SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Thursday, November 25, 2010

Niat tidak menghalalkan cara...

Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

Jawapan :

Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

1)Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

Aurat wanita apa sudah jadi?Wanita, aurat dan Kerjaya

Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

Apa sahaja hukum,klu buat baik tapi tak solat pon sama juga tak diterima..gitulah kehendaknya..niat tidak menghalalkan cara....

Sunday, November 14, 2010

Aidil Adha...



Salam
BIla tgk khabar haji 2010 di Astro Oasis,terbayang2 wajah kota Mekah dan Madinah..rasa nk pegi dan terbang kesana sekarang juga...rindu rasanya, harap ada rezki nk kesana lagi...mudah2an...

Bila tedgr topik IKIM berkenaan puasa ketika hari Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji,saya nk berkongsi kepada semua. Mungkin ada yg baru tahu mengenai puasa sunat ini dan juga 10 hari seblm hari Arafah adalah hari terbaik utk menambahkan ilmu ibadat kita,sama spt kita menunaikan 10 malam terakhir ramadhan...

Walaupon,hanya hari raya Qurban,pahala yg diberi oleh Allah kepada hamba2nya tidak terhitung,cuma terpulang kepada kita utk mengambil kesempatan tersebut atau tidak....

Bercakap tentang Qurban pula, ibadat qurban menjadi salah satu tuntutan kepada mereka yg berkemampuan.Tidak perlulah berkorban sehingga seekor lembu yg mencecah RM 2500 seekor jika tidak mampu,memadai jika berkemampuan mengambil sebahagian daripada lembu tersebut,sekitar RM 350-RM 380 sebahagian.Jika ada rezki lebih tahun hadapan,bolehlah ditambah bahagian tersebut....Mudah2an,dgn ibadat qurban,kita dimurahkan rezki Allah dan diluaskan lagi di muka bumi ini....

Salam Aidiladha buat semua, hayatilah ketaatan Nabi Ibrahim terhadap suruhan Allah dan ingatilah pengorbanan Siti Hajar dalam mencari air buat anaknya nabi Ismail...Smg kita tergolong dalam kalangan mereka yg beriman..amin....

Thursday, October 28, 2010

Orked

Salam

lama tak post pic orked kan,terapi minda saya ketika resah,duka,sedih..hehe...

Layan....


NI ID TAK TAU..BELI DI MELAKA,SUKA TGK,KALER NICE..MCM SPIDER ORKID JE..





DENDRO KERINTING...



ANOSMUM FINLAY, TGGU DKT 5 THN BARU NK BUNGA...



MOKARA UNGU,SENANG BELA,RAJIN BUNGA,KALER MENAWAN KALBU...

Monday, October 25, 2010

November ...

Salam...
Kejap je masa berlalu,tahun berlalu...apa yg best tahun ni? for sure la dpt melancong seberang laut.hehe..ke Sarawak je...rasanya satu mesia dah tawaf...:))...
Astu paling manis dpt menunaikan umrah,yg tanpa diduga dpt juga menjejakkan kaki kesana...alhamdulillah...ada rezki nk pegi lagi..mudah2an...

tak lama lagi dh masuk November,then Disember,then tahun 2011...ish..ish..umur pon makin bertmbah,rasa tua dah ni...

Apa2pon,tahun ni ada tahun yg superb,mcm tahun lepas biz meletup,rezki alhamdulillah..tahun ni,rezki murah juga,dan dpt skali kunci kedai..Insya'allah,awal tahun depan beroperasilah ASIA FROZEN TRADING...kenapa pilih nama ASIA? Global la sgt eh..hehe...kebetulan,ia adalah gabungan nama suami dan saya...so,terciptalah nama itu...mudah2an murah rezki juga biz ni...

Saya berangan2 nk bukak kedai 2 Hengget tu...cam best je kan,modal takdelah besar,tpt dh ada tapi tulah..masa dan kakitangannya,ada ke takde...ish..ish...semua nk dibuat aiiihhhh.....nanti yg dikejau tak dpt,yg dikendong tercicir....

Skrg,utk biz online mmg saya pulun abes jual footpatch ni dan juga shampoo noni..alhamdulillah,biz memberangsangkan juga,dptlah buat saving kat TH dan qurban sekor kambing nun di Kemboja...mudah2an rezki yg dikongsi bersama umat Islam di sana memberi kegembiraan buat mereka...amin...

Thursday, October 21, 2010

VIVA PALESTINA

Salam
konvoi VIVA PALESTINA sedang dalam muatan menuju ke Rafah,dan kemudian ke GAZA utk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Marilah kita mendoakan konvoi ini sampai ke destinasinya dan semga rakyat GAZA dapat memanfaatkan bantuan yg dihulurkan hasil dari dermaan saudara seIslammu....

Ya Allah Ya tuhanku,semoga konvoi ini dilindungi dari musuh2 Islam terutama Yahudi Laknatullah dan semoga rakyat GAZA diberi kekuatan menghadapi dugaan ini...sesungguhnya kami hanya mampu mendoakan dari jauh....amin...

Wednesday, October 20, 2010

Pendermaan organ

Salam
Topik menarik IKIM hari ini,isu pendermaan organ dalam kalangan umat Islam.

Mgkin ramai yg tidak mengetahui atau mendpat penjelasan sebenarnya, tentang isu pendermaan organ dalam kalangan orang Islam.Isunya skrg, orang Islam tetap berpegang teguh bahawa jenazah haruslah sempurna termasuk organ2 dalamannya,dan sebab tulah bila ada kemalangan,ada juga yg tdak membenarkan proses post-mortem kerana dibimbangi jenazah akan cacat....

Tetapi,berdasarkan penerangan yg diberikan, isu pendermaan organ menjadi isu penting pada zaman skrg,memandangkan ramai rakyat Malaysia yg menderita akibat dari penyakit2 kronik spt kegagalan fungsi jantung, sakit buah pinggang, hati dan sebagainya...sekurang2nya,dgn pendermaan organ, dapt memberi sinar baru kepada mereka utk terus meneruskan kehidupan....Dan isu pendermaan organ sama juga seperti kita menderma darah,cuma bezanya darah itu boleh diganti tidak seprti organ yg telah diambil.

Spt kata tetamu yang diundang (en yusof rasanya) salah seorg penderma organ, mengambil kata2 Datuk Noh Gadut (Mufti kerajaan Johor) : Bila kita mati,sudah tentu jenazah kita akan dimakan oleh cacing dan ulat2, dan tiada maknanya,dan adalah lebih baik kita sedekahkan organ2 yg penting itu kepada mereka yg memerlukan....

Sesungguhnya, saya pon masih berfikir semasak2nya utk menderma organ, kerana ia melibatkan semua pihak yg disayangi...