,wed sepupu saya plak..tak dpt nk attend wed si Naza dan kawan ckgu saya...kirim hadiah jelah..

Utk kesekian kalinya, rasanya tahun 2009 memberikan limpahan rezeki dari Allah yg tidak terhingga,alhamdulillah amin dan berkesempatan utk menunaikan zakat perniagaan sblm 2009 melabuhkan tirainya..MOga 2010 juga dimurahkan rezeki dari Allah,plus rezki yg ditunggu2 selama ini..amin....

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah..

Dalam
bacalah doa awal tahun sblm maghrib nanti ye (maaf kalau salah), moga2 usaha kita di tahun baru dipermudahkan dan dijauhkan dari gangguan syaitan...amin...

Wednesday, December 16, 2009

Makanan...

Salam
BIla demam dh baik,tekak pon dh baik,selera pon dh ok, rasa nk makan macam2...kat bawah ni antara idaman kalbu yg dok terbayang2 masa sakit dulu...heheh...sblm ni makan bubur je,hari2 gitu...la ni nk balas dendam balik...Buat Imam,ko jgn jeles arrrr...makan je apa yg ada kat atas tu..keh...keh..keh...

Piza hut..dip with cheese sauce...uissshh...terliur ni...



Mee bandung Muar..terbayang2 kesedapan mee kat dpan bas stand Muar ..peghhh....



Kerabu mangga...setappppnyaaaa....



My peberet..Choc Indulgence....mmg layan la...



Brownies walnut..

Tuesday, December 15, 2009

Camouflage..

Salam
Saje tepek gmbr penyamaran yg dilakukan oleh seorg artis Cina,kalau pandai cuba spot gmbr beliau...mmg menarik...Takde camera trick/photopages/cut and paste,yg digunakan cuma cat jer...enjoyyy....

















Monday, December 14, 2009

Sakit tekak

Salam
Alhamdulillah,demam pulih akhirnya,sejak seminggu lepas, tapi kali ni saya langsung tak blh makan sbb tekak saya bengkak dan pecah,mgkin sbb panas..perggggggghhh..makanan saya cuma roti je atau bubur,tu pon sikit punya seksa nk menelan...subhanallah....byk2lah beri kesabaran kepada hambaMu ini...
Bagus juga time sakit2 ni, badan saya pon agak susut la,sbb takleh nk mkn nasi dan lain2...tgk McD tu sedap tu...eeee...sbr jelah...
Baru masuk kejap opis hari ni, dan hopefully sakit tekak ni cepatlah baik...

Tuesday, December 8, 2009

Hari ke 4..

Salam
Masuk hari ni dh 4 hari dok memerap kat umah,bermula dgn demam kena masa ahad baru ni terus melarat smpai naik ruam merah@campak..pergh....dugaan betul..astu plak,asal bangun pagi je paler pusing2 ,tatau la kenapa....hari2 makan ubat pon tak jalan gak..sabar jelah byk2...

Smlm gi klinik amik losyen pink tu kurang sket gatalnya, la ni dah ok sket cuma kepala kadang2 ada miong..keje opis saya monitor by email je,baik quotation,order atau payment...yg lain,semua kena buat kat ofis..hajat tadi nk ke opis,tapi paler pening astu demam mcam kena balik..napa demam kali ni tak surut2? pelik betul la...harap2 esok lusa saya dh sihat,dan dpt bekerja seperti biasa semula...chowww...

Sunday, December 6, 2009

Demam...

Salam
Hujung minggu baru ni ibu ayah datang, so depa tu tulun le kemas umah anaknya yg mcm kapal tebalik,plus saya plak tetiba demam panas,mlm tadi baru ke klinik di Semabok...dapt ubat lega sket tapi kepala ada pusing2 juga...
Hari ni tak masuk opis,nk rehat kat umah...tapi,still kena buat quot utk kapal yg nk order...

Pada kawan blog saya,dak Imam..slmt belayar...moga ilang kebosanan setelah lama sgt dok umah ek..tak smpat nk bergather2,pegi pon rushing...moga slmt la nanti...

Thursday, December 3, 2009

KOD LEMAK BAB**

Salam
Sebar2kan maklumat ini utk sekelian umat Islam yang lain..Info terbaru,terdpt di dalam makanan ringan ROTA, ada E 110.Blh check sblh belakang.

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

1 E 100 16 E280 31 E 434 46 E 472
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570
10E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 475 56 E 631
12 E16 27 E430 42 E 476 57 E 635
13 E234 28 E 431 43E 477 58 E 904
14 E252 29E 432 44 E 478 59 E920
15E270 30 E 433 45E 481
Copypaste dari Email :
Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....
Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?
Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...
Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...
Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

Tuesday, December 1, 2009

Angin lintang

Salam
Sejak dua menjak ni angin saya tak berapa baik,ada je tak kena...paling teruk staf baru saya la,manjang buat salah,especially time buat invoice / quotation yg melibatkan duitt..hehe...bukan apa,salah satu items,ia akan melibatkan semua yg lain, smpai ke akaun ..nk membetulkan tu satu hal beb...

Sbb marah mungkin bendera merah kot,astu stress pon ye, plan nk bercuti masih tak dpt,kalau tak dh terbang ke Kuching,tapi terpksa kensel last minute sbb most of the teacher not interested to fly there setelah shift trip dari Padang tukar ke Kuching...

Sbb lain mgkin keje bertambah2,tak susut...rezki alhamdulillah,tapi penat pon ye gak...balik umah pon tk dpt kemas abes,buat yg wajib je...astu tidoo...cam life tahapahapa kan...

So,any advice yg boleh meredakan tiupan angin lintangku ini? keh..keh..keh...salah satu caranya nk serang JJ baru bukak 17 Dec ni...cuci mata la..hehehe....

Friday, November 27, 2009

Raya Qurban

Salam
Salam IdulAdha buat semua pengunjung setia blog ni..
Raya qurban ni,every yr macam biasa cik abe saya akan sibuk menyembelih lembu2nya,baik utk qurban,atau untuk kerja kawin...so,mmg dia akan tak cukup tido,astu penat tahap gaban la jawabnya...bermula smlm potong dah 3 ekor,astu smbung potong kul 2 pagi utk org kawin,astu potong lagi 3 utk hari ni...kenduri kawin pon tak pegi,sbb dia bz plus ujan lebat pulak tadi...sib baik ibu dan adik ada datng sini,kalau tak sengsorang la saya dok umah..tapi,tak juga sbb keje kat opis pon ada...htr barang ke kapl macam biasa...rezki Allah,alhamdulillah...

Plan smlm cuma gi Giant beli brg umah,astu dok dendiam kat umah..hari ni pegi Nagoya cuci mata ,terbeli plak langsir..haha...takde keje betul..then,lepak opis buat quotation dan bil utk kapal...tulah ektibiti buat masa ni..jalan kat melaka ni pon jem gak, ujan kejap tadi pon jalan sangkut2...tensen betul..

By theway, semoga ibadah qurban kali ni memberikan keberkatan buat diri kalian semua..mana yg ada lebih rezeki tu,qurban2kanlah sedikit wang utk insan2 yg kekurangan,moga dibalas oleh Allah dgn rezki berlipat ganda..amin..

Raya Qurban

Saturday, November 21, 2009

Santau dak Qaseh..

Salam
Ni jawab tag dak Qaseh,lmbt sket sbb byk koje...

1. Bekas kekasih saya adalah..
X-MPP ..haha..cite lama

2. Saya sedang mendengar...
Lagu 'Bersatu hati" Sheila Majid

3. Mungkin saya patut..
Rehatkan fikiran kat Thisle...

4. Saya suka...
makan...hehe..

5. Sahabat-sahabat saya...
Yang sentiasa bersama susah dan senang....

6. Saya tak paham...
Orang yg suka cari keburukan orang lain,sedangkan aib sndiri lebih buruk...

7. Saya kehilangan..
Sesuatu yg amat berharga dulu...

8. Ramai yang berkata..
saya garang..mmg ya pon..haha..

9. Cinta itu adalah...
anugerah Allah yang ada batasnya..

10. Di suatu tempat, seseorang sedang...
melihat keindahan Sungai Melaka..

12. Saya akan cuba...
Siapkan invoice yg tertunggak ni..hadoii...

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud..
kekal Abadi

14. Telefon bimbit saya..
Setakat ni tak menimbulkan masalah...

15. Bile saya terjaga...
Alhamdulillah..masih boleh bernafas...

16. Saya paling meluat...
*org suka membodek dan gedik tahap gaban...
*suka jaga tepi kain orang smpai boleh meretakkan hubungan
*pemalas

17. Pesta/parti adalah..
Tempat yg boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan..

18. Haiwan yang paling comel penah saya temui...
Koala...

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
17-23 tahun..

20. Hari ini..
Ahad

21. Malam ini saya akan..
Jalan2 cuci mata..

22. Esok pula saya akan..
Prepare barang2 nk htr pada kastemer...

23. Saya betul2 inginkan..
Anugerah Allah...

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini..
ada jerawat plak..

25. Pusat membeli belah atau arked permainan...
tpt abeskan duit..haha..

26. Makanan barat atau jepun..
bule la tahan..

27. Bilik yang terang atau gelap.
mewujudkan perasaan berbeza..

28. Makanan segera adalah...
salah satu penyebab kanser..

29. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang..
Suka hati jer...

30. Anda tak perasan ke soalan no 11 itu tiada?
tah..main buat je...

Friday, November 20, 2009

KONVO 2009

Assalammualaikum...
Akhirnya dpt juga upload gmbo konvo even rasa dah xpired..hehe...kebizian akhirnya berakhir dgn start cuti sekolah hari ni..yahooo..syokknyaaa cutiii...jgn jeles arr..
enjoy gmbor sekitar konvo,malas nk susun..ada keje byk kat opis ni..nk tgk lagi,masuk FB ok...daaa...


Dengan ibu,kat luar dewan..




DGN FAMILI...




DAH DAPAT..ALHAMDULILLAH..




BERATUR..CUBA TEKA MANA SAYA? HEHE...




WITH MR JEF,BATCHMATE..




GRADUAN MASUK




DALAM DEWAN




WITH HSBAND..GOOD SUPPORTER..




ANJUNG MERDEKA,SBLM MASUK DEWAN..


TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI..HEHE...

Tuesday, November 10, 2009

JUbah

Salam
Skrg ada kat KL..amik jubah untuk konvo Sbtu ni..peghh,lama betul tak pakai,last grad masa 2001 lepas..kali ni pakai utk kali ke2 utk universiti yg berlainan..kalau buat PhD kat tpt lain,pakai jubah lain plak..heheh..berangan betul..

Syukur alhamdulillah,grad juga saya utk Master ni,dulu berangan2 je nak amik,last2 ter'amik' jugak...dan abes pon dgn jayanya...result pon alhamdulillah,lebih baik dari Dgree yg lepas..

Plan pasni,cuma nk jd part time lecturer je,malas nk pikir sgt kalu jd fulltime ni..hehe...sbr jelah...nti tuggu konvo sbtu ni..akan diupload gmbo yg sebenar..

daaa...nk blk melaka..

Friday, November 6, 2009

News..

Salam
Just copypaste news semalam,agak gempar juga,dan tak sangka US pon employ Muslim Army dalam pasukannya..Mybe sbb pressure,dan tak boleh nk tanggung sengsara even beliau seorg Psiktri...



Major Nidal Malik Hasan, who shot dead 13 people at Fort Hood in Texas, has been described as a devout Muslim whose commitment to the army may have been broken by his opposition to the wars in Iraq and Afghanistan - and by plans to deploy him to a war zone.


US officials identified the gunman as Major Nidal Malik Hasan
He is said to have been affected by injuries he saw at the Walter Reed Medical Army Center, where he worked until recently as a psychiatrist treating troops returning from combat.

Maj Hasan, 39, was born and raised in Virginia. His parents moved to the US from a Palestinian town near Jerusalem, according to his cousin.

After high school he joined the US Army, which put him through medical school.

He has been described as devout and discreet. A local imam told the Washington Post that he attended daily prayers at a mosque when he worked at the Walter Reed Army Medical Center in Washington DC.

"We hardly ever got to discussing politics," Faizul Khan said. "Mostly we were discussing religious matters, nothing too controversial, nothing like an extremist."

In other comments Mr Khan said that Maj Hasan had tried, but failed, to find an equally religious woman to marry.

On a form for those looking for spouses through the mosque he listed his birthplace as Arlington, Virginia, but his nationality as Palestinian, Mr Khan said.

'Worst nightmare'

Reports suggested in recent years he had become unhappy in the military. He had recently been transferred to Fort Hood.

His cousin said he had faced harassment over his "Middle Eastern ethnicity" and had been trying to leave the army.

His aunt, Noel Hasan, also blamed his desire to be discharged on harassment.

MAJOR NIDAL MALIK HASAN
US-born Muslim raised in Virginia
Joined the army and trained to be a psychiatrist
Treated soldiers returning from combat zones
Described as a devout Muslim who attended prayers regularly
Said to have been unhappy about imminent overseas deployment
"Some people can take it, and some cannot," she told the Washington Post.

"He had listened to all of that, and he wanted out of the military, and they would not let him leave, even after he offered to repay."

Ms Hasan said her nephew had been upset by the injuries he saw at Walter Reed. "He must have snapped," she added.

She said Maj Hasan had spent holidays and free time at her house, and that he "did not make many friends".

He had joined the military over the wishes of his parents, who have since died, his aunt said. Despite his recent attempts to leave, "he would tell us the military was his life".

Several reports said Maj Hasan was about to be deployed overseas against his wishes.

"We've known over the last five years that was probably his worst nightmare," his cousin, Nader Hasan, told Fox News.

The Associated Press cited an unnamed official as saying that Maj Hasan had received a poor performance evaluation from the Walter Reed Army Medical Center before transferring to Fort Hood in July.

Dr Thomas Grieger, who was training director at the centre while Maj Hasan was an intern there, said told AP that he had had "difficulties" that required counselling and extra supervision.

Internet postings

However, Maj Hasan was "mostly very quiet", and never spoke ill of the military or his country, Dr Grieger added.

"He swore an oath of loyalty to the military," he said. "I didn't hear anything contrary to those oaths."

Col Terry Lee, who is retired but said he had worked with Hasan, told Fox that Maj Hasan had often got into arguments with military colleagues who supported the wars in Iraq and Afghanistan.

Maj Hasan had hoped that US President Barack Obama would pull troops out, Col Lee said.

One official was quoted by the New York Times as saying that the FBI had become aware of internet postings by a man calling himself Nidal Hasan.

In one such posting, the act of a suicide bomber who kills himself to protect Muslims was compared to a soldier throwing himself on a grenade to protect other soldiers.

However, officials said they had not confirmed that Maj Hasan was the author of the postings.

Wednesday, November 4, 2009

Dr Asri

Salam ..

Kes smlm ek agak hangat diperkatakan...saya pon pelik org camni pon kena tangkap...kalau betul dia mengamalkan ajaran Wahabi,tapi kesalahan beliau sbb takde permit nk ngajo agama di Selangor...ish..ish..mmg dunia skrg dah akhir zaman betul..
yang alim ulama ditangkap,direndah2kan martabat,yg tahapahapa tu diagung2kan...daripada tangkap ustaz ni,rasanya elok Ja** tangkap org Islam yg minum arak berleluasa kat disko2 Selangor tu..nk sebut tu,sndiri paham ler....apa nk jadi dgn donia..doniaa...doniaaa...

Dr Asri

Tuesday, November 3, 2009

Patah kaki..

Salam
tajuk cam gempak je kan, tapi bukan patah kaki bebetul,patah kaki sbb staff admin saya dah berenti...so,skrg buat smentara saya yg buat keje2 opis yg tak penah abes..tambah2 nk ujung tahun nk buat audit,semua kena tgk balik,dan check mana yg tak tele...tggu staf baru 10hb baru dpt masuk,sbb tggu kontrak dia abes...penat tu mmg la penat, sib baik la ada kawan yg sudi tolong pas keje...

skolah plak lagi nk cuti,lagi byk keje...nk majlis itulah,inilah..saya nye cuti utk amik jubah pon tak apply lagi..hadoiii...sabar jelah..nx week dgn majlis graduasi pelajar dan jamuan guru, rabu saya balk KL amik jubah dan jumaat petang balik KL utk konvo pada sbtu pagi...pergghhh...sungguh hectic hidup ni...berilah hambamu ini kekuatan dan kesihatan yang baikk....amin...

till then,jjmpa nx entry..

Thursday, October 29, 2009

Kenduri kahwin

Salam
Esok akan bertolak ke Simpang Renggam,Johor menghadiri kenduri kahwin sepupu saya..rasanya,belah johor ni dh lama tk buat keje kawin,bulan doblas saya ada 3 umah..kena la bagi2kan umah mana nk pegi...

Mggu depan bebudak exam,so ada relax sket,mggu berikutnya saya konvo plak..ish..ish..bz sungguh,nk amik jubah kena plak hari biasa,so kena mintak cuti la jawabnya..sib baik dpt sidang Sbtu pagi,habies awal sket...tapi,for sure nk berebut parking la plak sbb buat kat PWTC nun...tak sbrnya nk sarung jubah kali kedua...heheh....

Till then,jmpa lagi nx entry..

Saturday, October 24, 2009

Ismah Beach Resort

Salam
Seharian tadi smpai dekat kul 3,ckgu skolah berkampung kat Ismah BEach Resort,Pantai Kemunting,Pengkalan Balak..yg dulu terkenal dgn kes bab** tu...mengagau gak la nk cari tpt ni sbb tak penah pegi,so bila smpai cam best plak,sbb mmg tepi pantai,astu ada pusat pemeliharaan penyu..siap leh pegang2 lagi..hhehee..jakun betul..

Resort ni mmg cantik,bersih,tersusun dan room rate pon tak mahal.RM60 utk satu chalet,dan pakej 2 hari 1 malam (BBQ) hanya 120.00 je minimum 20 org...dlam kepala nk ajak cik abe lepak kat sini,or geng2 kmc ke atau mmber2 sebatch nanti...saje release tensen ...smbil main dgn penyu..keh..keh..keh...

Pendftaran kul 8,tapi ramai gak yg sesat sbb tak penah smpai...so,start Modul 1 pon dah kul 8.30 pagi..ngantuk gak la,sbb saya yg kena drive.then,smpai gak tpt tu,berjaya gak..heheh...takpenah drive jejauh ni,paling jauh pon balik KL je..ekekek...poyo je..

Modul 2 mmg best sket,sbb penceramah jmputan Datuk Dr Baba, bekas pelajar MHS dan juga one of the volunter dalam MERCY yg kena tembak kat Iraq sblm ni..Saya mmg salute dgn beliau ni, sbb kuat semangat,even kaki sblh kiri mmg dah totally dead(takleh bergerak sgt sbb saraf byk mati),tapi beliau tetap meneruskan kerja2 amal yg mmg kadangkala terpksa bergadai nyawa...bila tunjuk video ttg keadaan di Iraq dan kisah beliau di Afganistan,sesungguhnya kita di bumi Malaysia ni haruslah bersyukur dgn limpahan rezki,keamanan,kedamaian,terlebih makan, dan segala2nya dan tidak terdpt di sesetgh negara.ish..ish...insaf sungguh la...

Moral of the story,bersyukurlah dgn apa yg ada skrg ni,hargailah dan sentiasalah beringat akan nikmat yg diberi.Jika satu hari nti ditarik oleh Allah nikmat tu, barulah tau bagaimana keadaannya kan...

Wednesday, October 21, 2009

Aktiviti bla..bla..bla..

Salam
Sungguh penuh agenda dah ujung2 tahun ni,di sekolah terutamanya sesi jamuan ada pelbagai tpt,jamuan kelab,jamuan kelab staf,jamuan kemenangan dan sesi hoye2 bersama kawan2 sebatch...

Nx month pulak, saya konvo kat PWTC, so terpksa amik cuti sbb kena amik jubah, dan tak cnfirma ada rehearsal atau tak...otherwise, mmg tak dpt la nk join jamuan kelab staf bln depan...

KEje opis mcam biasa,rezki dari ALlah amat2lah saya syukuri, dan keje yg ada pon tak abes2,siap satu datang satu, begitulah adanya.....so,moralnya,ada rezki lebih,kenalah byr zakat lebih nanti...

TIll then, takde news apa sgt, cuma bz dgn sekolah dan anak2 murid.Rasanya saya tak bercadang nk smbung kontrak sbg guru ni,sbb penat dan ada agenda saya yg masih blm tercapai...mudah2an usaha saya dipermudahkan ALLAH...amin....

Thursday, October 15, 2009

Deepavali

Salam
lama tak update blog rasanya, bz dgn sekolah dan kerja di opis.Sekolah tak amik cuti gnti utk Deepavali bagi hari jumaat dan senin,so sekolah sekitar mostly cuti...hari ni cuma ada temu mesra dgn ibubapa bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 atas, form 3 nye program semua dok dalam kelas,yg melayunya pon bukan main sebok cuti sndri,ramai tak dtg sekolah,mcm dia plak yg beraya..sabau jelah....

Ptg atau mlm ni,saya blk KL..ada taklimat perniagaan TelCO Post kat Menara Rebung,TM di KL...kot2 ada peluang niaga baik bila kedai dah dpt CF nanti...till then, nti smbung semula...byee...

Monday, October 12, 2009

mY oPEN hOUsE..

Salam
Akhirnya termakbul juga hasrat nk buat open hse,setelah tertangguh berkali2,gara2 ketidaksempatan masa dan waktu...Alhamdulillah,jumlah yg hadir pon boleh tahan,makanan pon tak membazir,dan terima kasih bebyk pada Naza yg sudi membantu saya kemas pinggan mangkuk...so,dia dpt la upahnya..hehe...

Kepada yg hadir semalam,terima kasih kerana sudi berkunjung ke umah yg tecit tu,bersesak2 time amik makanan,kalau ada yg kureng haraplah maap yer,tuan gumah pon tak sngka ramai yg datang..heheh.....

Apa2pon, dalam kemeriahan raya ni,kita perlulah bersyukur,tak spt saudara kita di Padang yg ada terpaksa makan nasi basi (recycle semula) sbb tak dpt bantuan...moga kita sentiasa di dalam lindungan Allah taala..amin....

Wednesday, October 7, 2009

Open house

Salam
Kebizian melampau skrg ni,especially kat skolah dan opis...hajat nk buat open house blom tercapai,sbb bz sokmo termasuk hari minggu...so,kesempatn yg ada memenuhi jmputan rumah orang,dpt makan free..heheh....

nti update kemudian,ni nk buat program bebudak pas PMR plak..fenin..fenin...

till then,see on nx entry...

Friday, October 2, 2009

Kisah orang..

Salam
Bersembang dgn salah sorang kawan saya,tentang kisahnya,membuatkan saya terfikir tentang apa nk jadi dgn zaman skrg ni yer? sbbnya kisahnya adalah mengenai seorang isteri yg dok serumah sebumbung dgn suami tapi dah berbulan2 tak bertegur sapa..sorang ikut pintu depan,sorang ikut pintu belakang...memasing ego agaknya nk berbaik2 tapi nampak gayanya si suami lebih bertolak ansur berbanding pasangannya...
Komen saya satu jer,kalau dah tak boleh nk bersabar,sbb cuba berbaik pon tak jalan,tambah2 si suami memerlukan nafkah zahir dan batin,adalah lebih baik berpisah saje kan...sbb nama je serumah,tapi macam orang asing...

Kisah dia teringat cite tntang staf imigresen yg berkhalwat dgn lelaki bkan Islam ketika si suami nk surpise besday dgn bawak kek,tapi lain plak dapat hadiahnya yg lebih hebat dari si isteri. Nampak akhir zaman ni,sumer dah terbalik, yg perempuan menjadi tuan berbanding suami yg jadi hamba...kadang2 r/tangga ni mmg byk sgt dugaannya,Allah uji dgn mcam2 perkara,dia takkan bagi kita gembira sentiasa,tapi diduga dgn ujian supaya kita tidak terleka dan terlupa...buat peringatan diri saya sndiri,moga kisahnya menjadi iktibar supaya lebih taat pada suami,menghormati suami sepatutnya,dan berikan segala2nya pada suami supaya senang nanti nk masuk syurga kan..kan...

Kisah orang..

Pindah..

Pandangan dari tingkat 1..



Baru lepas pasang tile..



Salam
Dah beberapa hari tak update blog ni,kebizian melampau dan tahap kemalasan maksimum jadi punca..hehe...plus penat dgn hal sekolah lagi dan anak2 didik...dah ujung2 tahun ni la mcam2 program nk buat..pasni nk settle kan soalan2 utk budak2, nk prepare markah kerja kursus,program utk bebudak pas PMR dan macam2 lagi...

Kali ni nk citer pasal pindah opis..actually opis skrg ni abg ipar saya punye,saya tumpang bayar sewa sket jer, sbb opis pon besar..but now,abg ipar saya beli lagi satu tingkat atas opis skrg ni,sbb bawah nk buat storage utk barang2 kapal dan apa2jelah..tetiba dia bgtau,ahad ni semua suh naik atas, dah ler fail betimbun,nk angkat meja mmg berat la sbb bkn jenis meja biasa...tapi,nk wat camna kan..yg menurut perintah jelah...sbnrnya,ada kebaikan pindah opis atas ni,more privacy sbb yg kat bawah ni slalu agen2 kapal dok lepak la, staf kuar masuk,bakar umah nyamuk lagi(pepaham la ek),nk buat keje2 yg yg privacy sikit pon susah...

So,ni beberapa pic yg smpat upload sblm nk loading barang dari opis bawah...

Tuesday, September 29, 2009

Tag Imam..

Salam
Ni nk jawab tak dak Imam...cite time kecik2 dulu...







Peraturan: Letakkan gambar sewaktu kecil anda. Adalah baik sekiranya anda menulis 20 perkara yang orang tidak tahu semasa kecil anda. Pada penghujung entry, anda harus memilih 5 orang untnk ditag...sesape nk jawab pon bule...

1) Lahir pada 6/7/77, tak smpat nk tggu 7/7/77..kalau tak mmg nombor cantekkk...
2) Lahir sebagai anak sulung dari 5 beradik,adik ke3 meninggal sbb hepatitis B.Kalau
arwah masih ada,skrg berumur 27 tahun
3) Time baby jer,mmg tak cukup berat,so si ibunya sumbat segala vitamin,tu yg membesar bagai johan sekarang..heheh..
4) Dulu kecik2 dok kat Bt 4,Gombak,astu berpindah ke Taman seri gombak,astu baru beli
umah kat Cheras sehinggalah sekarang.
5) Kecik2 mmg slalu bergaduh dgn adik no 2,sbb dia pendengki dan suka melalak,skali
kena libas dgn getah paip..sakit dowwwh...
6) TIme kecik seorang yg pendiam,lebih suka tido jer..skrg pon suka tido gak..
7) Kecik2 alergi dgn daging ayam,kalau makan jer sume badan bengkak cam makhluk ijau
hulk tu..keh.keh..keh..skrg bedal je apa suka
8) Sekolah kat SK Gombak 1, penah kena denda masa darjah 2 sbb tak hafal note muzik
apalagi, berdiri atas kusi..
9) Alergik bila kena gigit nyamuk,sure bengkak sana bengkak sini..cam puteri la kunun..
10)kawan2 time kecik ada pelbagai kaum masa dok kat GOmbak, ada cina dan india..time tu glamer sbb tinggi..

apa lagi tah, dh lupa la time kecik2 dulu..nti kalau igt saya tambah...paler pon tgh blur je ni...

Nak bagi taq ni pada - Coco, Acai, Ezlin, Shida, Kak LIza...

Monday, September 28, 2009

Dah sekolah..

Salam
Mggu persekolahan ni lemau gak la.sbb kena bangun pagi,bersiap2 ke sekolah dan ngadap anak2 murid yg sengal..hehehe...

Bebudak pon ada yg tak dtg full, masih ada yg beraya agaknya....so,cuma tinggal beberapa bulan sesi persekolahan, dah sekejap je nak abes 2009,astu masuk plak 2010...thn depan plak tatau mcam mana...

mood raya masih ada lagi, cuma tak smapt nk beraya umah kengkawan, sbb bz dgn keje dan sekolah,hpfully by ths weekend dpt buat jamuan raya, insya'allah jika badan sihat dan ada kelapangan...

till then,nk jawab tag dak imam tak smpat la..heheh...

Thursday, September 24, 2009

Aidilfitri 2009

Assalammualaikum

Rasanya raya kali ni agak best,sbb sakan beraya ke umah sedara sebelah johor dan belah suami di Melaka. As usual,setiap tahun,semua adik beradik sebelah suami akan berkumpul pada malam raya di umah mentua,utk sesi makan2,astu bermaaf2an dan mengagihkan duit ghayer sesama anak buah...kali ni,mak2 pon dpt,bukan bebudak jer..heheh....ni antara ektibiti time raya mggu ni :

Raya pertama...

Selepas semayang raya,berkonvoi bersama abg long,pak umau dan ali serta kusma ke umah sedara di Bukit Pegoh.saya smpat pegi 3 umah je sbb perut dah meragam.Smpai umah dah dekat zohor,solat dan titun,sakit paler pon yer sbb panas...then,dok umah je kot2 la ada org nk datang...Malamnya plak beraya ke umah pak umau,sembang2 smpai kul 10 lebih,astu langsung ke umah mentua utk tgk lauk ada yg ada...kat sana yg ada cuma abg long dan kak ija sefamili,depa ni balik Kluang esoknya...lepak2 jap smpai kul 12..

Raya kedua...
Ibu,adik dan imi smpai melaka kul 9.30pagi, kitaorg satu kete bertolak ke Johor.Ayah tak ikut sbb jaga umah, nazrul dan fid bertolak dari Klang,so smpai mgkin petang.
Kat highway,ktorg berenti 2x sbb perut buat hal..pergghhh...tulah,makan semuanya bedal masuk,tekejut la perut tu...then,smpai JB kul 2 ptg,yg ada cuma mak piah,mak uda dan pakcik rashid,yg nk bertolak balik ke Segamat.
Lepak2 jap,astu pas maghrib terus ke umah atuk Jiman, umah wajib pegi kalau raya kat Johor...pastu tatau nk pegi beraya mana, balik umah jap salin baju then terus ke Danga Bay,ramai gak orang kat sini,even time raya...smpat la berkayuh naik beskal roda 4 tu,pengsan gak la sbb nk ngabihkan masa 45 minit tapi seronok....

Raya ketiga..
Yang ni paling meriah la,sbb dalam pada nk blik Melaka,singgah jap di Benut,jmpa sedara dan sepupu...memula pegi umah Mak piah dan Mak Uji kat Kluang,astu umah Tok teh ,astu umah maklong,astu umah kak Liza,astu umah kak sheila ..perghh..makanan setiap umah plak berbeza2,umah mak piah dh siap masak nasi,smbal belacan,ikan smbal dgn mee rebus,umah mak uji plak nasi dagang,mihun sup dan semua sedap belaka...perut dah ketat ni,ada lagi 4 umah..smpai umah Tok Teh,tgk pon takde napsu sbb kenyang dan penat,umah kak liza makan samosa,umah kak sheila buat nasi himpit goreng....jamah sket jer sbb tong dah penuh...heheh....bertolak ke Melaka jam 4.30 ptg,dan smpai melaka dekat maghrib....Nazrul dan imi tdo semalam kat Melaka,esok baru balik KL..

Raya Keempat..
Plan nk ikut balik KL sekali,tapi cik abe ada hal,so saya je ikut balik lepak KL smpai Sabtu,sbb plan nk buat sedikit jamuan raya hari sbtu ni...cik abe akan menyusul kemudian hari sbtunya.....so,skrg ada di KL,masih lagi beraya kat umah jiran terdekat,plus jenjalan kat JJ cuci mata...heheh....

Till then,nilah sebahagian gmbar time raya baru ni, rugi sbb tak amik gmbar kami berdua dgn baju pink time raya pertama....

Umah maklong,akak ibu yg sulung...



Umah kak liza yg serba hijauuu...



Umah tokteh/Nek usu..adik atuk..



Umah makyah kat Kluang..



Adik beradik ibu..kat umah Mak usu di JB..



Sesi bergambar time rehat berkayuh...



Cameraman buat lawak time ni.



Danga Bay..





Me and abg kat umah mak usu..JB..

Monday, September 21, 2009

Pesta makan...

Salam
Berakhir sudah ramadhan, maka skrg bulan syawal,semua umat Islam meraikan setelah sebulan berpuasa...yg paling istimewa,dpt jugak bersembahyang hari raya,berbaju baru dan bertelekung baru..utk tema tahun ni,kami bedua pilih kaler pink,sama plak dgn adik ipar dan akak ipar..heheh....

1st day ghayer kat melaka, isi perut cam tak henggat,tu pon saya cuba elakkan air bergas,kalau tak mmg lagi kronik la..makan ala kadar je pon,tapi sbb inputnya macam2,so paham2 jelah...

Raya kedua (hari ni) kami betolak ke JB, pegi satu kete je,imi adik dan ibu turun melaka astu naik kete saya...nazrul dan fid bertolak dari Klang,mybe mlm baru smpai...Di JB, yg ada cuma mak usu,mak uda dan makyah..yg lain lom smpai lagi kot..hujan kat sini, sejuk sket...

Esok baru balik ke Melaka,singgah kejap kat Benut jmpa maklong dan sepupu sepapat yg lain...moga2 perjalanan kami selamat pergi dan balik...amin...

Till then, tak smpat nk amik gmbr bedua time ghayer,sibuk beraya sokmo..

Saturday, September 12, 2009

E-Card




Salam semua ahli blogger yang dikasihi

Dikesempatan ini saya mengirimkan kad raya ni kepada semua pengunjung setia blog ini seperti imam yg tembam, qaseh yang maintain kurus, BL yang hepi go lucky,Serindit yang gila2,Alifinara yang cool, Acai yang kontrol ensem dan juga kepada semua yang mengenali diri ini...

Ampun dan maaf diminta, jemputlah datang umah, tapi jgn dok gatal nk miintak duit ghayer yer, utk anak2 takpe..heheehe....

Lailatul Qadar

Salam
Esok baru balik melaka,so sempat berterawih kat surau taman saya.Penat hari ni sbb my mum masak utk surau,ada jamuan makan berbuka puasa utk 50 orang,kata nabi,byk pahalanya menyediakan makanan utk org berbuka, walau tak mampu bagi lauk segalabagai,sebiji kurma pon dah memadai...untungnya yg kat umah,si ibu yg paling byk mendpt pahala berganda kerana menyediakan makanan utk berbuka..

Tazkirah hari ni adalah berkenaan jihad dan tips2 persediaan menghadapi malam lailatul qadar.Time topik jihad tu mata dh stim nk tido,tapi masuk topik lailatul qadar mostly jemaah minat nk dengar,saya pon 1st time dgr tentang tips utk menghadapi mlam yg dinantikan ini. Slalu org kata kena tggu malam ganjil,semayang malam,buat amal dsb tapi tips2 ni bule diamalkan utk malam2 terakhir ramadhan ini bagi menambahkan pahala.

Antara yg saya ingat :

1) menggembirakan ibu bapa,cuba penuhi tuntutan mereka spnjg ramadhan ini,berbuka bersama, membeli keperluan rumah dan apa sahaja ;dan pahalanya berganda utk mggu terakhir ramadhan

2) Menyempurnakan hajat bagi suami/isteri agar tidak merasa kecilhati terutama pada malam2 terakhir ramadhan

3) Bykkan berzikir pada Allah, terutama 3 yg utama - Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar setiap hari 100 kali dan digandakan pada malam2 ganjil

4) PErbanyakkan sedekah di mggu terakhir ini, kerana pahala nilai 1 riyal = 300 riyal.so lebih byk sedekah,lebih byk pahalanya...

5) mengerjakan amalan2 sunat,doa sepanjg waktu serta dikuatkan iman utk mengerjakan solat malam..

6) Memberi makan orang berbuka,samada mengajak tetamu berbuka dirumah atau memberi makanan kepada jiran tetangga

Ni antara yg saya igt,sbb tak bwk buku dan pen...mengikut kata ustaz tadi,jika kita berupaya melakukan perkara2 seperti diatas, Allah akan permudahkan kita berjmpa dgn lailatul qadar dan niat kita mesti ikhlas utk beribadat kepadaNya.

Kepada semua rakan2 yg disayangi,moga kalian dpt memanfaatkan hari2 terakhir ramadhan dgn menambahkan ilmu dan amalan kita. Tahun depan,belum tentu kita akan berjmpa dgn bulan ramadhan...wallahualam..

Thursday, September 10, 2009

Penghujung ramadhan

Salam
Rasa kejap je masa berlalu,yg lepas menjadi sejarah,hari ini menjadi cerita dan esok masih misteri...heheh...utk ramadhan kali ini, hajat nk terawih secara istiqamah di masjid tak tercapai...ada beberapa sebab yg mgkin membataskan diri,penat seharian di sekolah, keje di opis, terlebih makan time berbuka (kat hotel tu la), ikut sgt nafsu malas ni, and at the terawih di rumah jer...tu pon kadang2 asyik sangap jer...subhanallah...apalah nk jadi aku ni...(peringatan utk diri sndiri)...

Utk 10 mlm terakhir,yg dah bermula ni, akan ditanamkan azam (sekurang2nya berniat) nk bangun malam,at least solat hajat 2 rakaat memohon padaNya hajat yang masih belom tercapai...niat tu slalu ada,tapi time nk bgn tu , aduhmakkk....susah betul nk tinggalkan bantal yg empuk tu....ni bukan syaitan lagi ni,ni sume nk berperang dgn nafsu (lagi peringatan utk diri sndri)...

"Ya Allah, kuatkanlah imanku dan tetapkanlah niatku utk beribadat kepadamu..Sesungguhnya aku berasa rugi tidak merebut peluang yg diberi kepadaMU sepanjang ramadhan ini...."

Moga2 ramadhan kali ini bermakna buat saya dalam ertikata peningkatan ibadah, takkan nk sama je macm tahun2 lepas kan,patutnya umur dah meningkat ni so ibadah tu mestilah superb....

Pada semua, selamat menunaikan ibadah di hari2 terakhir ramadhan, jgn lailatul di shopping complex yer...heheh....

Tuesday, September 8, 2009

Anniversary

Salam
smlm berbuka kat hotel mahkota,kunun nk celebrate anniversary ler...kitaorg tak plan pon,saje slmba gi hotel ni ,sib baik tak penuh..heheh..bz betul lately, sbb most of the vessel order makan utk celebrate hari raya,pepaham la kan...just tepek a few photo,mmg puashati dgn makanan yg semua sedap,eventhough tak dpt nk try sume sbb perut tecit...tu pon tak amik nasi,sume bedal lauk jer...heheh...

Ada gak malaun sekor ni,yg terang2 keje Pet*** kat melaka ni,slmba amik roti astu makan...rasa nk telangkup je muka dia kat tpt bakar kebab tu,dah la tak posa,kot ye pon sbar2 la...geram betull perangai manusia zaman skrg ni..

Hotel Mahkota



List of food...ada lebih kurang 12 gerai dgn various food..perghh..heaven betul..



muka dah kenyang..



cik abe bersungguh2 makan..