SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Tuesday, August 11, 2009

3 Kali...

Salam
Just nk share dgn kawan2, email yg dapat dari seorg member :

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'
Ibu tersenyum... 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah....... . ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca. .........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat..... .....
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**
Huraisy
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang..'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak
kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada…..

..sampaikan pesanan ini biarpun 1 ayat.. Wallahualam


Renung-renungkan dan Selamat beramal....

Sunday, August 9, 2009

Kurniaan Allah..

salam
Melawat ke salah sorang teman blog, menyebabkan saya kagum dgn usahanya.Pada Mya, terima kasih atas info yang berguna, saya akan cuba usahakan sehingga berjaya...Sesungguhnya Allah tidak menduga seseorg itu diluar kemampuannya...bak kata seorg kawan baik saya masa di Pernas, dengan berkahwin,kita telah menyempurnakan salah satu tuntutan agama, sepanjang perkahwinan dalam menunaikan tanggungjawab suami dan isteri,apa yang penting adalah taqwa kepada Allah.Setiap dugaan dan ujian pasti ada sebabnya, yang mana ia menguji keimanan dan ketaqwaan seseorg...saya terkesan dgn nasihat beliau, yang mana selama ini mungkin saya lebih byk bersedih atas apa yg berlaku...moga2 ada kemanisan di sebalik apa yg saya lalui selama ini...

Kepada yang mempunyai kurniaan Allah ini, didiklah mereka dgn penuh sabar, hiasilah kehidupan mereka dengan keimanan, taat pada agama dan turut pada perintah Allah..berikanlah rezeki yang berkat sebagai sumber makanan mereka dan peliharalah akhlak mereka dengan budi pekerti yang mulia..sesungguhnya, ibu bapalah yang mencorakkan perjalanan dan pekerti kurniaan Allah ini...semoga kalian menjaga amanah yang diberi dengan sebaik2nya dan rasa syukur....

Saturday, August 8, 2009

Jerebu

Salam
Melaka berjerubu lagi...semlm agak teruk la, kat sekolah pon macam berkabus,kat laut langsung tak nampak...hujan pon sekejap jer...ni semua gara2 pembakaran kat Sumatera...Dalam pada jerubu dan H1N1,saya pegi gak ke PC Fair kat MP..tapi dgn bertopeng ala-ala doktor..heheh...lemas gak la,tapi memandangkan org pon ramai,so kena amik langkah berhati2....

Pegi sana pon bukan sesuka,sbb nk beli printer opis yg buat hal plak...so,saya rembat printer 4in1 (print,fax,photo,scan) LEXMARK RM278...bule la...senang sket nk buat keje,asyik nk tumpang printer org je susah gak kan...then saya beli notebook tecit comel tu, beli laptop cover, pendrive,mouse kaler pink, external USB dan beberapa aksesori utk komputer..heheh....gatal betul beli mende bukan2...tgk speaker cam nk beli,tapi takde kepentingan plak nk pasang radio kuat2...heheh...

Then, dlm pada tu smpat jeling handbag Bonia latest edition...rega tu ok la,tapi malas nk beli handbeg lagi...bukan slalu pakai pon...so,cuci mata je kat MP..masuk kedai Crocs, beli satu kasut kasual yg sgtlah ringan...tu je aktiviti shopping utk semalam...

Pada semua,dalam keadaan cuaca yg tak menentu ni, berhati2 la yer...kalau tkde apa2hal dok jelah kat umah..klu nk keluar sgt pon,pakailah mask even lemasnyaaa tuhan je tau...bukan apa, mencegah lebih baik kan...till then..nk smbung keje opis...daaaa....

Tuesday, August 4, 2009

Bunga lagi..

Dikala hati sedang gundah gulana sbb beberapa oked yg dah arwah, akhirnya terubat juga dgn oked pinang ni..alhamdulillah,byk pulak kali ni berbunga...cymbidium pon baru nk bebunga, tggu dah bebunga baru snap gmbo yer...begitu juga tgh sabar tggu cattleya dan Robert Delight..moga cuaca yg tak menentu ni memasing berjaya kuarkan bunganya..pening kdang tu tang jaga oked ni,ujan lebat sgt pon tak bley,takde air pon tak bley, siram terlebih pon tak bley..last2 biarkan jer...hehehe...

Yang tidak menghampakan, Japanese rose pemberian rakan2 yang sentiasa berbunga...


ASSORTED JAPANESE ROSE...








Salam

Monday, August 3, 2009

Puasa

Salam
hari ni cam lemah jer...smlm pose ok je...apsal ek? kadang mainan perasaan kot bila setting kat otak, asal puasa je lemah longlai,takut pengsan dan sebagainya..hehe...

Bila dibandingkan dengan keadaan kita sekarang, cuba bandingkan dengan pahlawan terbilang Islam - Salahuddin Al Ayubi yang berperang menegakkan dan menyebarkan jajahan Islam ketika cuba menakluki Baitulmuqaddis dalam bulan ramadhan...(maaf kalau infor tersilap,terdengar di radio IKIM)...Kalau sesiapa terbaca kisah beliau,mmg saya kagum sampaikan ketua angkatan perang salib ketika itu - King Richard amat menghormati beliau sebagai panglima angkatan tentera.

Tetapi, umat Islam ketika ini semakin leka dan terbuai2 dengan keseronokan dunia...tgk jelah bulan ramadhan nanti,ramai yg tak posa kan..heheh...

Melalut plak, apa2pon,kepada pembaca blog yang budiman, bulan Syaaban juga dilimpahi dengan kebaikan,rebutlah peluang yang ada....

Saturday, August 1, 2009

1 Ogos

Salam
Lagi beberapa mggu je nak puasa kan..saya dok menghitung hari menantikan bulan Ramadhan.Moga dipanjangkan umur agar dpt menyambut ramadhan kali ini dgn penuh sabar dan taqwa...amin...

So,skrg bulan syaaban, tak lama lagi Nisfu Syaaban...bersama2lah kita mengambil kebaikan dari bulan ini, memohon ampun atas segala dosa dan kesilapan dulu...sama2lah kita mempertingkatkan ibadah kita dan memperbaiki diri ini menghadapi hari2 mendatang....

Till then, nk ke opis jap,cuti ni byk plak kapal nk order,lebih2 lagi nk puasa ni...
rezeki Allah kan....amin...

Thursday, July 30, 2009

Cuti

Salam
Epidemik H1N1 semakin merebak, desas desus pelajar asrama smlm seramai 80 org dikuarantin smpai juga ke bilik guru...hari ni ramai juga student yang demam,kementerian kesihatan datang buat check up, ada gak la yg suspected lebih kurang 30 org,so wakil dari hospital menyatakan sekolah akan ditutup mulai esok sehingga hari khamis. Bebudak seronok la,tapi sebenarnya risau juga kan,saya tadi pon batuk2 plus sakit tekak...pesal tetiba cmtu plak...
So,skrg kena kuarantin kat umah, sbrg aktiviti di sekolah,atau di luar terpaksa dibatalkan dengan arahan kementerian kesihatan....for this 4 days of rest, saya kena pulun siapkan kertas soalan bebudak..takde maknanya rehat..heheh....

Reminder lagi sekali, antara simptom2 utama H1N1 ialah :
* Demam* Batuk * Selsema * sakit tekak * Sakit badan - all in one ni kalau ada,cepat2 pegi spital yer..jgn tangguh2.

Jangan jadi kes remaja 20 thn yg meninggal baru2 akibat virus ni, ambil mudah kalau demam tu, agak2 lain macam jer terus gi klinik....