SHAKLEE MALAYSIA

SHAKLEE MALAYSIA
NATURAL AND HALAL

Thursday, August 27, 2009

Al- Fatihah..



Salam
Al-fatihah buat Allahyarham Senator Profesor Dr Ismail Saleh yg kembali kerahmatullah ..berikut adalah petikan dari Utusan Malaysia.

Allahyarham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Semasa hayatnya, Allahyarham menerima beberapa anugerah dan penghormatan dari dalam dan luar negeri seperti Anugerah Guiness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Ijazah Doktor Falsafah.

Anak kelahiran Pasir Mas Kelantan itu juga merupakan penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi dari Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1977.

Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Ismail Kelantan dari 1967 hingga 1969 dan merupakan bekas Ketua Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).

Allahyarham juga merupakan penerima Anugerah Maulidur Rasul 2008.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, malam ini.


Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Kebelakangan ni ramai pulak yg dipanggil mengadap Allah.Bermula dari YA, astu Ustaz Asri dan kemudian Dr Ismail.Tapi,saya kesal sbb media tidak fokus betul2 atas sumbangan mereka ni,tak seperti YA yg ada chanel tribute padanya,tetapi tidak pada Asri Rabani atau Dr Saleh, seorang ahli akademik yg cacat penglihatan berupaya mencapai peringkat PhD dgn susah payah....pelik la kan dgn akhir zaman ni,yg tak sepatutnya diagung2kan,yg alim ulama atau yg bijak pandai diketepikan...

Ada catatan penuh ttg hal YA dll dalam blog Saifulislam.com..sama2lah kita ambil sbg ingatan dan iktibar....

2 comments:

imam said...

semoga Roh nya dicucuri rahmat..

Unknown said...

imam
amin...kita yg ada ni berdoalah yer moga dpt merasa syurga Allah dan dijauhkan dari api neraka...