Salam
Semalam (sbtu) dok kat opis dari pagi-petang. Settle barang BK6.Alhamdulillah,rezeki Allah sentiasa ada walaupon tak menentu.Even dengar rumors BK6 kena foreign going, harap ada la penggantinya...Servis ship chandler ke kapal di Melaka ni taklah serancak Port Klang/Singapore,tapi yg bagusnya kat sini takde rival.The one and only shp chandler,begitu jugak kat PD...
Ahad ada org kawin,saya tak pegi pon sbb mata ngantuk sgt astu terlalu letih..mcm makan codine(ubatbatuk) plak,mata tu berat jer..sib baik ada beli nasi lemak kat pasar tani pagi tadi,tu la yg buat lunch...life org malas masak cmni ler..hehehe..
Ni email tentang KFC, kalau betul seperti dikata alhamdulillah..tapi dah namanya company amerika kan,susah la ek...
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin".... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)
tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
sekian.
Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443
No comments:
Post a Comment