Salam
Terbaca salah satu topik di tread usahawan,forum.cari,berkenaan ttg sedekah..
Ditujukan khas kepada usahawan,yelah..sbb yg biz sndiri ni selalunya rezkinya lebih sedikit,maka yg lebihan itu boleh disedekahkan tak kira dalam apa jua bentuk..
Bagi yg berkemampuan,boleh dalam bentuk wang tunai,bagi yg kurang boleh disedekahkan dalam bentuk makanan, buku2,pakaian yg tidak digunakan dan sumbagan tenaga..
kadang2 walaupon sumbangan kita yg seringgit itu kepada org buta,tabung masjid blh menjadikan ia satu hadiah yg besar dari Allah tanpa kita sedari...yg penting kena ikhlas....
Petua menolak bala dan dimurahkan REZEKI
IBNU al-Qayyim berkata bahawa sesungguhnya Allah s.w.t menghindarkan seseorang daripada bermacam-macam bala dengan sebab bersedekah.
Kata Ibnu al-Qayyim lagi: “Perkara semacam ini sudah diketahui oleh ramai orang, sama ada orang awam atau pun orang alim. Semua manusia yang ada di bumi ini mengakui kebenarannya kerana mereka sudah pernah mencuba cara berkenaan.” Selama ini mungkin kita mengetahui ada penyakit boleh sembuh dengan sedekah. Bunyinya macam aneh, tetapi dengan izin Allah semua boleh berlaku. Tidak ada yang mustahil atas dunia ini. Tiap penyakit ada ubatnya. Manusia berubat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk menyembuhkan penyakitnya. Satu kaedah berubat itu ialah dengan sedekah.
No comments:
Post a Comment