SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Saturday, September 12, 2009

Lailatul Qadar

Salam
Esok baru balik melaka,so sempat berterawih kat surau taman saya.Penat hari ni sbb my mum masak utk surau,ada jamuan makan berbuka puasa utk 50 orang,kata nabi,byk pahalanya menyediakan makanan utk org berbuka, walau tak mampu bagi lauk segalabagai,sebiji kurma pon dah memadai...untungnya yg kat umah,si ibu yg paling byk mendpt pahala berganda kerana menyediakan makanan utk berbuka..

Tazkirah hari ni adalah berkenaan jihad dan tips2 persediaan menghadapi malam lailatul qadar.Time topik jihad tu mata dh stim nk tido,tapi masuk topik lailatul qadar mostly jemaah minat nk dengar,saya pon 1st time dgr tentang tips utk menghadapi mlam yg dinantikan ini. Slalu org kata kena tggu malam ganjil,semayang malam,buat amal dsb tapi tips2 ni bule diamalkan utk malam2 terakhir ramadhan ini bagi menambahkan pahala.

Antara yg saya ingat :

1) menggembirakan ibu bapa,cuba penuhi tuntutan mereka spnjg ramadhan ini,berbuka bersama, membeli keperluan rumah dan apa sahaja ;dan pahalanya berganda utk mggu terakhir ramadhan

2) Menyempurnakan hajat bagi suami/isteri agar tidak merasa kecilhati terutama pada malam2 terakhir ramadhan

3) Bykkan berzikir pada Allah, terutama 3 yg utama - Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar setiap hari 100 kali dan digandakan pada malam2 ganjil

4) PErbanyakkan sedekah di mggu terakhir ini, kerana pahala nilai 1 riyal = 300 riyal.so lebih byk sedekah,lebih byk pahalanya...

5) mengerjakan amalan2 sunat,doa sepanjg waktu serta dikuatkan iman utk mengerjakan solat malam..

6) Memberi makan orang berbuka,samada mengajak tetamu berbuka dirumah atau memberi makanan kepada jiran tetangga

Ni antara yg saya igt,sbb tak bwk buku dan pen...mengikut kata ustaz tadi,jika kita berupaya melakukan perkara2 seperti diatas, Allah akan permudahkan kita berjmpa dgn lailatul qadar dan niat kita mesti ikhlas utk beribadat kepadaNya.

Kepada semua rakan2 yg disayangi,moga kalian dpt memanfaatkan hari2 terakhir ramadhan dgn menambahkan ilmu dan amalan kita. Tahun depan,belum tentu kita akan berjmpa dgn bulan ramadhan...wallahualam..

No comments: