SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Tuesday, January 12, 2010

Sampainya hati...

Salam
Terbaca dalam harian metro hari ni,saya sedih baca kisah ini, tergamak seorang anak membuang ayahnya yang baru lepas operation dan dihalau keluar dari rumah,gara sikap isteri yang tak suka dgn ayah mentuanya....Mungkin ada citer disebaliknya, tapi kena faham la kan, kita pon akan tua jugak, akan berperangai budak2 kalau smpai masanya, silap2 anaknya buat kat dia balik,malah lagi teruk agaknya...Orang mcm ni,satu je ..satu hari nanti Allah akan bayar tunai atas perbuatan yang dibuat ni,dan tambah berdosa kalau diperlakukan pada si ibu...nauzubillah...dah la sblm ni ada kes 2 beradik dok berebut harta kat kubur ibunya, bukan nk tolong sama kebumikan,tapi ditanya pulak harta yang ditinggalkan si ibu...

Manusia akhir zaman ni kan,mmg dh mcam kembali ke zaman jahiliah gamaknya, buang janin merata2, sumbang mahram, zina suami/isteri orang, cerai dah jadi mcm biasa dan macam2 la...ni pon kes membuang ibu bapa semakin menjadi2,yg teruknya tu semua orang islam....

Pada yg masih ada ibubapa,hargailah mereka seadanya, kadang2 kita pon nak marah, naik angin dan mcam2 la kan,dgn peel org tua ni,tapi ikutkan jelah..umur mereka pon bukan lama lagi atas dunia ni,berbaktilah selagi terdaya, insya'allah anak2 kita pon akan mengasihi kita sepertimana seadanya...




Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.


Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.


“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.


“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.


Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.


Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.


Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.


Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.


Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

3 comments:

Qaseh said...
This comment has been removed by the author.
Qaseh said...

harap...org tak jadi cm tu....
mintak diberi kesabaran yg tinggi dalam menjaga anak2 dan org tua....aminnnnn

namida said...

qaseh
insya'allah,selagi berpegang pada tali Allah,moga2 dipermudahkan..