SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Saturday, September 12, 2009

Lailatul Qadar

Salam
Esok baru balik melaka,so sempat berterawih kat surau taman saya.Penat hari ni sbb my mum masak utk surau,ada jamuan makan berbuka puasa utk 50 orang,kata nabi,byk pahalanya menyediakan makanan utk org berbuka, walau tak mampu bagi lauk segalabagai,sebiji kurma pon dah memadai...untungnya yg kat umah,si ibu yg paling byk mendpt pahala berganda kerana menyediakan makanan utk berbuka..

Tazkirah hari ni adalah berkenaan jihad dan tips2 persediaan menghadapi malam lailatul qadar.Time topik jihad tu mata dh stim nk tido,tapi masuk topik lailatul qadar mostly jemaah minat nk dengar,saya pon 1st time dgr tentang tips utk menghadapi mlam yg dinantikan ini. Slalu org kata kena tggu malam ganjil,semayang malam,buat amal dsb tapi tips2 ni bule diamalkan utk malam2 terakhir ramadhan ini bagi menambahkan pahala.

Antara yg saya ingat :

1) menggembirakan ibu bapa,cuba penuhi tuntutan mereka spnjg ramadhan ini,berbuka bersama, membeli keperluan rumah dan apa sahaja ;dan pahalanya berganda utk mggu terakhir ramadhan

2) Menyempurnakan hajat bagi suami/isteri agar tidak merasa kecilhati terutama pada malam2 terakhir ramadhan

3) Bykkan berzikir pada Allah, terutama 3 yg utama - Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar setiap hari 100 kali dan digandakan pada malam2 ganjil

4) PErbanyakkan sedekah di mggu terakhir ini, kerana pahala nilai 1 riyal = 300 riyal.so lebih byk sedekah,lebih byk pahalanya...

5) mengerjakan amalan2 sunat,doa sepanjg waktu serta dikuatkan iman utk mengerjakan solat malam..

6) Memberi makan orang berbuka,samada mengajak tetamu berbuka dirumah atau memberi makanan kepada jiran tetangga

Ni antara yg saya igt,sbb tak bwk buku dan pen...mengikut kata ustaz tadi,jika kita berupaya melakukan perkara2 seperti diatas, Allah akan permudahkan kita berjmpa dgn lailatul qadar dan niat kita mesti ikhlas utk beribadat kepadaNya.

Kepada semua rakan2 yg disayangi,moga kalian dpt memanfaatkan hari2 terakhir ramadhan dgn menambahkan ilmu dan amalan kita. Tahun depan,belum tentu kita akan berjmpa dgn bulan ramadhan...wallahualam..

Thursday, September 10, 2009

Penghujung ramadhan

Salam
Rasa kejap je masa berlalu,yg lepas menjadi sejarah,hari ini menjadi cerita dan esok masih misteri...heheh...utk ramadhan kali ini, hajat nk terawih secara istiqamah di masjid tak tercapai...ada beberapa sebab yg mgkin membataskan diri,penat seharian di sekolah, keje di opis, terlebih makan time berbuka (kat hotel tu la), ikut sgt nafsu malas ni, and at the terawih di rumah jer...tu pon kadang2 asyik sangap jer...subhanallah...apalah nk jadi aku ni...(peringatan utk diri sndiri)...

Utk 10 mlm terakhir,yg dah bermula ni, akan ditanamkan azam (sekurang2nya berniat) nk bangun malam,at least solat hajat 2 rakaat memohon padaNya hajat yang masih belom tercapai...niat tu slalu ada,tapi time nk bgn tu , aduhmakkk....susah betul nk tinggalkan bantal yg empuk tu....ni bukan syaitan lagi ni,ni sume nk berperang dgn nafsu (lagi peringatan utk diri sndri)...

"Ya Allah, kuatkanlah imanku dan tetapkanlah niatku utk beribadat kepadamu..Sesungguhnya aku berasa rugi tidak merebut peluang yg diberi kepadaMU sepanjang ramadhan ini...."

Moga2 ramadhan kali ini bermakna buat saya dalam ertikata peningkatan ibadah, takkan nk sama je macm tahun2 lepas kan,patutnya umur dah meningkat ni so ibadah tu mestilah superb....

Pada semua, selamat menunaikan ibadah di hari2 terakhir ramadhan, jgn lailatul di shopping complex yer...heheh....

Tuesday, September 8, 2009

Anniversary

Salam
smlm berbuka kat hotel mahkota,kunun nk celebrate anniversary ler...kitaorg tak plan pon,saje slmba gi hotel ni ,sib baik tak penuh..heheh..bz betul lately, sbb most of the vessel order makan utk celebrate hari raya,pepaham la kan...just tepek a few photo,mmg puashati dgn makanan yg semua sedap,eventhough tak dpt nk try sume sbb perut tecit...tu pon tak amik nasi,sume bedal lauk jer...heheh...

Ada gak malaun sekor ni,yg terang2 keje Pet*** kat melaka ni,slmba amik roti astu makan...rasa nk telangkup je muka dia kat tpt bakar kebab tu,dah la tak posa,kot ye pon sbar2 la...geram betull perangai manusia zaman skrg ni..

Hotel Mahkota



List of food...ada lebih kurang 12 gerai dgn various food..perghh..heaven betul..



muka dah kenyang..



cik abe bersungguh2 makan..

Sunday, September 6, 2009

Nuzul Quran..

Salam
Peristiwa turunnnya Al-Quran yang pertama kepada nabi junjungan Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat sehingga lengkap ke hari ini.Ayat Al-Quran yang yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantara malaikat Jibrail adalah 5 ayat pertama dari Surah A-Alaq.

Kepada semua umat Islam, hayati setiap bacaan dalam Al-Quran, perbanyakkan baca Al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini,sekurang2nya membaca sepotong ayat,yg mana pahalanya adalah berganda di bulan ini...ambillah sebanyak mungkin kebaikan di bulan mulia ini yang mana lebih baik dari seribu bulan.kadang2 manusia ni kena selalu diperingatkan,sbb mudah lagha dgn hal2 dunia ni...Dah mggu2 akhir ni patut kena bertambah la amal tu ye dak,ini sibuk nk pgi shopping,sanggup tak pegi terawih sbb nk buat kuih raya dan macam2 lagilah...kalau ada yg terasa,maap la yer...sbb mende2 tu bule dibuat waktu lain, bukan time2 yg patut kita beribadat kepadaNya...

Sekadar ingatan buat diri sndiri....

p/s: berpesan2lah kamu walau sekadar satu ayat..

Saturday, September 5, 2009

Garisan yang lurus

Salam
Sape tengok citer ni kat Astro Ria smlm? clash dgn citer Jebat kat TV3? hehe...pas je terawih terus bukak tv layan citer ni..1stly,tahniah la pada pengarahnya sbb garapan cite yg mmg baik dan berkesan,pelakon Nurkhiriah pon bagus,pandai mainkan watak sedih sebgai GRO yang telah termengandung anak luar .Tapi,apa yg paling penting adalah msg yg cuba disampaikan, saya igt antara dialongnya seperti : jangan suka menjatuh hukum kat orang tentang syurga dan neraka,dosa dan pahala sedangkan diri yang menjatuh hukum tu belum tentu baiknya....nak tau kebenarannya, akan dinilai ketika dia melalui satu garisan yang amat halus dan lurus iaitu titian Siratulmustaqim...Masya'allah, saya pon kadang takut hal2 mcm ni kena kat saya, suka tgk orang tu mcam ni,camtu la...minta2 dijauhkan...Perkara ni mmg byk berlaku pada zaman skrg,terutama manusia akhir zaman ni..asal orang tu kureng sket je,on the spot masuk neraka,even itu adalah hak Allah yang menentukannya...

At the end of the story,ada lagi satu yg menarik, petikan dialognya lebih kurang camni ler : sesungguhnya manusia itu boleh berubah tempat dalam sekelip mata iaitu yg beriman boleh menjdi seorang pendosa besar dan begitulah sebaliknya....tuhan tu bagi cash je kan, so kita yg ada ni ambillah iktibar supaya tidak sesuka hati nk jatuhkan hukum pada org lain walaupon pada mata kita orang tu jahat cam spesis tanduk dua tu..wallahualam bissawab..

Wednesday, September 2, 2009

Tazkirah ramadhan...

Salam
Diambil dari website Darussyifa..moga menjadi panduan buat kita semua sempena ramadhan yang mulia ini...

TAZKIRAH RAMADAN

Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN?


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengannya kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?

Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah :

“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa saya).


Amin yarabbal'alamin...

Tuesday, September 1, 2009

Mini gath...

Assalammualaikum...

FInally dpt gath berkumpul sesama rakan blog dan rakan dari KMC forum...memula tu nk makan kat Chalet Kaklong,yg konon2nya ada bufet,skali minimum order 40 orang, so tak jadi la..then pegi ke kedai makan kat jmbtan Duyong tu,tutup plak...pusing lagi,tgk jam dah 6.40ptg, ish..ish...kedai byk tutp plak..nk mkn kat Highway cafe bumbung dia tekoyak, time ptg tadi plak ujan renyai2...kang tak pasal2 tgh bebuka ujan lebat...then2, terpikir nk makan kat kaki5 di Semabok...finally baru la dpt...pergh..gila betul nye keje..heheh...sib baik bukak,kalau tutp gak makan tepi jalan jelah...

Plan nk jmpa dak Imam ni dh lama, patut dia dtg berdua dgn S_malim (rugi ko tak dtg,ada org blnja makan)tapi last minit tak dpt plak...so,imam bawak lagi sorang kawan dia,then kitaorg geng KMC yg ada - Qaseh,Cocobutter dan Naza....

Menunya simple dan mengenyangkan...even nk cari tomyam tapi yg ada ni pon alhamdulillah....bawah ni sebahagian geng2 gathering tadi..ada gmbr agak blur,mybe sbb lmpu kot...

Me and Qase@ceracap qasturi..



Kafe Kaki 5, Semabok..



Saya..tgh tggu geng yang lain..



Naza, salah seorg geng umah Melaka forum KMC..



Imam (geng blogger) and fren..



Pada yg hadir,makacih la sudi memeriahkan suasana dan havoc la tpt tu..hehe..ada rezki kita jmpa lagi...

p/s : S_malim, lengkali bebila pree kita jmpa k,imam nk blnja mkn kat hotel..keh..keh..