SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Monday, May 25, 2015

AJAIBNYA SEDEKAH DAN MENGAPA PERLU DIJADIKAN AMALAN

Assalammualaikum...

Sejak nak masuk 4series ni rasa macam nk jadi baik dan lebih baik dan bertambah baik terutama dari segi iman dan amalnya, peningkatan ibadahnya, pergaulannya, cara berpakaiannya dan lebih utama kemanakah wang akan dibelanjakan terutama apabila rasa "kaya" sedikit...Hhehe...macam bagus je ayatnya kan...Tetapi itulah kenyataanya dan hakikat apabila kita sedar bahawa duit @ harta yang banyak atau berkepuk2 itu tidak boleh dibawa bersama ke alam kubur KECUALI amal yang dilakukan dan yang paling mudah bagi saya adalah sedekah.

Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, dugaan dalam perniagaan , dugaan dalam mendapat zuriat dan ternyata keluarga dan anak-anak menjadi kekuatan dalam kehidupan yang sementara ini. Bercerita bab sedekah ini, memang banyak saya alami dan percaya bahawa Allah swt akan bayar CASH setiap apa jua yang kita infaq@ berikan tanpa berkira setiap sesen pun kemana wang tersebut dibelanjakan.

Paling terkesan sekali jika kita istiqomah atau mengamalkan DHUHA setiap hari atau terpulang pada kesempatan masa yang diberi. Memang super duper ajaib janji ALLAH ni, especially yang berniaga atau bekerja sendiri cubalah rasa manis dan janji ALLAH yang satu ini.

Pernah satu ketika lepas Dhuha, saya menerima bertalu2 order botol susu utk seminggu ,yang tak pernah2 saya dapat dan sale terkumpul tu masa bulan lepas dekat 2k jugalah...Fuh...time tu mmg syokla rasa kaya dan berjaya...Hahah...(Nyanyi LAGU KALAU AKU KAYA) sambil kipas2 RM kat muka..hehe...tapi tulah, duit saya klu byk sikit dalam M2u tu mmg saya agih2kan dan kadang2 lepas Allah bagi CASH tu ,tak lama tu mcm berjanji pula ada msg2 yang memerlukan bantuan.

Sebelum ni saya berkira juga dan bersoal dalam hati tentang sedekah ni, tapi bila fikir2 balik duit ni kadang Allah bagi tu bukan semua hak kita, tapi ada hak orang lain yang perlu ditunaikan. Betul tak ?
Kadang verangan nak beli bag Coach  ke Harrods ke yang terbaru, tapi time tu dan2 je ada je posting kat FB yang memerlukan bantuan...huhuhuu...so , nafsu membeli pun telah kelaut..hahah...kalau tak jenuh la dengar Mr Perfect dok perli2 handbag yang ada ni pun tak guna..hehe...nama pun wanita melayu terakhir..hihikhkhik....

Yang terbaru, adalah kisah sahabat saya yang memang mengalami kesulitan dalam mendapatkan permohonan pinjaman Mara utk bisnes beliau, kebetulan dalam doa Dhuha saya pada waktu tersebut saya ada menyebut semoga dia mendapat kemudahan pinjaman itu, dan tak lama tu dia call saya bagitau MARA suruh datang sign agreement dan dapat loan terus tanpa banyak soal.  So,nikmat ALLAH yang mana kamu dustakan? Syukur alhamdulillah..walaupun hanya doa yang dikirimkan , tapi dapat menggembirakan hati orang lain kan..best kan macam tu..

Pada sahabat yang masih belum istoqamah atau rasa berat nak bersedekah, cuba2lah bersahabat atau membaca perihal kesusahan orang lain, nescaya lama kelamaan hati kita akan terbuka untuk bersedekah dan seronok untuk melakukan. Mulakan dengan yang paling mudah seperti belanja kawan2 ke, beli kuih bawak ke ofis dan kongsi ke, jumpa cleaner bagi dia biskut ke,bersopan dengan orang yang membersihkan kawasan rumah kita ke, bagi barang2 recycle kat orang yang angkat sampah kita ke, kan ada banyak cara boleh dilakukan. Kadang kita tak tau kan kot2 mereka ni hari tu memang belum makan, atau terputus wang nak makan atau apa2 kesulitan kan....Nanti Allah bayar CASH tau, so jangan risau la duit kita tu takkan berkurang...:)

So, pada semua boleh mula amalkan sedekah dan berjinak2 dengan Dhuha bagi yang berkesempatan. Pada Allah jua kita berserah, kadang kita solat cukup pun mungkin tak sempurna ye tak...moga yang lubang2 tu dapat ditampal dengan amal jariah kita...

Jumpa lagi ni entry seterusnya..:)

Wassalam..:)

No comments: