SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Sunday, June 7, 2015

MENGAPA SAYA PILIH BISNES SHAKLEE

Assalammualaikum

Dalam banyak-banyak produk yang terdapat di pasaran, mengapa saya pilih Shaklee ?
Bermula sebagai pengguna dan kemudian menjadi ahli, saya berminat untuk menjualnya dan berkongsi manfaatnya setelah kesannya dialami oleh saya sendiri. Ada 5 sebab utama saya memilih bisnes ini secara separuh masa tetapi ia juga mendatangkan pulangan yang lumayan.


1) KONSEP FAMILI DALAM KUMPULAN SHAKLEE (UPLINE/ DOWNLINE)

Salah satu aspek menarik dalam bisnes Shaklee ialah penaja kita (upline) akan masukkan setiap ahli di dalam kumpulan dan akan dibimbing, berkongsi maklumat atau apa sahaja aktiviti berkaitan Shaklee dan pemantapan ilmu berkenaan produk. Ahli yang ingin bergiat secara serius akan dibimbing sehingga berjaya dan tidak dibiarkan begitu sahaja . Setiap persoalan akan dibincang di dalam kumpulan dan ahli-ahli yang lain turut sama memberi pandangan dan perkongsian maklumat mengenai Shaklee dan ilmu yang berkaitan.


2) KONSEP 'SIAPA BERUSAHA DIA BERJAYA"

Perniagaan Shaklee berbeza dengan pengalaman menyertai MLM yang lain, yang mana kebiasaannya perlu mencari ahli bawahan untuk mengembangkan perniagaaan dan rangkaian. Lagi besar rangkaian yang wujud , lagi besar komisen atau pulangan yang didapati oleh pihak atasan (upline). 

Ini berbeza dengan Shklee, pada pandagan saya ia lebih kepada usaha individu itu sendiri untuk mencapai kejayaan sehingga ke peringkat tertinggi dan tidak semata-mata mengharapkan anak-anak dibawahnya untuk mencari ahli. 

Ahli dibawah adalah bebas dan diberi pilihan untuk naik ke peringkat seterusnya dan boleh melangkaui uplinenya jika rajin berusaha. Tiada istilah tindas menindas atau mementingkan diri terutama sesetengah MLM yang seolah-olah memaksa ahlinya mencari ahli baru sebanyak mungkin.


3) PROGRAM YANG BERTERUSAN DARI SYARIKAT/ KUMPULAN

Sebagai organinsasi yang besar dan bertahan lama, SHAKLEE CORPORATION sentiasa menitikberatkan aspek kualiti dalam setiap produknya. Contohnya, pihak syarikat sentiasa mengadakan program seminar kesihatan dan nutrisi/ produk info/program perniagaaan untuk ahlinya dan ia diadakan di seluruh Malaysia mengikut jadual yang diberikan. Tiada  alasan kepada ahli untuk menyatakan pihak syarikat tidak mengambil berat akan kepentigan ahli-ahlinya.

Selain daripada itu, aktiviti dalam kumpulan juga sering diadakan seperti potluck, kelas blog dan pelbagai lagi untuk mengukuhkan uhkwah dan menaikkan semangat sesama ahli terutama dalam aspek pengetahuan tentang produk  yang dijual/ produk promosi yang ditawarkan.


4) PELUANG KENAIKAN PANGKAT DAN BONUS YANG LUMAYAN

Kebiasaan pada setiap MLM  ialah adanya kenaikan pangkat kepada ahli dari yang biasa ke peringkat yang tertinggi. Contohnya, di dalam Shaklee ada 5 ranking utama iaitu Supervisor - Senior Supervisor - Coordinator- Senior Coordinator dan akhir sekali yang tertinggi ialah Master.

Setiap ranking yang menawarkan pelbagai bonus dan kenaikan yang lumayan setanding dengan usaha yang dilakukan. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan, tetapi tidak mustahil jika kuat berusaha.



5) PRODUK SEMULAJADI YANG MELALUI YANG BERTAHAN LEBIH 50 TAHUN

Seperti yang sedia maklum, sejarah Shaklee bermula dengan cetusan pengasasnya iaitu Dr Forrest C. Shaklee  (boleh baca lebih lanjut Sejarah Shaklee ) yang mencipta supplemen kesihatan berdasarkan bahan semulajadi . Kekuatan produk Shaklee terletak pada bahan-bahan yang digunakan, non GMO , ujian klinikal yang melalui proses beribu kali ujikaji dengan disokong oleh saintis dalam pelbagai bidang.

Tidak hairanlah produk ini menjadi satu fenomena di Malaysia walaupun terdapat persaingan dengan produk yang lain. Walaupun produk Shaklee tidak menjamin 'keputusan ekspress/ segera" kepada mereka yang mengamalkan, tetapi dia hanya dapat dirasai setelah mereka sendiri mengambil produk Shaklee ini seperti saya yang mula mencuba set kesuburan dan alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya.


Saya seronok untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee walaupun terdapat pelbagai isu yang melanda berkaitan produk dan ada jua yang mengaitkan dengan kematian. Setiap kesakitan atau masalah ada penawarnya dan produk Shaklee hanyalah sebagai suppelem yang membantu mereka agar kembali pulih kepada kesihatan yang lebih baik.


No comments: