Salam
Masuk tahun 2010,berita dikejutkan dgn pembunuhan 4 beranak secara kejam di Gemencheh, NS.Yang sedihnya, 4 beranak tu dipotong tangan,putus kepala dan ditetak oleh penyerang yg merupakan abg kepada Siti Khadijah dan cucu kepada salah seorang mangsa tersebut...nauzubillah....Kalau ikut berita semalm,ahli keluarga yang rapat kepada mangsa menyatakan, penyerang mempunyai masalah mental,dan bukan dibawah pengaruh dadah...seram betul la sekrg ni,membunuh dah jadi kebiasaan,gaduh sikit je,nk berbunuhan, tegur sket pon blh kena bunuh...
Berita lanjut dibawah ,dipetik dari Metro hari ini...
Penyerang yg ditahan di LRT Masjid Jamek,KL....
Kerja penggalian sebuah lubang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, dilakukan sepasukan anggota Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula jam 12.30 tengah malam dan berakhir 20 minit kemudian.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan M Chandra, yang menyelia operasi penggalian itu, mengesahkan penemuan kepala seorang daripada mangsa pembunuhan kejam berkenaan.
“Ketika kerja penggalian, anggota forensik menemui satu plastik mengandungi kepala seorang lelaki dalam lubang yang digali kira-kira 2 kaki (0.6 meter) dalam kawasan tanah perkuburan ini,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berakhir pada jam 12.50 tengah malam tadi.
Menurutnya, anggota badan manusia itu kemudian dihantar ke Gemencheh untuk siasatan lanjut.
Katanya, suspek yang berusia 34 tahun turut dihantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan sejurus kerja penggalian itu selesai dengan dipakaikan baju pasung.
Terdahulu, suspek membawa sepasukan polis ke satu lokasi sebelum menunjukkan tempat kepala mangsa yang juga bapa kandungnya, ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 kira-kira jam 9.45 malam.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kira-kira jam 9.20 malam, sebelum bertolak ke tanah perkuburan berkenaan.
Anggota Unit Forensik yang tiba di lokasi sama kira-kira jam 11.40 malam, kemudian memulakan kerja menggali di lokasi yang ditunjukkan suspek.
Berdasarkan pemerhatian wartawan, jarak lokasi penggalian dari pintu masuk utama tanah perkuburan kira-kira 200 meter.
Suspek yang dilaporkan berperwatakan pendiam, ditahan ketika cuba menyerang seorang anggota polis bantuan berhampiran jejantas di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, pada jam 4.05 petang semalam.
Dia didakwa bertindak liar dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyerang anggota polis berkenaan, sejurus menyedari anggota keselamatan itu mengawasi gerak-gerinya dengan membandingkan gambar yang diedarkan pihak berkuasa sebelum ini.
Ketika cuba diberkas, lelaki dikenali sebagai Rashidi mengamuk dan menyerang seorang anggota polis bantuan menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua mereka hampir 20 minit sebelum suspek berjaya ditumpaskan dan diberkas anggota pasukan keselamatan itu.
Suspek kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut dan akhirnya bersetuju membawa polis ke satu lokasi di Shah Alam untuk menunjukkan tempat dia menanam kepala bapa kandungnya yang dipenggal dalam kejadian pembunuhan kejam di Gemencheh, kira-kira 24 jam sebelum itu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin, mangsa Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu, Ismail Awang, 76, dan cucu mereka, Siti Khadijah Ismail, 22, dibunuh dengan kejam dan mayat mereka ditemui berlumuran darah di dua rumah yang bersebelahan.
Mayat Atan, Sutiah dan Ismail ditemui adik Siti Khadijah yang baru pulang dari sekolah dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah bekas imam berkenaan, manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.
2 comments:
memang gila mamat tue..
mak bapak sendiri pon di bunoh..
ape nak jadi zaman sekarang...
malang tak berbau sekarang nie..
imam
tulah..manusia akhir zaman ni dah makin lemah imam,asal marah sket je nk membunuh,nyawa takde makna dah..anak plak dibuang2 ..
Post a Comment