SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Monday, May 25, 2015

LATARBELAKANG SHAKLEE CORPORATION DAN PENCAPAIAN SYARIKAT


IBU PEJABAT SHAKLEE CORPORATION YANG TERLETAK DI PLESANTON, CALIFORNIA, USA.



Shaklee Corporation telah ditubuhkan pada 1956 dan merupakan salah satu syarikat MLM yang pertama di dunia. Produk pertama yang dicipta adalah pada tahun 1915 yang dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" yang diformulasikan dalam bentuk cecair ketika itu dan ditukarkan kepada tablet pada masa kini dengan diberi nama Vitalea.
Shaklee adalah sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee. 


Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”





INFO RINGKAS BERKAITAN SHAKLEE CORPORATION :


Latar Belakang Syarikat yang Baik
  • Perintis dan pemimpin dalam pemakanan tambahan iaitu sejak 1955/56
  • Syarikat yang tertua, terbesar lagi kukuh - NYSE/FORTUNE 50
  • Pelopor dalam menjaga alam sekitar dan menekankan nilai murni dalam perniagaannya terutama dari segi penghasilan produk
Makanan Tambahan yang Semulajadi 
  • Produk semulajadi, bukan sintetik @ NON GMO
  • Tiada pewarna, perasa dan pengawet tiruan
Produk Berasaskan Penyelidikan
  • Lebih daripada 250 juta dibelanjakan untuk R&D dan mempunyai lebih 70 saintis yang dilantik untuk menjalankan produk penyelidikan
  • Memiliki pusat penyelidikan sendiri iaitu di :
  1. Hayward California
  1. Stanford Research Park
  • Penilaian semula oleh saintis, penyelidik bebas di institusi berprestij
  1. Chicago Medical School
  1. Yale University
  1. University of Texas
  1. University of Toronto
  • Lebih daripada 50 abstrak & penyelidikan tentang produk Shaklee telah diterbitkan dalam jurnal saintifik
  • 90 Ujian klinikal bercetak
  • 50 tahun pencapaian kajiselidik membuktikan mereka yang mengamalkan Shklee mempunyai kesihatan yang lebih baik
Ujian Klinikal
  • Satu-satunya syarikat yang melakukan ke atas semua produknya
  • Terbukti melalui kaedah sains (products work)
  • Bahan botanikal baru akan diuji oleh pihak ketiga
Piawaian Kawalan Kualiti yang Tinggi
  • Sehingga 176 ujian ke atas bahan mentah
  • Sehingga 262 ujian kualiti ke atas setiap produk akhir (siap)
  • 100% jaminan kepuasan pelanggan


Dengan kekuatan yang dimiliki oleh Shaklee Corporation maka tidak syak lagi produk yang dijual adalah selamat dan sihat serta dapat membantu ramai orang menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sebagaimana pelbagai produk segera yang terdapat di pasaran Malaysia, seharusnya individu seharusnya lebih bijak dan berhati-hati dalam memilih  produk yang memberikan kesan yang 'segera' berbanding produk yang memakan masa tetapi memberikan kesihatan yang lebih baik berbanding memudaratkan di kemudian hari.

ANDA SIHAT, ANDA BAHAGIA...:))


Sunday, May 24, 2015

DR. FOREST C SHAKLEE SEBAGAI PENGASAS TERHEBAT PRODUK SHAKLEE

Assalammualaikum. Bismillahirrahmannirahim.


Kebiasaannya nama sesuatu produk juga berkait dengan pencipta @ creator produk tersebut.Produk Shaklee diambil sempena nama pengasasnya iaitu Dr Forrest C Shaklee dan merupakan salah satu produk perniagaan MLM yang tertua di dunia. Ia ditubuhkan pada 1 April 1956 dengan memegang falsafah "Living in harmony with nature".

Beliau dilahirkan pada tahun 1894 dan sejak kecil beliau telah menghidap penyakit batuk kering dan pada ketika itu semua doktor bersetuju bahawa beliau tidak mampu untuk hidup lebih lama.Kesian kan? Tapi yelah di tahun tersebut dengan kemudahan perubatan yang terhad segala mungkin penyakit boleh menyebabkan kematian dengan cepat kerana ubat-ubatan yang terhad. 

Maka dengan sebab itulah keluarga beliau telah berpindah ke tempat lain (dari kawasan lombong arang batu) ke kawasan yang lebih subur dan dapat menghasilkan tanaman semulajadi.  Tahap kesihatan beliau semakin pulih dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan persekitaran yang baik. Penemuan multi-vitamin pertama beliau adalah  pada tahun 1915 dan ia dinamakan Shaklee Vitalized Minerals. Sekarang ia dikenali dengan nama Vitalea dan merupakan 'signature' produk bagi Shaklee.

Beliau juga merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dengan memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, filosofi,bio kimia dan divinity. Selain daripada itu, beliau turut mempraktikkan ilmu chiropractor dan kemudiannya pada usia 65 tahunbeliau menubuhkan Shaklee Corporation bersama dua anaknya untuk berkongsi produk yang telah dihasilkannya.










Kekuatan sesuatu produk adalah bergantung kepada berapa lama ia mampu bertahan di dalam pasaran serta penambahbaikan ke atas produk yang dihasilkan. Maka tidak waswas lagi produk Shaklee adalah di antara produk suplemen yang terbaik dihasilkan dan masih bertahan sehingga sekarang.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut, kita boleh sembang2 dengan wassup saya  Iza 016 646 2121. InsyaAllah saya akan berkongsi tentang apa yang telah saya amalkan...

Nanti bersambung di entry selepasnya...:))

Wassalam..

Semangat juara membara....:)

Assalammualaikum ....

Alahai dah bersawang betul blog ni, dok sibuk kat blog namidashoppe je,padahal ni le blog pertama yg dikarang..hehe....

Macam poyo je kan tajuk kat atas tu, tapi ada makna sbb tah macam mana tetiba dtg mood rajin join contest blog Hantu ni..hikhikhik....harap dpt istiqomah la sepnjg sebulan ia berlangsung dan dpt sahut cabaran at least 1@ 2 entry sehari....

Fuh...kiranya klu dh lama tak bersenam tapi tiba2 kena lari atas padang ginilah jawabnya kan, dah saya pon sukarela nk join contest tu , so layankan ajerlah...Tapi, bukan sebab hadiah yg ditawarkan, cuma berharap ia mendatangkan manfaat yg lebih besar lebih dari itu...Dapt berkongsi ilmu, maklumat, cerita dan apa jua utk semua...

Suspen je kan , amende la nk disorokkan la eh...hehe...tunggu jelah entry seterusnya...tapi nk mekap2 jap blog ni bagi cantik...dulu fanatic kat oked, skrg beralih arah ke 'Shukree" plak...heheh....

So, tunggu semangat juara membara kembali...!!!!.

Tuesday, November 25, 2014

MY HEART AND SOUL

Assalam

Saje update, hehe...ada ke orang baca eh..

Bz dgn pembukaan kedai baru, Koleksi Zai Muslimah yg telah beroperasi di Alai,Melaka.

Berkongsi 3 orang,dan semoga dimurahkan rzki utk kami dan seterusnya dpat membantu mereka yg memerlukan..

Ni buah hati pengarang jantung saya...dan setahun umurnya...
nak berkepitttttttttttttttttttttt je manjang, almaklumlah fully bf.Alhamdulillah syukur dgn rzki dan nikmat Allah berikan...

JUmpa lagi nanti..hehe...)






Wednesday, March 14, 2012

2012..

Salam semua
Dah bersarang blog ni,aduhai...masa yg sibuk,dgn kerja,anak dan isteri membataskan segalanya..Cuma saya besyukur,rezki tahun 2012 ni alhamdulillah...biz suami pun berkembang dan dpt la senang sikit...:)

Rezki biz online jual Tommee pun bolehlah,sekadar suka2 ,minat dan bantu mereka yg sukar mendapatkan produk tersebut...

Apa2pun,smg apa yg kita buat diberkati Allah,dipermudahkan dan jangan lupa menunaikan segala perintahnya...

Wednesday, November 23, 2011

November dan hijrah

Salam Semua

lamanya bersawang blog ni,pejam celik pejam celik dah nk masuk tahun baru hijrah..usia pon semakin menginjak dan bertmbah,sepatutnya bertmbah juga amal ibadah ye dak..hehe...

Isnin depan bsday si kecil,genap setahun..skrg dah dpt kaki,berjalan ke kejenya satu rumah,penat juga kejar dia tapi seronok sbb dia membesar dpn mata..dari lahir sehingga sekarang,alhamdulillah Aniq senang dijaga,cuma hampir setiap bulan demam tanda beralih bulan@ nk dpt sesuatu yg baru..itulah dia si bujang kesayangan tu....

Smpena bulan hijrah yg bakal menjelma,samalah kita memperbaiki diri ke arah yg lebih baik,diberikan tubuh badan yg sihat utk terus beribadat kepadaNya dan diberikan peluang lagi utk melihat dunia....

Smg azam tahun baru ini tercapai hendaknya....:))

Thursday, September 8, 2011

Selamat hari raya aildilfitri..

Salam semua...
Alhamdulillah syukur,kita masih diberi peluang utk menikmati suasana hari raya dalm keadaan aman dan tenteram,dilimpahi rezki yg luas dan suasana yg ceria tidak sperti saudara kita di Somalia dan Palestin,smg kedamaian akan bersinar buat mereka juga satu hari nanti..

Raya tahun ini,bertmbah ceria terutama dgn kehadiran encik bobot a.k.a muhamad aniq absyar ,yg dah pon berusia 9 bln sywal ni.Alhamdulillah,membesar dgn sihat,aktif,nakal,lasak,comel,suka ketawa,suka menjerit,suka merajuk dan bermcm2 peel dia buat sesuai dgn pertmbahan usia dia...skrg baru nk bljr berdiri,dan bila dh berjalan nanti lagi peninglah saya dok mengejar dia...yg skrg ni pon aduhai...mmg kurus la dibuatnya..hehe..

Spt biasa,raya kali ini mmg meriah dan sakan jugalah...Tahun ni beraya di melaka,anak2 beranak berkumpul pada malam raya dan sesi bergmbar pada pagi raya..seronok dpt dikumpulkan semua...then,beraya ke rumah saudara dan ziarah mereka yg telah berusia...petangnya,ipar duai datang serbu umah dan saya pon tak smpat nk buat apa...makan apa yg ada jelah...:))

Esoknya,raya kedua terus bertolak ke Benut,Johor jmpa sedara dan atuk.Raya sana sini, makan itu ini ,sembang itu ini dan mcm2 lagi...paling best kutip duit raya la..hehe....then,esoknya otw balik melaka,singgah juga ke Batu Pahat dan penghabis kt umah mentua...

So,seminggu raya mmg full berjalan sana sini smpai demam si kecik ni...pas mlk,turun KL plak,raya sana sini juga..cik abe ke lumut,saya ikut parents pegi beraya bawak si kecik..hehe...sambil nyelam minum air khennn....

NI masih lg mood beraya,umah kawan2 di mlk lom tawaf lagi,plus kenduri kawin dlm bulan syawal ni...

Puasa qada cuma dpt buat sehari je,harap smpat qada dan seterusnya puasa enam, insya'allah...

Till then,selamat beraya buat semua,pada yg bekerja, slmt bekerja...:)

Man jada wa jada...