Salam
Isu majalah Anis bulan ni amat menarik, mcm bln lepas pasal haji,bulan ni tentang mencari jodoh. Bila baca topik ni, teringat la kisah dolu-dolu time memuda dulu..ahaks..Menurut artikel yg diperkatakan oleh Ust.Abdul Rahim Nasir :
'Apabila kita bernikah dan diberikan pasangan hidup, sebenarnya itulah calon terbaik yang Allah pilih untuk kita.Oleh itu, masing-masing harus menerima keputusan redha dan syukur. Dengan cara ini,kita dan pasangan sentiasa hidup saling kasih-mengasihani"...
Kemudian,ada satu artikel yang menarik minat saya - Cerita Benar yang Jarang Didengar
Antara petikan artikel ini :
Kini aku benar-benar faham bahawa ibu dan ayah bukanlah beban dalam kehidupan,lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan liabiliti atau aset untuk kita (yang diibaratkan sbg benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibubapa yang telah tua mengabaikannya...
Moral cite ni ialah, walau kita rasa susah/tak mampu untuk menghulurkan wang seadanya,sekurang2nya gembirakanlah hati mereka...Ada lebih,bagi lebih,ada sikit hulurkan mana yang termampu,sebab Allah akan balas berganda-ganda...Ini mengingatkan pada diri saya sendiri juga, sentiasa menghulurkan apa yang termampu pada ibu bapa,dan saya juga cuba untuk berlaku adil kepada ibu mentua saya,apa yg diberi kepada ibu saya,gitulah juga kepada emak..walaupun pda zahirnya beliau lebih dari mampu....Kadang bila terdetik sahaja bisikan syaitan,maka saya mengingatkan diri ini,selagi mak dan ibu masih hidup,selagi itulah saya cuba menggembirakan hati mereka....mmm..bila dah berkahwin ni, byk dugaannya,tapi kita buatlah mana yg termampu kan, moga2 ada belas ihsan tuhan pada hambaNya ini yg sering berdoa mengharapkan yang satu itu...
1 comment:
Ye betul tuhh....
Post a Comment