4 Perkara Tanda Celaka & 4 Perkara Tanda Bahagia
Malam jumaat saya sempat mengikuti kuliah Ustaz Taib Azamuddin di Masjid Ibtisam TTDI Jaya.
Ustaz mendatangkan tazkirah berkaitan 4 perkara tanda celaka dan 4 perkara tanda bahagia yang dipetik daripada Hadith Rasulullah SAW.
4 Perkara tanda celaka.
1-Melupai akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas dia tidak segera bertaubat kerana alpa atasnya.
2-Mengingati akan amal-amal baiknya yang telah lalu. Lantas dia merasa cukup atas kebaikannya.
3-Melihat orang yang lebih tinggi dalam soal-soal duniawi. Lantas dia tidak pernah bersyukur dan sentiasa merasai tidak pernah cukup.
4-Melihat orang yang lebih rendah dalam soal ibadah. Lantas dia merasa cukup dan puas atas amal ibadahnya.
4 Perkara tanda bahagia.
1-Mengingati akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas dia bersegera untuk bertaubat kerana sentiasa mengingati akannya.
2-Melupai akan amal-amal baiknya yang telah lalu. Lantas dia bersegera untuk menambah amal baiknya.
3-Melihat orang yang lebih rendah dalam soal duniawi. Lantas dia sentiasa bersyukur dan sentiasa merasai cukup dengan rezki Allah SWT.
4-Melihat orang yang lebih tinggi dalam soal ibadah & ketaatan. Lantas dia merasa tidak puas atas amal ibadahnya berbanding dengan orang lain dan cuba untuk mempertingkatkannya.
Tazkirah daripada ulama’ yang ikhlas mendatangkan momentum untuk perubahan diri. Hisablah diri kita di manakan kedudukan kita. Adakah dalam kategori celaka ataupun bahagia. Jika dalam kategori celaka, wajiblah kita merubah dan mujahadah untuk menjadi kategori bahagia.
Sabar Dalam Berjuang
Islam Sentiasa Dijulang!
(dipetik dari blog Amin Al-Kalantani)
No comments:
Post a Comment