SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Friday, May 28, 2010

Bunga Kelana Tiga vs MV Waily



Kelihatan kerosakan yang dialami oleh kapal tangki MT Bunga Kenanga 3 setelah berlanggar dengan sebuah kapal pengangkut pukal MV Waily di Selat Singapura kira-kira 13 km ke tenggara Changi East di Johor Baru, pagi semalam. Kejadian itu menyebabkan 2,000 tan metrik minyak tumpah setelah berlaku koyakan sepanjang 10 meter pada MT Bunga Kenanga manakala MV Waily hanya mengalami kerosakan kecil. - Foto BERNAMA

Salam ....
Hampir terlupa atas catatan yg satu ni, salah seorg pelanggan saya ,MT BUNGA KELANA 3 yg dijadualkan tiba ke MElaka dari Kertih,didapati terlibat dgn perlanggaran dgn kapal pengangkut MV WAILY ...takziah diucapkan,dan alhamdulillah krew semua selamat...

Kesan tumpahan minyak itu menyebabkan pntai2 di Singapura terpaksa ditutup dan kerja2 pembersihan terpaksa dijalankan dengan giat kerana ia melibatkan hidupan akuatik dan marin..

Berkhidmat sbg ship chandler, tentunya sekali apa2 jua berlaku kpd kapal2 yg belayar sudah tentunya memberi kesan. Hubungan yg baik dgn Master dn krew juga blh terasa,sbb saya dah berkhidmat menghantar barg2 provision dan dagangan ke kapal2 MISC ni sejak 14 tahun dulu...dari Bunga kelana 1 sehingga BUnga kelana 9, Bunga Kasturi VLCC yg gedabak tu, dan pada tahun lepas berpeluang untuk menghantar ke kapal2 kontena MISC yg berlabuh di lay-up Kuala Linggi yg kesemuanya bunga2 namanya- DELIMA,KENARI,SEROJA,BIDARA,MAS 6 dan MAS 11 dan lupa dah lagi..mostly ramai dh belayar ....

Harap ada ganti bagi BK3 ni, bagi membawa muatan minyak mentah seperti biasa ke Petronas Sg Udang, MElaka.



MT FORMOSA PRODUCT YG TERBAKAR DI PORT DICKSON


Satu ketika dulu,di perairan Port Dickson...











Bunga Kelana Tiga

Wednesday, May 26, 2010

Fasa baru

Salam
Berusaha untuk ke arah yg lebih baik,mana yg kurang ditambah,mana yang ada diperbaiki dan semoga segala2nya dipermudahkan oleh Allah...

Nak kata baik tu,idak le...biasa2 je...kadang2 ada juga yg kurangnya..hehe...takpelah,perjalanan menuju keredhaan Allah bukanlah mudah,byk cabaran yg perlu dilalui,melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan..

Moga usaha saya ke arah itu dipermudahkan...amin...

Monday, May 24, 2010

Bill again...

Salam
Smlm tgk smbungan Bil and Liana kat Chanel E!
So,the failed in IUI ,and the nk proceed ke IVF...
Mmg dgr injection hari2 tu gerun,tapi oleh kerana sbb zuriat,kena cubalah kan..even kadang2 menyakitkan dan menyeksakan..tambah menyesakkan dan menyedihkan jika percubaan tu gagal...tapi,yg penting kita dh usaha,selebihnya kuasa ALLAH...

Plan to continue treatment lepas balik dari tanah suci nanti...moga ada hikmah disebalik semua ini....amin...

Wednesday, May 19, 2010

NAMIDASHOPPE

Salam
Dijemput semua ke kedai online saya,namidashoppe.blogspot.com
Pelbagai barangan akan dijual,dan ditambah dari semasa ke semasa...

Sama2lah kita menyokong ye....

Diskaun bagi 10 pembeli pertama!! Siapa cepat dia dapt...

Tuesday, May 18, 2010

Giuliana and Bill Rancic...




Salam
Actually tatau la tetiba saya terbukak channel E!,reality story for above couple,mmg sweet,famous,caring,loving and responsible on each other...actually,Bill Rancic adalah seorg peserta episod pertama "The Apprentice" dan berjaya menjadi salah seorg staff Donald Trump,manakala Giuliana kalau tak silap ,asal Itali,dan host bagi channel E!,so they meet and get married...so sweett...

Episod skrg ni berkenaan usaha pasangan ini utk mendpt anak, dan menggunakan kaedah IUI..(seems like my experienced before)..dan mereka terus berusaha dan mencuba sehigga berjaya...dan apabila tidak berhasil,sudah tentu emosi akan menguasai diri kan...(same to me before),tapi walau apapon,kita tidak seharusnya berputus asa...dan juga mereka berdua ni...saling bergantung dan menyokong antra satu sama lain,tidak menyalahkan pasangan masing2 atas kegagalan proses tersebut dan nampak happy (walau dlm hati siapa tahu kan)....

So,i enjoyed the series, and waiting for the nx episode on Monday, the IUI result either Giuliana pregnant or not....sama2lah kita menontonnya....

Sunday, May 16, 2010

Selamat hari Guru...

Selamat hari guru buat semua pendidik di malaysia dan dimana jua...

Jasa kalian akan dikenang hingga ke akhir hayat,mengajar tanpa jemu,melayan karenah anak murid yg pelbagai,sabar dalam menghadapi beban tugas yg semakin mencabar,sabar dalam mendidik anak bangsa yang kadangkala mencabar iman dan amarah kita...

Kenangan mengajar di sekolah berprestij MHS byk meninggalkan seribu kemanisan,even ada juga sedikit kepahitan atas sikap sebilangan murid yg berbangsa Melayu ,yg masih tidak mengenal erti hidup,tidak berterimakasih atas apa yg diberi...namun, tugas sebagai pendidik sememangnya memerlukan komitmen, keikhlasan,kesabaran,ketekunan dan keprihatinan yg tinggi kepda murid2nya...

Guru akan merasa gembira diaatas kejayaan anak2muridnya, dan tidaklah mengharapkan sebarang balasan selain ckup dengan bertegursapa ketika bertemu di luar sekolah atau memanggil nama cikgu, pon dah dikira cukup baik...

Apa2pon,kepada bekas2 anak murid yg masih mengingati diri ini, terima kasih atas ingatan kalian,moga anda semua berjaya menjadi insan berguna..ingatlah,marah ckgu tandanya bersebab,sebagai peringatan agar menjadi insan cemerlang....

KENANGAN BERSAMA KELAS RANCANGAN KHAS 1 TETA..NAKAL,BAKAR DARAH SEMUA ADA,TAPI MASIH ADA YG MENINGATI DIRI INI...TERIMA KASIH BUAT FARHAN,RIDZUAN,DAN AMIN LONG..