SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Tuesday, January 12, 2010

Sampainya hati...

Salam
Terbaca dalam harian metro hari ni,saya sedih baca kisah ini, tergamak seorang anak membuang ayahnya yang baru lepas operation dan dihalau keluar dari rumah,gara sikap isteri yang tak suka dgn ayah mentuanya....Mungkin ada citer disebaliknya, tapi kena faham la kan, kita pon akan tua jugak, akan berperangai budak2 kalau smpai masanya, silap2 anaknya buat kat dia balik,malah lagi teruk agaknya...Orang mcm ni,satu je ..satu hari nanti Allah akan bayar tunai atas perbuatan yang dibuat ni,dan tambah berdosa kalau diperlakukan pada si ibu...nauzubillah...dah la sblm ni ada kes 2 beradik dok berebut harta kat kubur ibunya, bukan nk tolong sama kebumikan,tapi ditanya pulak harta yang ditinggalkan si ibu...

Manusia akhir zaman ni kan,mmg dh mcam kembali ke zaman jahiliah gamaknya, buang janin merata2, sumbang mahram, zina suami/isteri orang, cerai dah jadi mcm biasa dan macam2 la...ni pon kes membuang ibu bapa semakin menjadi2,yg teruknya tu semua orang islam....

Pada yg masih ada ibubapa,hargailah mereka seadanya, kadang2 kita pon nak marah, naik angin dan mcam2 la kan,dgn peel org tua ni,tapi ikutkan jelah..umur mereka pon bukan lama lagi atas dunia ni,berbaktilah selagi terdaya, insya'allah anak2 kita pon akan mengasihi kita sepertimana seadanya...




Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.


“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.


Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.


Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.


Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.


Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.


Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Sunday, January 10, 2010

Xtvt ujung minggu..

Salam
actually dah terlupa pon smlm final AJL,sbb sibuk kat opis buat keje,tgk kat kedai sbb lapar nk makan...tu pon,dah final...tahniah tu Aizat,Yuna dan Faizal..tak mengikuti sangat pon AJL ni, sbb takde masa.heheh..(syibuk la kunun tu..)

Sabtu baru ni, saya berhoye2 dgn geng KMC - Kak umi,iss,teq,coco dan naza..kitaorg jmpa kat Satay D'Celup, restoran baru kat DP..ok gak la,saya suka nasi lemak ayam kampung,mmg sedap dan banyakkk...astu,order yg satay cucuk celup dalm kuah pon sedap gak la...gmbr takde sbb tak bwk kamera..pada yg dpt hadir, terimakasih memeriahkan suasana..harap dpt buat lagi lepas ni...

Till then, nk smbung keje...to Imam,slmt belayar...

Thursday, January 7, 2010

So colorful...

Salam
Sure ada yg sakit mata masuk blog ni, dgn design baru tema 70's,al-maklumlah saya nk kan dah tua..hehe....

Saje takde keje,sbb penat betul dok buat quotation and sorting finalise order...berpinar2 tgk nombol(bhs owang melaka)..hhehe...

Pada ada yg tetinggal tu,tgh cari balik blog kawan2 yg lain..sowi ek..makcik dah tua...

till then, nti upload pic geng2 kmc yang plan nk bergader2 kat D'Celup...

Wednesday, January 6, 2010

Cerita 2010..

Salam
Masuk tahun 2010,berita dikejutkan dgn pembunuhan 4 beranak secara kejam di Gemencheh, NS.Yang sedihnya, 4 beranak tu dipotong tangan,putus kepala dan ditetak oleh penyerang yg merupakan abg kepada Siti Khadijah dan cucu kepada salah seorang mangsa tersebut...nauzubillah....Kalau ikut berita semalm,ahli keluarga yang rapat kepada mangsa menyatakan, penyerang mempunyai masalah mental,dan bukan dibawah pengaruh dadah...seram betul la sekrg ni,membunuh dah jadi kebiasaan,gaduh sikit je,nk berbunuhan, tegur sket pon blh kena bunuh...

Berita lanjut dibawah ,dipetik dari Metro hari ini...

Penyerang yg ditahan di LRT Masjid Jamek,KL....



Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.

Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

Tuesday, January 5, 2010

Tahun baru yg bz..

Assalammualaikum..

Sempena tahun baru ni, ibubapa bz dgn anak2 nk masuk sekolah, yg pas exam dok sibuk cari keje,pas PMR sibuk nk masuk asrama, saya ? bz dgn kerja2 opis...alhamdulillah,rezki awal tahun...bule la...buat masa ni...

Plan nk balik KL tatau dpt ke tak ni,ada wedd kawan saya ahad ni...plus bz nk htr barang2 ke kapal..byk plak ujung mggu ni...lom berkesempatan nk lepak2 kat THISTLE / LEGEND kat bawah ni..eeeee....tggu nx week gamaknya...bukan nk mandi laut sangat pon,kemudahan dalam hotel pon dah bestt....

LEGEND WATER CHALET...



THISTLE PORT DICKSON..FORMERLY KNOWN AS GUOMAN...

Saturday, January 2, 2010

ckgu oh ckgu...

Salam
Smlm dpt call dari jabatan berkenaan status saya,samada nk smbng ke takmo,so saya mmg plan takmo sambung. Sbb tak smbung,adalah time constraint yg agak padat di sekolah,sejak MHS naiktaraf kepada sekolah kluster, so ckgu ckgi makin sibuk,aktiviti pelbagai dan macam2 lagi la...nk masuk opis pon dh lewat, astu balik dah penat...atas pegangan rezeki Allah ada dimana2,saya akan fokus pada biz suami saya dan juga biz utk kedai baru nanti..lom tau nk buat apa, tgh tggu CF je nak masuk ni...

Then,budak2 batch saya ada yg dpt MHS semula,atas sokongan pengetua..tahniah pada yg berjaya yer...moga MHS terus cemerlang dan gemilang,plus target nk menang PPDa tahun ni,siap ler korang balik lmbt nanti weiii...

Utk this year,saya dah set up beberapa plan, smbung treatment, pegi umrah(insya'allah), nk sistem semula biz yg ada supaya lebih elok dan tersusun, dan nak ceburi bidang satu lagi,apa dia? heheh..masih dlam perancangan,tatau ada masa ke dak nk buat nehh...

Till then, moga tahun ni akan dimurahkan rezki dan dilimpahi rahmat olehNya..amin...

Friday, January 1, 2010

Mutiara kata..

Salam
Pembuka tahun baru ni dimualai dgn mutiara kata yg dihntr secara sms oleh x-mate saya, berkenaan awal muharram..actually,saya terkesan juga dgn kata2 dibawah sbb ia mmg berkaitan dgn hidup saya dan suami,yg sentiasa menantikan dan terus menanti..

" Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah,
tapi Allah berikan kaktus berduri ...
" Kita meminta kupu-kupu, tetapi diberikan ulat..
Kita pon kecewa,sedih bahkan marah !
" Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali, dan ulat itu menjadi
kupu-kupu yang cantik sekali..
" Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktu-Nya !

" Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah memberi pada apa
yang kita perlukan..
" Kadang kita sedih, kecewa, terluka dan berburuk sangka.Tapi, jauh di atas
segalanya, ALLAH sedang merangkai yang TERBAIK dalam kehidupan kita...
Agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha...
SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITU LEBIH BAIK DARI MANUSIA ADANYA...